Lagi lagi katak. Tak cukup melompat, sekarang katak nak menyalak. Jadi anjing yang menjelirkan lidah bernajis kepada tuan .Harapkan tulang yang dibuang. Tulang babi pun tak pe...asalkan ada tulang untuk di gonggong. Maka menyalaklah sang katak...
Bila isu kepentingan negara katak jadi buta. Bila kerajaan nak suruh guru kerja 9 jam, katak jadi bengong. Dia lupa nasib sekolah agama rakyat kalau sekolah jadi 9 jam...Tulang tersekat di tekak katak...tak mampu nak menyalak. Hari ini dilaporkan katak menyalak menyokong akta himpunan Aman. Katanya itu pengorbanan kecil untuk keamanan.
Lagi lagi isu keamanan jadi dalih. Cuba buktikan perhimpunan mana yang dianjurkan Pakatan Rakyat yang dianggap ganas dan menganggu keamanan. Sehingga kini hanya himpunan HINDRAF sebelum PRU 12 sahaja yang mengakibatkan kecederaan anggota polis. Itupun tak ramai mana.
PAS yang sejak dulu berhimpun tak pernah pun merosakkan harta benda awam. Untuk tujuan mengatasi kesesakan jalanraya, PAS ada unit Amal yang berkerja tanpa upah. PAS pernah buat himpunan seratus ribu di bawah pimpinan Almarhum Dato Fadhil Nor di Jalan Kebun KESAS.. Tiada kerosakan melainkan apa yang dilakukan oleh SB upahan.
Sejak gelombang reformasi, himpunan terus berjalan tanpa ada nyawa yang melayang walaupun keganasan polis boleh menghilangkan kesabaran peserta. Ketika rampasan kuasa di Perak, Rakyat Perak bangun berhimpun dan terakhir di Bukit Chandan yang menyaksikan ramai ditahan. Tiada kemalangan nyawa atau kecederaaan selain terkena gas pemedih mata dan belantan polis. Isu keganasan dan kebiadapan polis bukan rahsia.
BERSIH 2 dimomokkan akan menghuru harakan Kuala Lumpur , Pelbagai sekatan dan halangan dilakukan, Penemuan bom botol, senjata tajam dan seumpamanya berakhir menjadi rahsia tanpa dibongkar. Sehingga kini rakyat ternanti nanti apa kesudahan drama polis yang menemui bermacam alat yang boleh membahayakan. Mungkin mereka tak bertanya Yusof Haslam bagaimana untuk mengakhirkan dengan kebenaran di pihak polis.
Momokan kononnya harta benda akan musnah juga tak menjadi. Peserta bukan sahaja tak mengusik pasu bunga malah mengutip sampah di akhir perarakan. Walaupun hujan lebat, perhimpunan berakhir dengan aman dengan sambutan yang sangat besar walaupun Bukit Aman memaklumkan 6 ribu sahaja. Mungkin ketua polis tersilap menyebut angka mereka yang ditahan dan dihalau balik, bukan yang hadir dan menyusup melepasi sekatan polis.
Hanya isu kerugian di pihak peniaga yang berlaku. Itupun kerana mereka diarahkan tutup oleh polis. Bagi yang berani, mereka meneruskan perniagaan dan untung berkali ganda . Ada restoran yang cuba membuka perniagaan dan telah ramai pelanggan tetapi diarahkan tutup oleh polis. Jadi kerugian itu adalah kerja polis bukan peserta perhimpunan. Mana lojik, orang ramai datang ke KL peniaga rugi, sepatutnya untung.
Berbalik kepada Brahim Ali yang ditanya bagaimana pula PERKASA yang sering mengadakan himpunan? jawapan paling kelakar Brahim...kita akan berhimpun di stadium...kah...kah...kkah... dewan orang ramai pun tak penuh...mimpi stadium...
1 ulasan:
Bila Umno dah rasa diri mereka lemah dah nak mampos, tak ada sokongan rakyat.... mereka akan lakukan cara yg tak bertelor... salahgunakuasa dan penipuan... Anak Muda kata..."GO TO HELL UmnoBn!!!"
Catat Ulasan