Jumaat, 24 Ogos 2012

ANTARA KUDA DAN KALDAI TUNGGANGAN....

Isu hudud nampaknya semakin menarik. Di sudut negatif ia dilihat seakan memecahkan kesatuan Pakatan Rakyat... juga kesatuan BN yang disembunyikan. Namun disudut positif, ia telah menjadi bahan perbincangan umum. Kesempatan ini sewajarnya di ambil secara serius oleh pendakwah bagi memainkan peranan mereka menyebarkan ilmu Allah kepada masyarakat.

Islam menyerlah di Amerika setelah berlakunya serangan WTC. Tuduhan Islam sebagai dalang dan pengganas menyebabkan orang Amerika ingin tahu tentang Islam dan tujuan mereka lakukannya. Tujuan jahat itu akhirnya menjadi rahmat buat Islam sedunia apabila Islam menjadi perhatian dan pengkajian masyarakat Amerika. Al Quran yang diterjemahkan kehabisan stok secara mengejut. Ia juga hasil kebijaksanaan dan kesungguhan pendakwah yang mengambil peluang yang terbuka luas.

Isu hudud nampaknya menarik minat sebahagian kita terutama bukan Islam. Bezanya, masyarakat Malaysia lebih berminat mengulas isu dan bukannya maklumat yang ada dari isu tersebut. Sebahagian bukan Islam yang berpendidikan sudah mula ingin mengetahui tentang hudud yang merupakan isu besar dalam negara... Apa itu hudud sudah mula kedengaran... Malangnya sebahagian masyarakat Melayu cukup dengan pengetahuan umum tentang   hudud tanpa ingin mengenalnya secara dekat. Pendakwah pula menjadi semakin takut menyentuh isu hudud kerana takut di label berpolitik... ini sebahagian masalahnya...

Selama ini PAS dituduh sebagai kuda tunggangan DAP khususnya di Perak Persepsi itu berjaya diterap dengan penuh kebijaksanaan apabila dimainkan isu bangsa secara berterusan oleh media umNO. PAS pula dilihat seakan tidak kisah kerana umNO meletakkan PAS sebagai kuda DAP dalam isu bangsa. Bangsa bukan matlamat perjuangan PAS kerana ia adalah pasrti Islam yang menjadikan bangsa sebahagian atau sejuzuk dari perjuangannya sahaja.

Dalam isu Hudud PAS nampaknya bertegas dengan kenyataan Karpal...( pemimpin DAP lain tidak menyatakan pendirian) hingga ada yang melihat PAS tidak bijak berpolitik. Sebenarnya kenyataan yang disifatkan keras ( sebenarnya tegas) oleh sesetengah pihak melambangkan perjuangan PAS. Ia adalah kebijaksanaan berpolitik bagi PAS walau mungkin bukan bagi PAkatan Rakyat. PAS bertanding di kawasan majoriti Islam yang pastinya memerlukan PAS bertegas dalam isu yang sensitif seperti itu.

Sebagai parti yang bertanding di kawasan majoriti Islam, maka suara PAS mesti dilihat dominan dan mengatasi umNO dalam isu ini. Setakat ini ternyata PAS bukan kuda tunggangan DAP sebaliknya yang nyata, umNO adalah KALDAI TUNGGANGAN MCA kerana menjadi pekak, bisu dan buta walaupun kenyataan penentangan terhadap hudud itu bukan hanya disuarakan oleh Presiden MCA malah diikuti oleh MCA Selangor dan Kedah.

umNO tidak mampu bersuara untuk menentang dan menegur sekutunya dalam Barisan atas kepantingan undi. umNO yang begitu ghairah marahkan DAP dan PAS kerana kenyatan Karpal tiba tiba hilang gusi apabila sekutunya lebih biadab menentang hudud dan negara Islam. Lakonan Mahathir mengajak PAS bersama melaksanakan Islam dalam umNO tenggelam kerana Najib sendiri tidak bermaya menegur MCA yang jadi sekutunya.

Kenyatan Chua Seks Lek bahawa ADUN umNO di Johor hilang akal apabila mencadangkan hudud sangat biadab. Kenyataan ketua MCA Selangor yang akan menghalang Hudud dan negara Islam sangat mencabar umat Islam jauh lebih keras dan Biadab berbanding Karpal yang hanya menyatakan bahawa hudud tidak menyelesaikan masalah jenayah jika dilaksanakan...

Ternyata umNO kini adalah KALDAI TUNGGANGAN MCA...





Tiada ulasan: