KOTA DAMANSARA... SIAPA KHIANAT... SATU LUAHAN
Luahan hati petugas Kota Damansara.
Saya merupakan seorang orang luar yg bertugas membantu kota damansara
dari awal. Setelah pilihanraya tamat, saya melihat beberapa kenyataan
yang tidak adil dan tidak bertanggungjawab dikeluarkan terutama terhadap
Pemuda PAS Subang dan Presiden PAS sendiri. Saya kira sudah tiba
masanya utk saya buat pendedahan apakah yang berlaku di KD.
Pertama-tamanya tulisan ini saya tujukan buat mereka yg gemar
berkata-kata sedangkan tidak terlibat langsung dengan gerak kerja
pilihanraya di KD sebaliknya hanya gemar berbicara di alam maya.
Kedua- Kota damansara kita tidak nafikan mengikut permuafakatan Pakatan
Rakyat, N39 adalah milik PKR. Namun apa yang kita kesalkan apa yang
berlaku adalah pengkhianatan PKR sendiri di peringkat atasan membenarkan
PSM yang bukan anggota PR bertanding di kerusi mereka. Ini adalah satu
pengkhianatan paling besar terhadap PR. Secara tuntasnya kebenaran PSM
mewakili PR perlulah dibincangkan di peringkat mesyuarat PR dan
mempunyai persetujuan semua ketua parti komponen PR. Saya menjadi hairan
bagaimana di Semenyih dan Jelapang, PSM secara terang-terangan
menentang PR dibiarkan begitu selesa, namun apabila tiba di KD pusingan
dan pandangan puak2 jahat didalam PAS sendiri terutamanya berpusing 180°
menghentam PAS dari berlawan dengan PSM. bukankah gila parti yang
mengganggu perjalanan pilihanraya PR di dua tempat yang berlainan dalam
masa sama menjadi kawan dan dalam masa sama menjadi lawan? pemikiran
apakah ini?
Ketiga- Sepanjang proses pilihanraya, bermula dari
penamaan calon meskipun ketika ini saya belum berada di KD sepenuh masa,
PSM sudah menunjukkan belangnya. Dari laporan yang diterima, mereka
tidakpun membawa lambang2 PR sebaliknya membawa lambang PSM sendiri.
Ketika kempen mereka utk PRU13 mereka membawa manifesto PSM. Berbanding
2008, calon yang sama Dr.Nasir bertanding bukan sekadar menggunakan logo
PKR tetapi pembawakan PKR dan manifesto PR.Dalam hal ini, kita hairan
kenapa DSAI sanggup diperkudakan begitu sekali oleh PSM? Saya yakin
diperingkat akar umbi PKR sebagaimana dilaporkan Akhbar Sinar Harian
bertarikh 4 Mei 2013 turut menolak Dr Nasir sebagai calon sah PR menurut
DSAI. Saya kira tindakan ini adalah penghinaan demokrasi DSAI kepada
ahli PKR cabang subang!
Keempat -Mengenai tindakan pemuda PAS
Subang yang tegar mempertahankan calon, Us Ridzuan Ismail. Saya kira
mereka yang kurang cerdik perlembagaan parti sahaja yang menggelar
Pemuda PAS Subang sebagai pengkhianat kerana umum sedia maklum watikah
perlantikan calon ditandatangani oleh TG Presiden. Mengikut autoriti
berorganisasi, watikah tersebut hanya boleh dibatalkan oleh TG Presiden
dan keatas. Untuk kenyataan Dato' Mustafa Ali. saya kira itu hanyalah
tindakan peribadi yang tidak mewakili Parti. Untuk kes beliau, saya rasa
elok kiranya kita serah ke pimpinan utk dinilai.
Kelima- Isu
Kota Damansara memperlihatkan bagaimana TG Presiden PAS mempertahankan
Islam dan membela Islam tanpa senang-lenang membenarkan mereka yang
berfahaman sosialis mewakili rakyat dan merosakkan pemikiran rakyat.
sebagaimana kenyataan TGNA di Kota Bharu bertarikh 10 MAC 2004 yang
menolak sosialis kerana mereka dianggap adik sedikit kepada komunis. Ya,
sosialis adalah yang paling dekat dengan Islam, dari segi sistem dan
perlaksanaannya. Namun itu bukan satu lesen utk kita mendekati fahaman
itu kerna yang membezakan Islam dan kufur adalah lafaz syahadah begitu
juga yang membezakan zina dan hubungan halal adalah lafaz pendek akad
nikah. Justeru umat Islam wajib berhati-hati didalam pembawaan idealisme
Pluralisma didalam berpolitik. Maka ahli PAS lebih-lebih lagi perlu
terus bertegas dalam isu ini.
Keenam- Menilai wala' kita kepada
PAS bukan PR. Point ini khusus kepada ahli PAS*. Sedih melihat fenomena
golongan yang isti'jal (Gelojoh) mengejar kerusi sehingga lupa kepada
disiplin dan garis panduan tahalluf siyasi yang dikeluarkan oleh majlis
Syura ulama' PAS. Buat golongan ini, antum adalah perosak jemaah yang
nyata, membusukkan nama PAS dan membenarkan segala dakwaan tahalluf PAS
adalah salah kerana antum melanggar disiplin Tahalluf Siyasi. Saya juga
mencadangkan kepada semua ahli PAS bermula dari pucuk pimpinan sehingga
sebawah-bawah ahli agar mefokuskan kepada memahami Garis panduan
Tahalluf Siyasi khusus dari segi penerangan ke segenap bumi Malaysia.
Ketujuh- FB/Blog/Twitter bukanlah tempat menerima arahan terbaru dari
PARTI! Jadilah ahli yang bijak dalam menerima arahan dan saluran arahan
tersebut.
Sekian dari saya yang faqir.
Muhammad Bazli Badarudin
7 ulasan:
Bhai Penulis,
Tahniah kerana cuba menegakkan benang basah mengenai pengkhianatan PAS Subang bersekali dengan Tuang presideng parti bhai kepada gagasan Pakatan Rakyat.
Soal PSM bertanding di KD bukan isu besar kerana calon PSM di bawah lambang PKR adalah calon yang menyandang kerusi tersebut. Lainlah cerita jika calon PSM tu orang baru yang tidak berkhidmat di KD sejak lepas PRU 12.Kalau nak bantah, bantah sebelum PRU 2008 bukan sekarang.Paling-paling tidak semasa pembahagian kerusi sebelum PRU 13. Mengapa PAS tak buat masa tu?
Yang perlu dibawa kepada mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat adalah tindakan PAS mensabotaj sesuatu yang telah dipersetujui
Kedua, kita semua mengetahui semua watikah calon PAS ditandatangani oleh SUA PAS. Apa specialnya kes KD. Persoalan yang lebih besar yang perlu dijawab oleh PAS adalah apakah sabotaj kerusi KD ini dipersetujui oleh Tuang Presideng PAS sendiri kerana dia sendiri yang menandatangani watikah calon PAS kerusi KD.
Ketiga, dari tulisan sdra jelas menunjukkan sikap bongkak dan sombong PAS Subang sendiri. Imej PAS melonjak naik kerana menumpang jentera Pakatan Rakyat. Secara umumnya, individu yang menjadi ikon penerimaan rakyat kepada PAS adalah TGNA bukang Tuang Presideng atau Ketua Dewang Ulamak.
Lupakah sdra keadaan PAS semasa bersendirian. Siang malam ditekan oleh UMNO sehingga bukan sahaja bukan melayu yang takutkan PAS, orang melayu juga ramai yang memandang rendah kepada PAS.
Setelah mendapat manafaat dengan menumpang jentera Pakatan, sesetengah orang PAS menjadi sombong dan bongkak seolah-olah parti komponen lain yang menumpang PAS.Dia je yang sempurna, orang lain semua cacat akal!
Mentaliti beginilah yang membuatkan PAS kalah di Kedah. Padan muka!
Hello bat8. Gua nak bagi clear... PAS berganding dgn PR tapi x pernah menumpang PKR.
Lagi satu, bila tarikh dan masa PSM joint PR? PAS hormati Dr Nasir, tapi PAS menolak fahaman sosialis.
Jgn lipa TGNA sendiri pernah menolak Dr Syed Husin bertanding di KB.Pada PAS membela Islam adalah lebih utama.
lepas ni boleh jemput ADUN baru, Pn.Halimahton untuk rasmi program kat markas
Zul69,
Lonjakan PAS selepas PRU 2008 sebab bersama-sama dalam Pakatan. Dalam Pakatan tu ada lagi 2 prti lain. Faham betul-betul apa yang ditulis diatas mengenai hal ini secara keseluruhan. Jangan ambil satu dua perkataan sahaja.
Semangat bergandingan dalam satu Pakatan kah tindakan PAS dalam isu calon Palatan bagi kerusi KD?
Dr Nasir dan Syed Husin adalah dari parti yang sama.Mereka berdua didalam satu parti PSRM dulu . PSRM bubar kerana bergabung dengan Parti keadilan maka mereka yang tak ikut Syed Husin tubuhkan PSM.
Dr Nasir boleh diterima oleh PAS tetapi Syed Husin tidak. Itu double standard. Mengapa semasa PRU 12 boleh terima Dr Nasir? Mengapa semasa perbincangan pembahagian kerusi untuk PRU 13 PAS tidak membangkitkan isu PKR mencadangkan Dr Nasir sebagai calon yang akan mempertahankan kerusi KD.
Tidakkah itu masa yang paling Islamik untuk membangkitkan isu Dr Nasir sosialis dan PSM bukan gabungan Pakatan rakyat, bukan selepas PAS sama-sama bersetuju dengan keputusan pencalonan Dr Nasir untuk kerusi KD?
Islamikkah tindakan PAS mengambil tindakan menentang keputusan yang dipersetujui di saat-saat akhir sebelum penamaan calon? Aku rasa rasa lebih kepada tindakan nak tunjuk sombong dan angkoh je macam perangai puak-puak UMNO!
Jika isu Dr Nasir itu penganut fahaman sosialis, bagaimana pula mengenai keputusan PAS meletak calon di 3 kawasan yang dipersetujui bersama ditandingi oleh PKR bagi DUN Terengganu? Ketiga-tiga calon PKR tu pengikut sosialis juga ke?
Kalau le ini mentaliti PAS, elok je la pi bekerjasama dengan UMNO sebagaimana kehendak puak UG dalam PAS. Lagi baik bergabung terus...lagipun TGNA pun hangpa dah nak buat kain buruk
To bat8,
bro..bg saya..xyah la nk berbicara soal apakah justifikasi setiap tindakan yg di ambil oleh ketua psm, pas subang dan pas pusat..dan pkr berkaitan isu kota d'sara!
perkara pokok..ialah tujuan bertanding itu sendiri!
Apa tujuan PAS..PKR &PSM di kota d'sara? menjatuhkn umno bn saya rasa! Jadi soal parti yg mana layak bertanding..klu paling bodoh pon la kayu ukurnya..di masa hadapan..kita minta parti yg nk bertanding itu sendiri anjur ceramah dan buat gerak kerja sendiri di kawasan yg berlaku pertindihan dan war2kan kpd umum utk buat pilihan mereka!
Tidak ada mn2 parti yg bokeh mengatakan mereka tonggak dlm pakatan kecuali paeti itu yg paling mempunyai pengaruh kpd rakyat secara kasarnya!
sy berpendapat bhw kebanyakan punca kekalutan dlm pakatan dtgnya dr pkr dan serpihan golongan yg mahu berpadu kembali dgn umno bn atas desakan ekonomi!
sy melihat jika pas di kuasai oleh golongan professional..ada kemungkinan pas akan cuba di gonggong kearah itu..ttp jika masih kekal dgn ulama..In Sha ALLAH tidak berlaku selagi fahaman assobiyah dan sekular di larang dlm ugama islam.
Sy minta kita semya kembali menilai dan bertanya..kenapa kita mahu menjatuh kan umno bn? Adakah krn isu rasuah, kezaliman, rompakan trhadap harta negara dsbgnya shj?
bg saya..sy ingin menjatuhkn umno bn jrn dasar umno bn adalah assobiyah dan sekular yg menjuruskan kpd semua permasalahan ini.
Cheers
Shah ashbun kata."sy melihat jika pas di kuasai oleh golongan professional..ada kemungkinan pas akan cuba di gonggong kearah itu..ttp jika masih kekal dgn ulama..In Sha ALLAH tidak berlaku selagi fahaman assobiyah dan sekular di larang dlm ugama islam."
Harap Shah Ashbun kenali siapakah dalam PAS yg menggonggong kearah itu ...ingatlah, Ulama bukannya tahu semua.Nabi sendiri beritahu, nak tahu pasal pertanian, pi tanyalah kepada petani ...
Salam alhuseyn,
setahu n sefaham sy..sebelum kita berangan angan hendak jadi ketua..wajib kita isi dada dgn ilmu agama kerana hendak memimpin anak2 buah dan org bawahan..agar kita tidak sesat! Ttp klu kita jadi ketua yidak belajar agama manakala ank buah atau org bawahan belajar dan alim ugama dr kita..adakah kita yg jadi ketua mahu akur dgn pandangan ahli agama lantaran tawaran dunia yg serba menawan dan pelbagai itu!
Brkaitan ulama..izinkan sy bertanya..apakah takrifan ulama itu sendiri?
Betul.. untuk tahu pertanian harus belajar dr petani dan ambil tahu dr petani ttp..petani itu juga alim ugama kah? Ilmu yg kita ada harus kita amalkan dan beriman dgnnya!
Kerana itu sy berpandangan..bahawa sikap berlapang dada dan bersedia utk berubah semakin pupus dalam hati kita yg menyokong pakatan samada dari golongan PAS dan PKR!
Apa guna kita sekadar istiqamah tanpa qanaah? Apa beza kita muhasabah tanpa mujahadah?
yang pastinnya sy berpendapat perpaduan dalam jiwa org islam hanya dapat di capai dengan cara menguatkan ukhwah islamiah sesama umat islam! Sy pasti umat islam di malaysia tidak akan bersatu atas dasar isme dan politik kepartian!
Soal yg paling besar bagi saya untuk semua umat islam termasuk diri saya sendiri adalah..adakah kita mahu bergerak ke arah menyatukan umah atas dasar ukhwah islamiyah ini! Atau kita hanya sahaja menunggu turunnya imam mahadi dan nabi Isa yg memimpin umat islam..jika kita sampai di zaman itu!
Selagi org islam yg mengaku berjuang utk menegakkan daulah islamiyah masih berkelakuan spt penganut tegar umno assobiyah dan sekular yang bangga dengan suku kaum sendiri..keturunan..lingkaran teman2 yg dimiliki..selagi itu ukhwah islamiyah akan sukar di eratkan dan di perkuatkan! Dan bagaimana pula kita hendak menawan hati penganut tegar umno assobiyah sekular jika kita juga seperti mereka..berassobiyah dgn lingkaran kita sahaja!
Cheers
Catat Ulasan