Sabtu, 29 Disember 2012

CHUA AKUI BN NAK LINGKUP...

Chua Seks Leks sekali lagi mendedahkan kebimbangan dan kerisauan pemimpin BN tentang kehilangan kuasa yang dipertahankan selama ini. Bermula dengan seruan Najib supaya Bn mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun hinggalah rentetan kerisauan pemimpin Bn yang lain.

Chua tidak menyatakan secara terang kebimbangan tersebut, namun ia dapat dibaca dari kenyataan terhadap pesaing beliau Ong Tee Kiat. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa pesaingnya dan presiden parti sebelum beliau, Datuk Seri Ong Tee Keat akan meninggalkan parti tersebut jika Parlimen tergantung  selepas pilihan raya akan datang.
Dr Chua membuat kenyataan tersebut semalam kepada kumpulan penulis blog pro Umno dipejabatnya. Pembantu kepada Dr Chua mengesahkan kenyataan tersebut. 

kenyataaan Chua itu dapat dilihat sebagai satu luahan kebimbangan terhadap nasib Bn dalam pilihanraya 13 akan datang. Walaupun beliau menggunakan istilah JIKA parlimen digantung, itu menunjukkan ketidakyakinan beliau terhadap masa depan BN... takkan tak paham lagi kut...

Tiada ulasan: