Sabtu, 2 Mac 2013

LAHAD DATU... hebatnya kuasa Anuar Ibrahim

Seluruh negara sangat terharu dengan kehilangan tiga pahlawan negara yang terkorban di Lahad Datu. Mereka terbunuh oleh serangan penceroboh . Memang gugur sebagai pahlawan satu kebanggan. Nasib mereka sebagai tentera apatah lagi pasukan elit memang terdedah kepada ancaman nyawa. Mereka menyedari risiko itu, keluarga mereka juga menyedari risiko itu.

Namun apa yang mengecewakan rakyat ialah bagaimana isu ini ditangani. Pemimpin negara seakan melihat isu ini secara ringan.  Pasukan keselamatan dijadikan taruhan. Rakyat dinafikan maklumat jelas terhadap apa yang berlaku sehinggalah ada rakyat yang terkorban. Pasukan komando 69 bukanlah pasukan biasa . mereka aadalaah pasukan elit negara. Dilatih dengan penuh disiplin, namun terbunuh ketika berkawal, bukan peperangan.

Rakyat tertanya tanya bagaimana satu kumpulan manusia yang besar bilangannya mampu menembusi perairan negara dengan senjata begitu mudah. Jika mengikut laporan kejadian, tentera kita yang terbunuh terkena serangan mortar, senjata yang dikira dalam kategori berat. Sangat merbahaya bagi keselamatan rakyat dan negara... Jika ianya satu kebenaran... MENTERI BERTANGGUNGJAWAB GAGAL DAN MESTI MELETAK JAWATAN... kerana gagal menjaga keselamatan rakyat yang bayar gaji mereka.

Rakyat juga agak pelik dengan cara isu ini ditangani....  Kerajaan dilihat sangat bertolak ansur dengan penceroboh yang datang "menjajah" negara... mereka di beri tempoh yang "sangat lama" untuk berunding. Persoalan yang timbul ialah mengapa kerajaan sangat bertolak ansur dengan penceroboh ?  Jika dalam demonstrasi rakyat, kerajaan begitu bertegas ??? paling lama 5 minit untuk bersuarai... apakah kerana rakyat tiada senjata??? Persoalan ini memerlukan jawapan yang memuaskan hati... Pemimpin yang datang seakan membiarkan ia sengaja berlarutan... apa motifnya??

Tempoh hampir sebulan sangat pelik... apakah mereka sudah ada persediaan makanan yang banyak hingga mampu bertahan begitu lama... atau ada pembekal untuk mereka yang begitu ramai... Jangan lupa kaitan rakyat Malaysia yang dibuktikan sebagai pemimpin umNo cawangan yang mempunyai hubungan rapat dengan penceroboh. Berbagai versi sudah berlegar di kalangan rakyat.

Persoalan yang tak boleh di ketepikan dalam isu ini ialah siapa yang mendapat untung dari isu ini??

01. Penceroboh??? Mereka di dakwa menuntut tanah kesultanan Sulu yang dulu dipajak kepada kerajaan British...  Namun keturunan ini juga diragui oleh fakta sejarah. Ada sumber menyatakan bahawa adik sultan Sulu itu adalah paling terpinggir dan ini membuatkan kemungkinan beliau mudah dipergunakan. Ada sumber mendakwa bahawa ia ada kaitan dengan Nur Misuari yang kini telah dipinggirkan oleh MNLF setelah MILF mendapat pengiktirafan dari kerajaan Filiphina.. Nur Misuari juga adalah individu yang dikaitkan dengan penculikan di pulau sipadan walaupun pada awalnya didakwa dilakukan oleh kumpulan Abu Sayaf.

Apakah penceroboh begitu berani mengambil risiko menyerang Sabah untuk menuntut wilayah Sulu. Apakah mereka merasakan terlalu kuat hingga mengambil tindakan nekad dan berani begitu?

02. Pakatan Rakyat..?? Beberapa bloger mengaitkan isu ini engan DSAI kerana merujuk kepada " akhbar Philiphina. Bagaimana keuntungan yang boleh diperolehi oleh DSAI tidak diperjelaskan... cuma atas alasan untuk menimbulkan huru hara...  Hebatnya DSAI hingga boleh mengatur pencerobohan begitu mudah... mungkinkah beliau juga boleh mengarahkan pasukan keselamatan melengahkan tindakan kepada penceroboh??? sangat pelik..

03. Barisan Nasional??? Sememangnya semua kuasa dimiliki oleh Bn dalam menguruskan pasukan keselamatan negara. disudut kepentingan... jika berlaku kekacauan, negara boleh diidtiharkan darurat. Dengan ruang laut yang dibuka, tidak mustahil lebih ramai lagi boleh menceroboh perairan negara..
 Darurat adalah satu cara menangguhkan PRU 13 yang telah hampir menemui tarikh luputnya. Najib sangat takut dengan tarikh PRU. Beliau seringkali memejamkan mata apabila ditanya bila nak umum PRU??

Alasan ini dilihat paling  kukuh buat masa ini... anda ada pandangan sendiri... anda berhak memeikirkan atau berkongsi keran anda lahir di negara yang dikatakan demokrasi..

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

janganlah penulis kaitkan isu di sabah ni dgn politik pula. sebaliknya berilah sokongan kepada pejuanag2 kita disana yang sedang mempertaruhkan nyawa mereka demi negara. hanya satu peluru sudah cukup utk mengorbankan seorang pejuang kita.

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong anak sengat.. TV3 dengan Utusex pun kaitkan dengan politik...d Malaysia semuanya ada kaitan dengan politik

Tanpa Nama berkata...

Apalah mangkuk berhayun penulis dan seangkatannyer... Ckit2 umno..kerajaan..bn.. Yg ko tau sgt ker hal ni hah.. Anak bini penah g ditawan ka?? Sy bkn ahli Politik tetapi yg mengatakan adalah media luar.. Ko ade duduk semeja ngan diaorg... Haram jadah..!!! Nyawa org tu ko pertikai kan jd isu politik mangkuk. Berak kencing pon org kerajaan bagi tanggung.. O memang ko berak n tanam sendiri dlm tanah ke pa..?? Bodo tahap maksimum..

Tanpa Nama berkata...

bangsa umno mmg bangang..bodo sampai ke tulang..takdak org nafikan perjuangan pahlawan2 negara..cuma bangsat pemimpin umno je yg bodo mempertaruhkan nyawa pahlawan negara ..apa dok runding lagi..kasi hentam je lanun sulu tu...org ceroboh negara sendiri pun mau runding lagi...last2 pahlawan2 kita yg mati..umno bengong...

Abu Amir berkata...

Mana dia kelengkapan kereta perisai polis & tentera kita? Nampaknya keselamatan anggota polis kita tidak diambil berat, mereka berkawal dan buat sekatan tanpa kubu perlindungan.Jika mereka diserang pasti memakan korban lagi.

Pasukan risikan kita nampak lemah sekali sehingga serbuan polis kita gagal dan ramai terkorban. Kita tidak boleh memandang rendah penceroboh ini sebab mereka sudah lama berperang dgn tentera filipina secara gerila. Kita punya kekuatan dari segi jentera perisai dan taktikal, kenapa tidak gunakan sepenuhnya?

Najib tak payahlah sibuk nak berjoget/berkonsert dgn program belia IA4U, negara diceroboh militan lagi nak main2. Bila nak turun Sabah? Pengecut tak ada telur ke? Hisam pun dah mana lesap.....

Tanpa Nama berkata...

Adal tak baik je semua kerja parti pembangkang. Yang baik baik BN. Bila hampir PRU sehaja dan BN mula goyah misti ada scendle. Mula mula peristiwa Memali lepas itu Alma'unnah dan skrg Al Lahat Datu. Macam ada skerip dan jalan cerita je. Kalau betol lah tentu ada pengarahnya. Pelakun anggota keselamatan dan rakyat lah. Tak apa kita tunggu dan lihat ending llakunan Lahat Datu. Kalau dulu2 rakyat dapat berita dari surat khabar radio dan tv skrg ini macam2 saluran maklumat kita boleh peeolehi. Nasihat saya kepada pecacai UMBN baca2 bloge untuk dapatkan maklumat jgn dok baca utusan dan dengar kelentong TV1,2,3 lama2 kau orang akan jadi katak dalam gelas dapat melihat tapi tak tau hujung pangkal. Kalau jadi katak bawah tempurong lagi terok lihat tak dapat dan tak tau apa kebenda lama lama jadi pekak badak. Sebagai rakyat Malaysia yg hidup diabad ini belajarlah jadi rakyat yg cerdik jgn jadi rakyat bodoh dan diperbodohkan. TERIMA KASIHhhhhh

Tanpa Nama berkata...

Ni nk ckp ckit... Wahai kaki pengikut tegar anti kerajaan.. Sy cuma nk bagitahu.. U all kOmen meletup2.. Ckp pandai. Nk tanya..ckit??? Ade belajar x perlembagaan.. Belajar pentadbiran.. Institusi kerajaan dan polisi yg diamalkan oleh setgh2 negra. Kalu x ade .. Jgn ckp jer pandai.. Tuk pengetahuan.. Malaysia dri dlu lagi negara berpolisi.. Bkn negara kuku besi tanpa sebarang rundingan seperti negara zionis ker.. Komunis ker.. O republik. So.. Klau nk sgt negara keras seperti kuku besi.. Da lama u all termasuk sekali pencacai n terutamanya dajjal al juburi seangkatanya terseksa o ditembak mati seperti dinegara luar.. N more important..u all yg Pandai komen org bodo.. Sebenarnya lbh bangang dari keldai coz sepatutnya da lama jadi katak leper dijalan coz ditindas secara kejam... Ada faham.. Pasal tu dlu mak bapak suh belajar pandai2.. Memonteng jer.. Padan muka..terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Salam..insyallah suatu hari nanti kite semua akan dapat lihat dajjal dunia moden bertopeng aura kebangkitan rakyat kononnyer akan terserlah akan auta dan pembohongan dilakukan demi mencapai cita2 dan impian mat jeninnyer .. Marilah bersama2 kite mendoakan semoga segala tipu muslihat para pendukung sonsang ini akan terbongkar..amin

Tanpa Nama berkata...

memang orang umNgok ni tak dak hujah... usah layan la...

Tanpa Nama berkata...

Sy bkn org bn dan juga bkn pr... Tetapi sy org awam yg suke kan kedamaian. Sy tak menyokong atau terlibat didalam politik secara langsung atau x.. Tapi yang nmpk kebelakangan ini... Byk sekali pembohongan. Memang sy sendiri akui ade pro dan kontra dlm kerajaan memerintah tetapi saya lebih rela diperintah oleh kerajaan skg berbanding PR kerana mereka lebih teruk dari apa yg teruk skg.. Fikir2 lah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan dok sibuk menyelesaikan masalah disabah.. Balaci komunis dok sibuk komen hal politik.. Mengong tul ... Negeri baru 4 buah pon tak terjaga kebajikan.. Sibuk nk pegang satu malaysia... Piraaahhhhhhhh... Akhirnya kite org yg merana kerana dek PR suma ni.

Tanpa Nama berkata...

Blum ada sejarah dunia ahli pembangkang mana2 negara yg pandai bawa cerita mengarut dan memburukan periuk nasi sendiri kepada dunia luar. Pembangkang yang berkaliber byk memberikan pandangan dan bantuan membina bkn seperti pembangkang di msia...malu mengaku ade perangai pembangkang mcmni wujud di dunia

Tanpa Nama berkata...

umNgok memang tak pernah ngaku...

Tanpa Nama berkata...

Mana logiknya,anwar yg sdh berjaya tarik ribuan org dtg dgr ucapan dia, tiba2 sendiri cipta insiden yg blh buat org benci pd dia! Apa, adakah yg dikatakn bakal pm ini seorang yg tdk waras?

Tanpa Nama berkata...

Logik..??? C'mon bro.. Plss jgn jadi taksub sgt. Of coz.. X dinafikan ribuan org dtg but.. Not majoriti rakyat. Sy sendiri pon bkn penyokong mana2 parti but plsss la.. Logik akal kalu nk digunakan memey la x ade org nk cipta insiden cacian pada diri sendiri. Myb la.. Pembaharuan betul utk kesinambungan negara but not him ' al dajjal' .. Sori plss da ramai da kena kelentong ..!!

Tanpa Nama berkata...

kalau benar dsai ada kuasa , kenapa tak diberikan shj putrajaya itu kepada PR ?