Menepati kehendak MCA... Kabinet yang di umumkan Najib tidak menyertakan Cina MCA atau Gerakan.. Namun persoalan tetap timbul apakah angin bahawa Ong Tee Keat akan dilantik sebagai senator dan kemudiannya dilantik mengisi jawatan Menteri Pengangkutan yang kini dipangku oleh Hishamudin yang juga memegang kerusi Menteri Pertahanan.
Jika Cina MCA dan Gerakan terus tiada dalam senarai kabinet, itu tandanya Najib memilih untuk terus mengajar kaum Cina yang memilih bermusuh dengan BN. Nampaknya budaya politik MCA dan Gerakan yang kononnya menghukum Cina yang tak menyokong mereka sama sahaja dengan mentaliti Menteri Besar Trengganu ... ia sebahagian politik dendam yang hanya berkesan tahun 60an. Jika ini berlaku, maka Najib dijangka akan melakukan sesuatu untuk menyusun kedudukan pengundi Cina supaya ianya di kumpulkan setempat bagi mengecilkan bilangan kerusi Pakatan Rakyat.
Jika ini berlaku, ertinya NGO mesra BN akan terus menyerang kaum Cina sebagai satu modal politik melemahkan PAS dari usaha mendapatkan undi melayu bagi menjatuhkan umNO . Sewajarnya NGO mesra Pakatan Rakyat mencari jalan mengimbangi api perkauman yang akan terus akan dimainkan oleh media dan NGO umNO.
Politik Malaysia terutamanya orang Melayu lebih kepada politik sentimen dari politik fakta. Sifat kurang gemar berfikir terutama berkaitan angka memerlukan satu langkah lebih sesuai bagi menangani budaya politik melayu... apa pun selamat berkhidmat buat menteri baru kerajaan Monoriti Najib...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan