Jumaat, 24 Mei 2013

ZAHID... MURTAD???

Menteri dalam negeri baru... semangat kerja masih baru.. Maka terserlhlah tindakan mengampu... untuk buktikan kesetiaan yang tak berbelah bahagi. Maka kebangkitan rakyat adalah mangsa bagi menjilat tuan... Namun jangan lupa perumpamaan yang Allah berikan dalam al Quran... berkaitan anjing... jika kamu beri dia menjelirkan lidah... jika tidak pun dia tetap menjelirkan lidah... Itulah sifat anjing..

Zahid adalah seorang yang "murtad politik". Beliau pernah menjadi penjilat Anuar Ibrahim ketika era reformasi. Jangan lupa, Zahid yang ketika itu adalah ketua Pemuda umno adalah pencetus kepada serangan Kronisma dan nepotisme dalam perhimpunan agong umno. Kesan serangan Zahid itu terus bersambut dengan gelombang keberanian anak muda dalam umno.

DSAI yang dilihat mentor kepada serangan Zahid Hamidi menjadi mangsa hingga akhirnya lebam mata di dalam penjara. Zahid yang diharapkan bakal menjadi penggerak reformasi telah mula mengatur langkah membawa suara reformasi di seluruh negara.

Namun langkah gagah panglima jawa dari Bagan Datuh itu tersadung di Lapangan terbang Kota Kinabalu. Beliau ditahan ketika membawa suara reformasi ke Malaysia Timur. ISA yang sangat menakutkan itu akhirnya menjadikan Zahid murtad politik. Beliau hanya ditahan dalam tempoh siasatan... rupanya silat Jawa Zahid hanya silat pulut... bila silat itu bersambut...Zahid terus melutut.!!!

Zahid yang khabarnya belajar di sekolah agama tidak sempat belajar sukatan Jihadbarangkali. Zahid yang pernah merasa bahang ISA sangat gerun dengan undang undang rimba yang menjadikan darah panglima keturunan panglima Majapahit yang mendidih tetiba menjadi beku. Dia rasa ISA boleh merubah dirinya... Undang undang pengganti Isa juga dirasakan mampu melemahkan pejuang lain... Itu sangka Zahid!!!

Sebagai menteri baru yang telah murtad politik dari bosnya... beliau perlu menunjukkan setia kepada bos baru... Pendakian politik Zahid dilihat kian mara... beliau masih berada di puncak kabinet.... Dengan kuasa sebagai menteri Dalam Negeri, Zahid akan menggunakan undang undang yang pernah membekukan darah mendidih panglimanya untuk membekukan darah anak muda dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Amaran Zahid sejurus menjadi Panglima baru menjaga negeri dilihat sangat tegas dan garang melebihi amaran beliau terhadap Panglima Sulu yang mencabul kehormatan menteri sebelumnya... Beliau perlu keluar dari imej "menteri auwww" yang pernah duduk di kerusi KDN sebelum beliau. Beliau adalah keturunan darah panglima Majapahit yang pernah kehilangan Keris Taming sari kepada Hang Tuah...

Zahid tiada agenda selain menaikkan namanya di persada perhimpunan agong umno yang akan berlangsung. Zahid tak peduli persepsi rakyat kerana persepsi dan hati rakyat hanya perlu dijaga lima tahun sekali...selebihnya... persetankan  rakyat..!!!
Sebagai tokoh murtad politik... Zahid akan tunjukkan kesetiaan kepada tuan barunya... mungkin melebihi anjing yang menjilat kaki tuannya... Sebab itulah... Islam menghukum mati seorang yang murtad dari agamanya... kerana sifaat murtad sangat bahaya....SANGAT MERBAHAYA!!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan ia dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertakwa. (41) Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (al-Baqarah : 42)

Begitulah Zahid Hamidi - dia dah menukar gantikan agamanya dgn keuntungan yg sedikit di ats dunia ini dgn menafikan amaran Allah - Jgn kamu menjadi kafir ...semoga kita semua terhindar dari semua itu...