Apabila saya sebut nama Ahmad Rifa'at dalam posting lalu, ada pengunjung yang bertanya tentang siapa Ahmad Rifa'at. Kisah Ahmad Rifa'at ini terdapat dalam buku Wabak Sepanjang Jalan. Tajuk asalnya ialah Afat 'ala Toriq . Ditulis oleh Dr Syed Muhammad Nuh dan diterjemahkan oleh Dewan Ulama PAS Kedah yang diketuai oleh Ust Azizan Razak. Sepatutnya buku itu menjadi bacaan dan perbincangan wajib pejuang Islam!
Ahmad Rifa'at adalah seorang pemuda Ikhwan yang muncul di zaman kegemilangan Ikhwanul Muslimin di Mesir penghujung tahun 30 an. Ia seorang anak muda yang bersemangat Islam. ketika itu Jamaah Ikhwan sedang menempati masyarakat di mana ia sudah diterima dalam konteks keterlibatan dakwahnya. Pandangan dan suara Ikhwan dihormati oleh segenap masyarakat di peringkat tempatan atau antarabangsa.
Ahmad Rifa'at muncul dan mendesak pendekatan baru yang lebih agresif dilaksanakan. Pendekatan Ahmad Rifa'at mahu wanita yang tidak menutup aurat di bandar Kaherah disimbah dengan dakwat sebagai pengajaran. Bagi isu palastin beliau mahu semua memberi sokongan dengan berhenti kerja dan menjadi sukarelawan tentera di Palastin.
Pandangan dan pendekatan ahmad Rifa'at ini sedikit sebanyak mempengaruhi golongan muda terutama yang bersemangat untuk Islam tanpa melalui dan memahami hakikat dan sejarah perjuangan Islam. Beliau akhirnya memilih pergi ke Palastin bersendiri dan dibunuh oleh sukarelawan Mujahidin Palastin kerana menyangka beliau adalah perisik musuh...
Demikianlah secebis kisah ringkas Ahmad Rifaat yang boleh dibaca dalam buku tersebut di muka surat 88- 93. Ia pengajaran untuk mereka yang ghairah dalam perjuangan tetapi menongkah arus jamaah.... Kisah ini dinukilkan di bawah tajuk isti'jal...

1 ulasan:
Dalam PAS pun ada perangai spt itu tapi dng kelebihan ada agenda disebalik kerja2nya!
Catat Ulasan