Dunia
politik umNO makin kalut. Apa sahaja yang dilihat mengancam kelangsunganpolitik
mereka akan diserang. Tak kira rakyat biasa, seorang tua malah seniman dengan
bahasa indahnya. “Budak budak sekolah” dah lama dibelasah oleh umNO apabila
himpunan depan UPSI dibuat awal tahun ini.
Terakhir…
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said sering dijadikan mangsa. Dengan janggut
menutup sebahagian dadanya dan tenaga yang entah tinggal berapa kerat… beliau
sering dipanggil polis lantaran penglibatan dengan kebangkitan rakyat. Paling
akhir kerana membaca sajak dalam himpunan janji bersih…
Rejim di
Timur tengah takut dengan senjata api.. namun Rejim umNO mula gerun dengan
suara lemah yang menyusun butir indah bahasa menyeru kebangkitan Rakyat. A
Samad Said Mungkin tidak selemah AssyaHid Ahmad Yasin… Namun beliau juga tidak
sehebat Mujahid Falastin tersebut… Namun persamaannya… tubuh tua dan lemah itu
mampu meniup semangat kebangkitan rakya yang menyebabkan rejim zalim tak lena
tidur..
Apalah
sangat kuasa sajak di sisi anak muda yang tak pernah peduli menyusun kata,
Namun kata indah Datuk A Samad Said punya aura yang mungkin sebahagian besar
dari anak muda tidak paham isi kandung butir indah bahasanya… namun mereka
paham maksud dan kehendak susunan bahasa yang lahir dari mulut yang tak mungkin
dipahami orang buta kerana ditutup misai dan janggutnya… JATUHNYA REJIM BN...
Kita
menanti sejauh mana umNO sanggup bertindak terhadap tokoh Negara yang
mengabdikan dirinya untuk bangsa melayu… yang umNO adalah penyanjungnya….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan