Rupanya kisah kota Damansara masih tak habis... Tempat lain
yang senasib atau secerita dengannya senyap macam sapa pun tak peduli...
Kenapa??? Apa bezanya??? Jika di Kota Damansara PAS dikatakan khianat... kenapa
di Semenyih dan Jelapang tak jadi cerita...??
Maka ada yang jawab... sebab Kota Damansara calon PKR kalah
(sebenarnya PSM)... di Semenyih macammana... ini keputusan di DUN semenyih ...
1. ARUTCHELVAN A/L
SUBRAMANIAMS (PSM) 5,568
2. JOHAN BIN ABD AZIZ (BN) 17,616
3. HAMIDI BIN A. HASAN (PKR) 13,471
Penyandang: Johan Aziz (BN - UMNO
% keluar mengundi: 88.70%
Majoriti: 4,145
Dan ini pulak di Kota Damansara...
1. RIDZUAN BIN ISMAIL (PAS) 7,312
2.HALIMATON SAADIAH BINTI BOHAN (BN) 16,387
3. MOHD NASIR BIN HASHIM (PKR) 14,860
4. HALMI BIN OMAR (BEBAS)
116
5. EDROS BIN ABDULLAH (BEBAS) 57
6. SUPPIAH A/L ANANDAN (BEBAS) 39
Penyandang: Dr Mohd Nasir Hashim (PKR)
Peratus mengundi: 87.70%
Majoriti: 1,527
Berbeza sikit dengan suasana di Jelapang...
1 M. Sarasvathy (PSM)
2,568
2 S. Mokan (BN) 4,655
3 Teh Hock Ke (DAP) 16,921
Penyandang: Teh Hock Ke (DAP)
Undi: 24,654 (82.1%)
Majoriti: 12,266
Dari senario yang ada, jelaslah bahawa PSM adalah parti yang
mengganggu Pakatan Rakyat. Mereka
sanggup bertanding atas tiket sendiri setelah Pakatan Rakyat berkeras
meletakkan calonnya... Cumanya... di Kota Damansara PSM tak perlu berkeras
kerana PKR memberi laluan kepada calon PSM Dr Nasir.
Aku pelik akan sikap PSM.. Mereka kata sokong Pakatan Rakyat
tetapi lawan Pakatan Rakyat. Di Kota Damansara lebih pelik apabila PKR memberi
laluan kepada PSM bertanding di atas tiketnya walaupun tahu tindakan PSM di
Jelapang dan Kota Semenyih... Macammana pemimpin PKR yang terlalu bijak
berpolitik boleh memberi laluan kepada Dr Nasir hanya kerana PSM berkeras untuk
bertanding . Jangan lupa siri ugutan pemimpin PSM sebelum PRU 13 untuk menuntut kerusi dari Pakatan Rakyat Sepatutnya PSM di ajar tidak diberi ruang kerana khianat mereka di
Jelapang dan Semenyih... malah di Jelapang lebih mengelirukan kerana mereka
mendakwa mewakili Pakatan Rakyat... alasannya wakil mereka bertanding atas tiket PKR
di Kota Damansara...
Persoalan pertama... Mengapa PKR bagi pada PSM sedangkan PAS
dari awal menolak PSM.. ada yang kata ia adalah wakil sejak 2008...jangan
lupa... PSM hanya di daftarkan selepas 2008, maknanya tiada PSM sebelum 2008
sebagai parti politik.... Di fahamkan bahawa TG Presiden telah memberi ingatan
awal sejak 2 tahun lalu agar PKR tidak meletakkan PSM di Kota Damansara... PAS
hanya serahkan kepada PKR...
Apakah dengan hanya memakai baju PKR, PSM boleh dianggap
PKR.. sepatutnya PKR menjaga sensitiviti rakan sebelum mereka menyalahkan
PAS seperti hari ini.. Ia berbeza dengan
Lumut yang diwakili ahli PAS memakai baju PKR kerana dalam keluarga yang
sama... dan PKR sememangnya tiada calon berkelayakan.... harus diingat PSM bukan
Pakatan Rakyat!!!! Apakah kerana PKR tiada calon layak maka dibenarkan meminjam
calon PSM... sejauh mana komitmen yang akan diberikan PSM???
Kalau calon bendahari PKR Perak seperti Jamaludin di Behrang pun boleh melompat ... bagaimana
dengan PSM yang langsung tiada kena mengena dengan Pakatan Rakyat... semudah
itu PKR menilai calon??? Apakah pengalaman pengkhianatan Calon tangkap muat
yang mengecewakan kami di Perak tidak menjadi ingatan>> PERSOALAN
saya...sejauh mana PKR meyakini PSM akan bersama Pakatan Rakyat sedangkan dari
awal mereka sudah menentang Pakatan Rakyat di Jelapang dan Semenyih??? apatah lagi jika kedudukan kerusi di Selangor terjadi seperti di Perak 2008... saya sangat bimbang...
Dalam siri ini saya ingin bertanya..??? mengapa Kota
Damansara menjadi isu hingga kini... Dan sasarannya ialah TG Presiden yang
dikatakan menandatangani watikah perlantikan??? Mengapa Samsul mendendangkan
isu ini di dalam dewan dan disambut Khalid samad ..... disaat pemuda
mempertahankan Presiden...mereka dituduh membodek... ??? Mengapa isu di atas
langsung tidak dibangkitkan oleh Khalid Samad??? Atau Khalid samad hanya
berminat menyerang pemimpin PAS atau sasaran tepatnya TG Presiden dengan hujah
kononnya amanah menegur??
Dalam tulisan ini saya mempersoalkan sikap PSM... yang
menentang Pakatan Rakyat di Jelapang dan Semenyih... jangan lupa di Semenyih PKR kalah kerana PSM masuk ( jika
alasan mencampur undi secara borong boleh memenangkan PKR). Dan undi DAP di
Jelapang juga terganggu kerana PSM.
Dalam tulisan ini saya juga mempersoalkan PKR yang memberi
ruang kepada PSM bertanding atas tiket PKR walaupun tahu pengkhianatan PSM terhadapnya
di Semenyih dan rakan PR DAP di
Jelapang??? Politik bijak apa yang digunakan hingga membenarkan musuh
menggunakan lambang parti walaupun di sudut lain musuh dari kandang yang sama
menentang partinya sendiri??
Isu di atas saya sentuh atas dasar khianat politik yang
dilakukan oleh PSM, bukan mazhab sosialisnya... saya belum berminat menulis isu
itu....
Andai secara sengaja atau tidak tulisan ini menyentuh atau
menyenggol tulisan Khalid Samad... bukan kerana sokongannya terhadap PSM atas
dasar mazhab sosialinya, kerana saya tahu Khalid Samad adalah antara pemimpin
PAS yang beriman dengan aliran Sosialis PSM tidak sesat... tidak sesekali...
saya hanya menulis di sudut kewajaran PSM diberi tempat di Kota Damansara...
isu yang dilupakan.. kalau rajin saya akan sambung isu ini... apatah lagi kalau
ada yang berminat membela PSM atau sekutunya...
17 ulasan:
Pasal Semenyih, Taman Medan dll, dia akan sentuh juga.
Tunggulah... katanya penulisan Khalid Samad ada 4 bahagian. Ini baru satu saja yg keluar.
Simpan peluru anda dulu.
Bila kita diam mereka makin galak duk hentam PAS dan yang sakit hatinya bila shamsul hentam TGHH beliau pun tumpang sekaki malah siap dengan cerita bersiri lagi. Kalau Khalid rasa kasihan kat PSM yang beliau andaikan partinya sendiri (PAS) sabotaj PSM, isi jer borang jadi sosialis yang dekat sangat Islam. Nampaknya beliau rela partinya dicerca dari melihat PSM dan PKR dikritik.
Ibarat Ibubapa kalau nak tegur, tegurla anak sendiri. KS tegur pembodek Pas dulu. Kpd yg menyalahkan KS kenapa tak tegur Presiden dan pembodek parti sendiri. PSM dan PKR biar depa cek diri sendiri dulu
Ibarat Ibubapa kalau nak tegur, tegurla anak sendiri. KS tegur pembodek Pas dulu. Kpd yg menyalahkan KS kenapa tak tegur Presiden dan pembodek parti sendiri. PSM dan PKR biar depa cek diri sendiri dulu
Untuk makluman Abu Amin.... kami beranggapan tindakan Presiden aalah tepat untuk menjaga PAS an PR... saya harap Abu Amin fahami tulisan ini.... bukan isu sapa nak tegur sapa... tapi isunya tinakan siapa yang betul...
Isu paling utama ialah tuduhan haji hadi pasal pil kuda, calon pkr kemungkinan besar khianat dan juga kominis... bila kita buat tuduhan pastikan ada bukti dan fakta...kalau takd bukti yang sah... itu jadi fitnah... takkan ikut rentak wan ahmad spr kot...dakwat kekal = pil kuda...
Saya berpendapat elok KS tulis mengenai isu ini sekarang. Bukan apa, tapi untuk bagi semua ahli dan penyokong PR (bukan PKR atau PAS sahaja) faham bahawa keputusan bertanding 3 penjuru itu salah dan merugikan. Kali ini PAS khianati perjanjian. Nanti PRU 14, PKR boleh khianat pula. Apa kita nak kata? Kita buat boleh, diorang buat tak boleh?
Lagipun, KS tak sebut pun pasal presiden ke, Din Ayam ke...
Dia bukan kata pemimpin itu salah atau pemimpin ini salah... Dia kata, KEPUTUSAN itu salah.
So next time, janganlah buat lagi.....
Senang jer. Tak payahlah nak tuduh dia nak jatuhkan presiden, pasal pemilihan nak dekat etc. etc. Buat dosa kering saja.
Akhirnya KS juga yg untung... dapat pahala free.
Isu Calon bukan fitnah...sebab itu Samsul di ajak oleh pemua untuk turun siasat calon PKR di bukit besi...dengar apa akar umbi di sana cakap.. sekarang tiada yang minta bukti...tetapi terus hukum itu fitnah...
Saya rasa tulisan saya sudah menjelaskan bahawa PAS tak Khianat... PAS pertahankan prinsip dan pakatan Rakyat... PSM bukan PR.. sdr baca tak tulisan ini dan fahami...
PKR yang khianat sebab serah kerusi kepada PSM...PSM dianggap musuh sebab lawan PR di Semenyih dan Jelapang...
Pasal tulisan KS...tak payah le berdalih...bukan rahsia lagi serangan kepada presiden...
Maaf admin. Saye ingin bertanyakan tentang kerusi N.10 Damak di mana berlaku pertandingan 4 penjuru antara be end, pkr dan 2 calun bebas. Kenape hj hadi secara terang-terangan dan khianat menyokong calun bebas koh boon heng sedangkan calun pkr adalah jamaluddin abd rahim. Yg akhirnya calun be end menang dgn undi sebanyak 7905, bebas mendapat undi 7841 dan pkr hanya mendapat undi 2435. So siape sebenarnya pengkhianat antara 2 darjat? N.10 Damak dilupakan...
Hj Hadi juga khianat... Kalau Hj hadi yg khianat Damak... dah gempita dah KS hentam dia....
Bawak bukti bro... jangan main tuduh je...
Lagi satu kptsn amak agak pelik... PKR kalah dengan calon Bebas ... kena tanya Pakatan Rakyat Damak... masalah sebenar di sana...
Jelapang: Pada PRU12 penyandangnya ialah DAP yg akhirnya lompat parti. Kali ini dlm PRU13 DAP kekal bertanding. PSM yg kacau daun, lagipun calon PSM PRU13 adalah asalnya calon bebas PRU12 sebelum PSM didaftarkan). So Jelapang is non issue sebenarnya. Bottomline, PSM bukan parti komponen PR.
KD: Dr Nasir wpun dari PSM ttp beliau setuju menggunakan lambang PKR. Dr Nasir sendiri beliau bukanlah seperti yg selalu dimomokkan sbg tidak berakidah Islam, atau sosialis totok, cuma beliau memilih PSM utk berjuang tegakkan nasib golongan pekerja buruh dan marhaen dari tertindas oleh golongan atasan. PSM berpecah dari PSRM di mana parti PRM pimpinan dr Syed Husin Ali bergabung dengan KeADILan jadi PKR. Jadi pemilihan lambang PKR oleh Dr Nasir adalah sesuatu yg boleh diagak awal & lagipun beliau penyandang KD pada PRU12. Logiklah beliau terus menggunakan logo PKR pada PRU13.
Kerusi KD ditandingi Pas pada PRU11 2004, Paya Jaras pula KeADILan. Dlm PRU12, PKR & Pas bertukar kerusi ie KD=PKR, Paya Jaras=Pas. Pada PRU13, status quo. Jadi tak timbul sebenarnya isu asal KD kerusi PAS kerana persetujuan telah dicapai sejak PRU12. Tindakan Pas letakkan calon di KD adalah sgt menjejaskan PR. Dr Nasir bukan seorang yg mudah lompat parti kerana beliau tidak gilakan harta & pangkat. Tengok saja kereta beliau.
Semenyih: Ia milik PKR sejak 2008, Arutchelvam bertanding atas tiket PKR dlm PRU12. Beliau kalah 1000 lebih undi sahaja. PRU13, beliau masih bertanding, ttp berkeras mahukan logo PSM yg kali ini dah daftar (2008 belum daftar). Jadi PKR ttp letakkan calon bertanding di situ adalah logik sebab itu kerusi mereka dan PSM bukan parti PR.
Jelas, KD menjadi isu besar kerana ia menunjukkan situasi khianat parti Pas kepada komponen PR.
Helo anak sengat, kalau sedara nak bukti bergambar hj hadi sokong calon Bebas di N10 Damak sedara boleh cari kat www.anwaraidc.com di bwh tajuk 'Sokongan Presiden Pas kpd calon Bebas, PKR berang'
geng parasit terus membenci TGHH bodoh punya geng ini geng di sebut sebagai geng syaitan yang tidak di kenali lebih bahaya dari syaitan yang di kenali
mrsyah Iya,
Kita berbicara tentang politik bukan isu-isu khusus mengenai Islam. Kena bezakan antara keduanya. Kita berbahas mengenai aspek perlaksanaan kaedah politik dalam kerangka Islam.
kedua kita kena bezakan kedudukan TGHH dalam konteks peranannya sebagai ulamak dan sebagai presiden sebuah parti politik yang berteraskan Islam. Sebagai seorang ulamak, tiada sesiapa pun mmpertikaikan keilmuan Islam dan keulamakan TGHH.
Yang dipertikaikan ialah TGHH sebagai pemimpin politik dalam kerangka PRU 13 yang lalu. Kalau TGHH tidak boleh dikritik sebagai pemimpin politik, PAS juga tidak boleh mengkritik pemimpin-pemimpin BN terutama Mahathir, Najib, Chua Soi Lek dll. Jika haram mengkritik TGHH sebagai pemimpin politik, maka haram juga bagi PAS mengkritik Mahathir, najib dll pemimpin BN. tetapi mengapa PAS mengkritik kow-kow pemimpin-pemimpin UMNO/BN?
Adakah PAS juga mengamalkan sistem double standard? Orang tak boleh kritik kita atas dasar politik samasekali, haram, tetap kita boleh kritik, boleh camportangan dalam urusan orang lain tanpa had dan sempadan!Tidak adil bagi Islam, oleh kerana kita pejuang Islam kita merasa kita mempunyai lesen besar untuk bertindak diluar batas rasional dan logik. Kita bebas buat sesuka hati kita kepada sesiapa sahaja kerana kita rasa kita pejuang Islam!
Itu intipati yang saya faham dari hujah sdra dan rakan-rakan yang sefahaman. Yang lebih terserlah lagi ialah kekusustan memahami isu sebenar tentang apa yang berlaku di KD, Sg Aceh dan kerusi-kerusi yang bertindih.
Satu perkara yang pasti, sesuatu tindak tidak bijak, bagaimanapun dimekap, diolah dengan pelbagai cara yang canggihpun tidak akan merubahnya menjadi satu tindakan yang bijak. Contohnya banyak yang kita semua dah tahu tentang tindakan-tindakan jahat UMNO akhirnya memakan diri sendiri. UMNO parti bumiputra, PAS parti Islam. Banyak beza antara keduanya dalam serba serbi, ibarat langit dengan bumi.
sama-sama kita fikirlah kerana kita sesama Islam. Biarlah islam yang menang bukan individu atau kelompok tertentu menang dan islam kalah!
bat8
ASAL BUKAN UMNO...konsep tu yg wajid pegang..jgn berbalah..nsmpak bodoh di mata umum..terima kasih..
ASAL BUKAN UMNO...konsep tu yg wajid pegang..jgn berbalah..nsmpak bodoh di mata umum..terima kasih..
Catat Ulasan