Rabu, 23 November 2011

TUTUP MULUT BUAYA, BUKA MULUT NAGA...

Kita tidak jelas atas alasan aapa dakwaan kajian UIA kononnya populariti Najib semakin naik. Apakah populariti itu atas asas yang baik atau sekadar naik dengan pelbagai isu yang tak selesai. Ada komentar mengambilkira pengumuman Najib untuk menhapuskan ISA dan meminda akta polis dan kelonggaran kepada AUKU sebagai asas populariti itu.

Jika benar populariti Najib naik atas alasan tersebut, maka kajian semula mesti segera dilakukan. Ini kerana harapan dari pengumuman tersebut telah jatuh menjunam berikutan penangkapan ISA terbaru, kawalan berterrusan terhadap AUKU termasuk isu berkaitan Aziz Bari juga pembentangan akta polis .

Jika harapan disandarkan kepada ISA dihapuskan berikutan pengumuman Najib tempohari, harapan itu telah hancur samasekali berikutan penangkapan terbaru di bawah akta tersebut di Tawau baru baru ini. Penangkapan tersebut sekaligus menjelaskan bahawa akta tersebut samasekali tidak akan dihapuskan. Kenyataan Hisyamudin menjelaskan perkara tersebut. Apa yang berlaku ialah kemungkinan pindaan akta yang akan lebih zalim sepertimana yang dijangka pimpinan PR.

ISA selama ini dilihat talian hayat umNO BN. Tangkapan yang kebanyakannya berkaitan pemimpim politik bukan kerajaan adalah bukti penyalahgunaan demi mengekalkan kuasa oleh BN. Isu sebenar ISA adalah akta zalim yang bercanggah dengan hak asasi manusia. Alasan yang digunakan oleh Hisyam amat mudah berasaskan apa yang dilakukan oleh Amerika. Bukankah seluruh dunia menentang Amerika dalam isu ini?

Tangkaapan tanpa dibicarakan adalah bertentangan dengan undang undang dunia. Islam pastinya lebih menentang akta Zalim tersebut kerana asas syak tidak mengizinkan kezaliman dilakukan. Hujjah sirah kisah Hatib telah diperjelaskan ulama bahawa ia bukan isu syak, sebaliknya adalah keyakinan kerana ia dari Rasulullah yang mendapat wahyu. Tindakan Saidina Ali memaksa wanita utusan Hatib menyerahkan surat adalah dengan keyakinan dari ucapan rasul.

Selain ISA, rakyat mengharapkan pengumuman Najib memberi kelonggaran terhadap perhimpunan dan kebebasan juga musnah. Pembentangan akta Perhimpunan di Parlimen ternyata sangat mengecewakan. Ia bukan kelonggaran sebaliknya menutup langsung ruang suara rakyat berhimpun. Kuasa penuh yang diberikan kepada polis ternyata menjadi perisai kepada polis bertindak sesuka hati mengikut pandangan mereka yang pastinya menggunakan cermin mata umNO.

Persoalan yang tiimbul kini ialah, apakah pengumuman Najib satu keazaman beliau dan Hisyamudin memusnahkannya. Kenyataan dari Hisyam yang memimpin kementerian Dalam Negeri telah memadamkan pengumuman Najib. Apakah ia dengan restu Najib atau ada usaha dibelakang membunuh karektor Najib?

Usaha menjatuhkan Najib bukan lagi rahsia. Muhyidin dilihat memimpin jentera tersebut. Mahathir adalah pemegang alat kawalaan jauh yang sesekali turun ke gelanggang membantu. Hisyam di pihak maana? Walaupun Hisyaam adalah sepupu Najib, namun kemaraahan dan kebencian terhadaap Rosmah adaalah alasan terbaik Hisyam untuk bersama Muhyidin.

Berbalik kepada persoaalan akta Perhimpunan Aman, ternyata akta itu digubal bagi membantu polis menghalang perhpunan Pakatan Rakyat. Ia berikutan kegagalan polis dalam semua kes yang membabitkan pimpinan PAs yang ditangkap dan didakwa di mahkaamah. Kesemua kes dimenangi oleh rakyat. Ternyata semua tindakan polis gagal.

Akta ini secara jelas dilihat bagi membantu polis memperkukuhkan cengkaman bagi menghalang perhimpunan Pakaatan Rakyat. Nampaknya umNO BN tidak pernah berubah dan tidak pernah berniat untuk berubah. Sebaliknya apa yang dilakukan oleh umNO ialah untuk mempermainkan dan menipu rakyat. Bak kata pepatah...tutup mulut buaya...buka mulut naga.. Namun mereka lupa kuasa Rakyat...Kuasa rakyaat mampu mengajar umNO BN dalam PRU 13.

Tiada ulasan: