Khamis, 8 Disember 2011

UMNO BOLEH BERSAMA PAS...

Isu perpaduan melayu pasti menjadi agenda umNO menjelang PRU 13. Ternyata semua talian hayat umNO telah hancur. Mereka akan memberi tumpuan mencetuskan sentimen melayu selain cara kotor melalui undi hantu dan manipulasi kuasa yang masih ada untuk berkubu di Putrajaya. Laporan penyelidikan yang ada menunjukkan umNO mampu bertahan jika pengundi import yang di bawa tidak terganggu.

Umno cuba muncul menjadi wira Islam, Namun umum mengetahui bagaimana sikap dan kelayakan pemimpin umNO untuk bercakap tentang Islam. Walaupun masih ada perwakilan umNO cuba bersuara mengenai Islam , namun ia tidak disambut kepimpinan umNO. Maqam haji dan hajah yang di kutip Najib dan isterinya di Mekah ternyata gagal menenggelamkan wajah sebenar mereka.



Hanya melayu perisai terakhir umNO. Walaupun nama umNO sendiri tidak mencerminkan kecintaan terhadap melayu, penafsiran tentang melayu yang sememangnya telah bercampur aduk, namun orang melayu masih dibuai sejarah hang tuah . Mereka masih bermimpi di zaman kesultanan melayu Melaka. Mereka masih terlupa bahawa hak kerakyatan telah dijual oleh pemimpin mereka lebih 50 tahun yang lalu kerana terlalu ghairah untuk berkuasa. Mereka juga tidak kenal wajah cina Gerakan yang di melayukan di Pulau Pinang semasa berkuasa. Mereka juga terlena semasa pemimpin mereka membuat pengakuan beberapa kerusi majoriti melayu diserahkan kepada Cina dalam PRU 12 yang lalu....


umNO terus merayu untuk bersatu dengan PAS. alasannya mudah... PAS parti melayu....umNO juga parti melayu.,... benarkah umNO melayu??? beberapa fakta yg di tulis oleh T Ibrahim mungkin sesuai untuk kita renungi sebelum berfikir jauh untu mendakwa umNO pejuang melayu;


  • Kalau betul Umno pentingkan kekuasaan Melayu Islam, kenapa tiada tambahan kerusi di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah - sehinggakan ada kawasan Parlimen yang jumlah pengundinya mencecah hampir 100,000 orang.

  • Dan mengapa pula tambahan kerusi banyak pula dilakukan di Sarawak dan Sabah?

  • Umno sudah tewas lebih  20 tahun di Kelantan, apakah kuasa Melayu dan Islam hilang di Kelantan? Bahkan Islam bertambah megah di Kelantan dengan pelaksanaan pentadbiran sifar rasuah, dan terus memperjuangkan perlaksanaaan undang-undang Islam di sana.

  • Kalaulah benar Umno ikhlas untuk menjaga Melayu dan Islam, kenapa royalti minyak Kelantan tidak dibayar sehingga kini walaupun ada perjanjian jelas yang mewajibkan Petronas melalui kerajaan pusat membayar royalti tersebut.

    Apakah orang Kelantan yang memilih PAS dan penyokong Umno di Kelantan yang majoritinya Melayu Islam, bukan Melayu Islam sebenar pada kaca mata Umno sehingga pelbagai penindasan dilakukan sejak tahun 1990?

  • Kenapa Umno sanggup serahkan beberapa kerusi Parlimen yang dahulunya ditandingi oleh Umno kepada parti lain seperti yang berlaku di Kuala Selangor, Kuantan, Raub, Port Dikson dan puluhan kerusi yang lain. Bukankah ini bukti yang Umno sendiri melakukan pengkhianatan kepada Melayu?

  • Siapakah yang membuang tulisan Jawi dari sistem pendidikan kalau bukan kerajaan Umno dan menteri yang mencadangkannya pun dari Umno?

  • Siapa yang meluluskan pelbagai jenis loteri dan judi 'halal' untuk berakar umbi di negara ini kalau bukan pemimpin Umno?

  • Apakah hanya Melayu Umno (yang pandai mengampu sahaja, yang mengkritik tak termasuk) dianggap sebagai Melayu Islam, sedangkan kalau Melayu dari PAS, PKR dan DAP mereka ini bukan Melayu Islam?
    Dakwaan umNO bahawa melayu tertindas jika umNO kalah juga satu lawak antarabangsa untuk menghibur hati pemimpin umNO. Sebenarnya pemimpin umNO melembu kan orang melayu yang baik dan sabar. Rakyat Malaysia masih ingat bagaimana umNO melembu kan melayu sewaktu PAS mula memerintah kelantan. Sampai ada orang yang memepercayai berita lembu bawa beras ke Kelantan.... sampai begitu sekali umNO menghina melayu...
    Namun saya masih yakin PAS dan umNO mampu bersatu di atas nama melayu... Bukan PAS bersama umNO... tetapi umNO  bersama PAS jika sayangkan melayu...Beri sokongan kepada PAS untuk kuat di dalam PR agar suara melayu hebat.... umNO telah di beri peluang itu selama 50 tahun...mereka gagal... apa salahnya kita beri kepada PAS untuk mencuba...cukup selama 5 tahun.... kalau bukan pemimpin umNO yang beri... rakyat dan penyokong umNO boleh mencubanya...hanya untuk kali ini...

Tiada ulasan: