Jumaat, 16 Disember 2011

MASALAHNYA BILA GILA POPULARITI

Seperti yang saya ulas dalam posting lalu, PAS kini berada di posisi bertahan. Cara penyelesaian bukan menyelesaikan masalah sebaliknya menambah peluru kepada musuh. Inilah masalahnya apabila masing masing "gila populariti" menggunakan media sebagai penyelesai masalah atau meluah marah.

Bermula kenyataan Saari sungip, disambut Hasan Ali, di ulas Ust Nasa, di jawab Mustapha Ali , dihempas Mahfuz Omar dan dijawab kembali Hasan Ali. Kenyataan Presiden dan Timbalan presiden serta diperkukuhkan oleh Ketua penerangan seakan tak dipedulikan. Di harapkan kenyataan Mursyidul Am dapat meredakan keadaan.

Apa yang menjadi masalah dalam PAS hari ini ialah sangat suka menggunakan media sebagai perantara. Masalah PAS sebenarnya sangat kecil jika ditangani dengan betul. Apa yang dihadapi oleh PKR dan DAP kekadang lebih besar tetapi ditangani dengan bijak . DAP berjaya menyelesaikan isu Pengerusi dan Tim ketua Menteri Pulau Pinang walaupun Prof Ramasamy dilaporkan sedia keluar dari DAP.

Hal dalaman adalah hal rumahtangga yang boleh diselesaikan secara keluarga. Jangan heret masalah jamaah dengan sentimen lama kerana ia sangat tidak baik bagi ahli peringkat bawahan apatah lagi di luar parti. Di mana akhlak jamaah. Hasan Ali masih ahli PAS. Saari Ketua Penerangan PAS Selangor di mana Hasan Ali berada, Mustapha Ali pulak SUA, Mahfuz pula naib presiden! Kenyataaan Mahfuz dilihat paling keras jika benar sebagaimana dilaporkan. Ibarat isteri yang derhaka lalu suami menjawab " kita boleh bercerai jika kamu mahu"...saya tidak fikir itu akhlak jamaah Islam.

Di harapkan agar isu kecil ini dapat dihentikan segera agar ahli dan pemerhati yang berminat dengan perjuangan Islam tidak melihat ini akhlak dalam jamaah islam. Kenyataan TG Mursyidul Am dilihat sebagai sangat wajar dengan memilih jalan damai. Ia sewajarnya dicontohi ahli dan pimpinan PAS. Kita jamaaah Islam yang ada akhlak bila berselisih pendapat.... jangan kerana politik kita lupa akhlak Islam... Contohilah pimpinan ulama yang memimpin kita... atau selepas ini ahli PAS perlu hanya memilih ulama untuk memimpin jamaah... demi kelangsungan Islam dalam PAS...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Marilah kiti cari titik pertemuan antara kita , muhasabah diri sendiri,cari kelemahan yang ada perbaiki. Ini asyik kutuk sesama sendiri

veteran PAS berkata...

bila bersuara dikatakan cari populariti raih simpati...bagaimana kebebasan bersuara yang diamalkan PAS nie..tujuan mereka berkata2 saya lihat xlebih dari sayangkan ISLAM dan MELAYU..sepatutnya sama2 ahli PAS bermuhasabah bukan bergaduh sesama sendiri..kita pon dah terjebak dalam permainan DAP selama ini ..golongan ualama PAS telah ditinggalkan