Selasa, 14 Mei 2013

GELOMBANG SERAKAH...

Bahang PRU 13 masih tak sejuk lagi.. Beberapa Petisyen sedang disusun untuk mengembalikan hak rakyat yang dirampas... Minoriti memerintah majoriti... ia bercanggah dengan demokrasi... tapi itulah hakikat terjadi di Malaysia tanahair ku...

Sementara itu dalam PAS sedang bersiap menghadapi Muktamar nya yang dijangka berlangsung bulan November. Muktamar yang dijangka hangat kerana adanya pemilihan... Mampukah Abang Mat mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Presiden setelah gagal dalam perjuangan menjadi MP Pendang. Kalau ikut setengah orang yang berteori dengan teori songsang...orang kalah tak layak memimpin...

Apapun , hampir pasti Mat Sabu akan di cabar jika meneruskan hasrat menjadi timbalan Presiden.. Apakah beliau turut menjadi sasaran kerana kegagalan PAS menguasai atau mengekalkan bilangan kerusi Parlimen dalam PRU 13??? Entah lah... Nampaknya dah ada yang nak heret TG Presiden di kandang salah kerana kegagalan PAS dalam PRU 13... Usaha menyingkirkan kepimpinan Ulama sejak dua menjak ni...

Bermula dengan melobi calon tertentu, menyerang kepimpinan Ulama dengan mencari di mana sahaja ruang yang boleh di"label" lemah... termasuk cara bermesra, berharta atau apa sahaja... tidak ditinggalkan hujah tak cerdik berpolitik... aku dah malas nak layan golongan yang rase cerdik ni...

Apakah satu dari ajaran Islam... atau sunnah Rasulullah...jika kalah maka dia perlu meletakkan jawatan... Bagaimana Rasul dalam peperangan Uhud.???  Apakah baginda dipecat atau meletak jawatan... hujah yang jarang di beri perhatian oleh orang yang tidak melihat sunnah dan sirah sebagai landasan panduan perjuangan sekalipun mengaku berjuang atas nama Islam.

Tidakkah kita di ajar kalah menang bukan bukti benar atau salah.... redho atau murka Allah..?? sejak bila fahaman jahil umNO meresap dalam PAS??? umno di redhoi Allah kerana tak pernah kalah??? Sebab itu...jangan banyak habiskan masa berpolitik melebihi tarbiah... kerana kita dalam jamaah Islam... semua panduan sudah dibentang Rasulullah..

yang aku pelik.. bila kalah nak suruh Presiden letak jawatan... dulu masa menang juga nak suruh Presiden letak jawatan...alasannya UG...2004 juga suruh presiden letak jawatan ...alasannya Trengganu kalah... berbagai alasan menunjukkan bukan alasan itu jadi asas, tetapi serakah yang mahu merubah kepimpinan PAS ....

Kalau alasan PRU ini jadi alasan... maka orang paling bertanggungjawab ialah pengarah Pilihanraya... siapa..??? Dr Hatta... tapi kenapa tiada desakan??? tidakkah segalanya terpikul di atas bahu dia??? umNO menyalahkan War room mereka... Mengapa PAS nak menyalahkan Presiden biarpun kita tahu bahawa PAS adalah parti yang bergerak secara kolektif??

Nampaknya PAS akan berhadapan sekali lagi dengan gelombang  serakah menyingkirkan kepimpinan Ulama yang berkali kali gagal sebelum ini... cuma aku nak bagi tau.. PAS ada muktamar... jadilah perwakilan... calon lah siapa yang dikehendaki yang selari dengan aliran pemikiran kalian... Namun sehingga kini jangan nafikan... Ahli PAS yang ikhlas redho dan rela mempertahankan kepimpinan Ulama yang di terajui Tg Hj  Abd Hadi Awang.. Dia Presiden terbaik kami... hanya yang mengenali ketokohan dan kepimpinan beliau yang merentasi dunia tahu menghargainya... 

2 ulasan:

mola berkata...

Jgn gunakan perkataan2 yg berciri melaga2 spt mencabar dsb. Inilah puncanya timbul lstilah2 spt letak jawatan, tak malu, kecundang dll. Pendek kata tulisan kita jgn sampai melambangkan perebutan kuasa, kerana syaitan akan masuk, kesannya lahirlah kelompok2, dan lenyaolah semangat kesepaduan.

mola berkata...

Jgn gunakan perkataan2 yg berciri melaga2 spt mencabar dsb. Inilah puncanya timbul lstilah2 spt letak jawatan, tak malu, kecundang dll. Pendek kata tulisan kita jgn sampai melambangkan perebutan kuasa, kerana syaitan akan masuk, kesannya lahirlah kelompok2, dan lenyaolah semangat kesepaduan.