Rabu, 7 Disember 2011

LEMBU HITAM DAN DAKWAT HITAM

Di saat umNO berhempas pulas nak tarik melayu, SPR pulak sibuk untuk mencari lembu hitam bagi mempastikan penggunaan dakwat kekal tak jadi. SPR dilaporkan berkata mereka bersedia menggunakan dakwat kekal , walaubagaimanapun menanti keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

 “Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memberi kelulusan kepada penggunaan dakwat kekal sebelum ini, cuma apabila kita beli nanti, apabila tiba bekalan nanti, kita kena beri kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk ujian kandangan dalam dakwat kekal supaya ia tidak meragukan umat Islam,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Kenyataan Timbalan SPR ini penuh prasangka. Beliau memaklumkan bahawa Majlis Fatwa telah bersetuju, namun mereka akan mengesahkan setelah bekalan sampai untuk dirujuk kepada Majlis Fatwa. Apakah SPR tak ambil sample sebelum tempahan dibuat bagi memudahkan pengesahan awal. Apakah nanati setelah bekalan tiba dan didapati unsur meragukan ( boleh sahaja di sabotaj) maka SPR akan beralasan bahawa tak sempat tempah baru.


Malah beliau juga enggan memberitahu dari mana bekalan itu akan diperoleh.

Pada pilihan raya umum 2008, SPR memperoleh bekalan dari India dengan kos dianggarkan dalam sekitar RM4 juta

Pengalaman PRU 12 dimana SPR membazirkan RM4 juta duit rakyat tanpa rasa bersalah. Bekas pengerusi SPR menunding jari kepada laporan polis yang mendapat maklumat ada pihak ketiga membeli dakwat untuk sabotaj pilihanraya. Selepas bersara beliau mengakui menerima arahan dari Kabinet- satu bukti SPR adalah alat umNO-bN.  Laporan polis hilang begitu sahaja tanpa dibuktikan pihak yang didakwa membeli dakwat tersebut.

SPR juga telah menyediakan lapis kedua dengan meletakkan Jabatan Peguam negara sebagai lembu hitam kedua. Alasan perundangan juga sangat baik. Ia berkaitan dengan beberapa prosuder yang pastinya memakan masa. Jangkaan PRU 13 akan diadakan dalam tempoh terdekat memungkinkan alasan penggunaan dakwat kekal tertangguh sekali lagi.


Mengenai prosedur pelaksanaannya, kata Wan Ahmad, pihaknya sedang menunggu peraturan yang sedang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara.

“Itu kena tunggu. Kami akan mengumumkan sebaik sahaja kajian Jabatan Peguam Negara selesai,” kata beliau ketika ditanya mengenai cara pelaksanaannya termasuk jari yang akan digunakan untuk dicalit dengan dakwat kekal.

Wan Ahmad juga enggan menjawab apabila ditanya sama ada seseorang akan hilang hak mengundi jika enggan jarinya dicalit dengan dakwat kekal.

“Tunggulah, sehingga peraturan berkenaan siap dirangka. Itu saya tidak cakap,” kata beliau lagi.

Berkenaan kredibiliti peguam negara memang telah tercalar teruk. Berbagai tuduhan skandal beliau masih belum menghilangkan keraguan orang ramai. ia boleh saja dijadikan umpan untuk beliau tunduk kepada kehendak pemerintah apatah lagi ia telah banyak terbukti sebelum ini.

Rakyat meletakkan harapan besar terhadap penggunaan dakwat kekal kerana ia sebahagian dari kaedah mengelakkan manipulasi undi berulang seperti didakwa sebelum ini. Kebimbangan ini ditambah dengan laporan pertindihan daftar undi pos. Polis hari ini memiliki dua kad pengenalan...awam dan tentera... Itu belum lagi dikaitkan dengan pendatang Indonesia. Jika PRU 13 berlaku tanpa sebarang penambahbaikkan, ia akan menjadi sejarah PRU terburuk dalam negara kerana nafas umNO sudah tersekat dan busuk!

Harapan penggunaan dakwat kekal ini  tidak sepatutnya menjadikan rakyat leka. Penubuhan Jawatankuasa Khas penambahbaikan sistem Pilihanraya adalah hasil desakan BERSIH 2 baru baru ini. Walaupun berbagai kaedah termasuk menyeret istana, umNO gagal membendung kemarahan rakyat. Demi mengembalikan kepercayaan rakyat Najib terpaksa meredakan ketegangan tersebut dengan penubuhan JK Parlimen ini. Namun itu bukan bermakna rakyat telah menang.

Pengunduran Hosni Mubarak di Mesir tidak bermakna rakyat berkuasa. Junta tentera mengambil alih dengan melambatkan proses perubahan. Rakyat terpaksa bangkit sekali lagi.. Ia turut memakan korban... Jika perubahan belum terlaksana dalam pilihanraya Malaysia...mungkin BERSIH 3 jawapannya...

Tiada ulasan: