Rabu, 22 Ogos 2012

MCA SABOTAJ umnO...???

umNO berhempas pulas membunuh hubungan PAS dan DAP melalui isu hudud. Tetiba aje umNO menjadi juara hudud walaupun sebelum ini merekalah penghalang nombor wahid. Namun usaha umNO itu dibunuh oleh rakan sebantal mereka sendiri.

PAS secara konsisten menegaskan bahawa hudud adalah sebahagian dari aspirasi perjuangannya untuk umat Islam di Malaysia. Ia bukan untuk semua rakyat kerana Islam tidak pernah memaksa bukan Islam menurut agamanya, Namun keindahan Islamjika diterjemahkan dengan amalan pastinya akan menarik minat bukan Islam. Ia di buktikan oleh sejarah. Sebagai pejuang Islam yang konsisten PAS menyedari hakikat itu.

DAP dulunya amat memusuhi perjuangan Islam PAS. DAP pernah meninggalkan Angkatan Perpaduan Ummah kerana menentang perjuangan PAS. Tokoh paling lantang menentang PAS dan perjuangan Islam nya ialah Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Setelah terbentuknya Pakatan Rakyat, Lim Kit Siang dilihat mulai lunak dengan aspirasi PAS

Lim Kit Siang mula menyedari bahawa apa yang diperjuangkan PAS adalah hak umat Islam dan untuk umat Islam. Bukan Islam masih diberi kebebasan membuat pilihan. Namun Karpal secara tegas masih menentang atas prinsip undang undang. Namun Karpal pernah membuka ruang untuk membincangkan perkara ini dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang beberapa tahun lepas.

Kelunakan sebahagian besar pimpinan DAP hari ini sangat meresahkan umNO. Tinggal Karpal sahaja yang menentang atas prinsip undang undang. Peluang dari ketegasan Karpal dengan prinsip undang undang yang di dokong umNO selama ini di gunakan sebaik mungkin bagi mencetuskan permusuhan antara PAS dan DAP. Agamawan umNO dan berhati umNO mula berkokok dengan menyeru PAS  meninggalkan DAP dan Pakatan Rakyat. Ada juga yang memfatwakan haram menyokong Pakatan Rakyat kerana menentang Hudud.

Namun belum isu itu sempat dimanipulasikan sepenuhnya oleh umNO, rakan sebantalnya MCA bukan sahaja menentang hudud dan negara Islam., malah mengistiharkan menentangnya. Ia bukan datang dari presidennya Chua Seks lek sahaja tetapi di sahut oleh pemimpin negeri seperti Selangor dan Kedah...

umNO yang tetiba tumbuh gigi susu mengaum seperti harimau garang tetiba bagai patah gigi bila mendengar sergahan pemimpin MCA itu. Ngauman yang bergema seluruh negara tetiba aje jadi rengekan anak kucing yang yang menagih susu . Itulah wajah sebenar umNO. Sikap umNO selama ini memang diketahui umum namun dilupakan oleh kesungguhan media mereka mencipta sihir persepsi yang membuta dan memekakkan telinga rakyat Malaysia .

Persoalan yang wajar difikirkan ialah mengapa MCA seakan membunuh perancangan jahat umNO ini? Apakah MCA tak tahu bahawa umNO sedang menggunakan talian hayat mereka untuk meruntuhkan perpaduan Pakata Rakyat? Apakah MCA juga ada rancangan meninggalkan umNO dan BN? Harus diingat dalam BN, ada dua parti sedang bersaing iaitu Gerakan dan MCA.

Gerakan dan MCA sama sama parti Cina . Mungkin MCA sudah melihat masa depan yang malap bersama BN, atau MCA melihat inilah satu satunya peluang untuk ia terus mengungguli parti Cina dalam BN. Gerakan nampaknya membisu dalam isu ini. Mungkin MCA merasakan ia perlu menyaingi DAP bagi mempertahankan undi cina untuk BN. Strategi ini mungkin sebahagian dari perancangan BN. Mereka berada di persimpangan dalam memahami pemikiran dan kecenderungan masyarakat Cina dalam isu hudud.

Masyarakat Cina dilihat sudah mula memahami bahawa hudu tiada kaitan dengan mereka . Ia isu umat Islam. Mereka tak perlu ambil kisah dalam isu ini. Namun sebahagian dari mereka khususnya "cina sayur" sebagaimana "melayu sawit dan getah" masih boleh dipermainkan dengan isu keagamaan dan isu perkauman... kita nantikan siapa lebih bijak dalam bola politik ini...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bodoh betul. hukum hudud bukan sahaja dalam kalangan umat islam malahan ia meliputi seluruh manusia tidak kira apa agama.jadi, jangan syok kata hudud untuk islam dan hudud ini isu islam sahaja. ia terpakai untuk semua manusia hamba Allah.

Tanpa Nama berkata...

Hukum Allah dan Islam untuk semua... bukan melayu aje...umNO yang Bodo...Namun Allah beri pilihan untuk bukan Islam... Baca Quran..jangan jadi bodo dengar ulama terompah kayu umNO bercakap aje...Rujuk maidah ayat 42...