Rabu, 5 Jun 2013

JAWAB ...JANGAN TAK JAWAB...

Syamsul Iskandar sudah senyap dan sampai hari ini tiada respond tentang ajakan . Sehingga sekarang saya masih belum menerima jawapan sama ada ia menyahut pelawaan saya untuk turun ke grassroot atau tidak. Saya malas nak panjangkan, sekadar untuk memberikan hint kepada orang ramai bahawa ‘tembakan iskandar’ terhadap kepimpinan PAS adalah tidak berasas, hanya tunjuk hero, tetapi tidak bersedia untuk turun ke padang sebenar. Insyaallah, itu tutup fail.

Saya cukup sedih apabila melihat perilaku YB Khalid Samad (TBKS) tentang isu Kota Damansara. Pihak PKR dan termasuk juga PSM tidak berapa kelihatan membangkitkan isu KD tetapi YBKS masih terus menerus membangkitkan isu ini tanpa kelihatan noktahnya. Bukan setakat itu, bahkan menggunakan lidah rasmi parti menyiarkan artikel tentang KD.

Perilaku yang tiada kelihatan noktah ini sepatutnya cukup dibincangkan diperingkat AJK PAS Pusat. Bila YBKS kelihatan terus menghangatkannya, saya terfikir adakah agenda lama KS masih berjalan aktif? Iaitu agenda satu kumpulan ‘bawah tanah’ yang mencaturkan kepimpinan parti melalui memburukkan imej orang-orang yang hendak dijatuhkan di dalam muktamar? Atau dengan kata lain, kumpulan yang YBKS sendiri pernah terlibat menjatuhkan Ustaz Hassan Syukri di dalam muktamar 2002? Mesyuarat demi mesyuarat bagi mencapai tujuan itu?

Atau dengna kata lain, adakah KS seumpama ais yang timbul dipermukaan laut, sekalipun nampak kecil tetapi kewujudannya menunjukkan terdapat bongkah yang besar di bawahnya. Tanpa bongkah itu, nescaya ais akan tercair oleh air laut. Itulah ibaratnya.
Bongkah ini perlu saya timbulkan dahulu sebelum saya menjawab isu KD. Apa yagn tersurat dan apa yang tersirat. Ibarat kusutnya tali, tanpa mencari punca asal, maka sampai kiamat ia tidak akan dapat dirungkaikan.

Orang yagn tidak menyelami dan tidak mengenal bongkah, memang akan hairan bagaimana ais yang kecil seperti YBKS boleh muncul dipermukaan laut menjadi hero. Sebagaimana ada sesetengah pihak yang hairan bagaimana tulisan YBKS mengkritik kepimpinan parti boleh tersiar di dalam Harakahdaily Memang itu pelik bagi mereka yang hanya melihat ais, tapi tidak bagi mereka yang meyelami lautan glasia.

Lama saya buat pertimbangan untuk respond kepada tulisah KS kerana bimbang kesan negatif kepada parti dan kepimpinan tertingginya. Tetapi apabila ternyata tindakan YBKS telah memburukkan imej Presiden khususnya apabila menyokong tuduhan YB Syamsul Iskandar, diparahkan lagi dengan penyiaran di Harakahdaily, di tambah lagi dengan artikel hari ini. Maka Al-Quran ada mengajar “sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu” – (Al-Baqarah: 194). Pertimbangan untuk menjawab balik demi membaik pulih imej yang telah dirosakkan oleh YBKS wajar dibuat.

Sejak kepimpinan ulama daripada awal 80an, kepimpinan parti tidak pernah dilihat bergoyang melainkan selepas kewujudan mesyuarat-mesyuarat sulit yang dilibati oleh YBKS pada awal 2000. Walau bagaimanapun, angina ini perlahan justeru kebanyakan ahli mesyuarat YBKS tidak banyak berada di dalam posisi penting parti melainkan hanya di pinggiran tanpa portfolio utama.
Tetapi sejak akhir-akhirnya ini, ahli-ahli mesyuarat KS yang dulunya berada dipinggiran sekarang sudah berada di posisi-posisi penting. Hasilnya kelihatan sekarang setelah bekerja keras menjatuhkan si fulan dan si fulan, dulunya ialah Al-Marhum Ustaz Hassan Syukri yang merupakan benteng jati diri PAS, yang juga senior parti. Pelbagai saraf dijalankan bagi menjatuhkan Al-Marhum, sehingga beliau digelar sebagai ‘kuda tua’ dan lain-lain gelaran yang disebarkan melalui saraf-saraf mereka. Antara ahli mesyuarat tersebut ialah KS sendiri.

Kenapa dulunya mereka hanya di pinggiran, tetapi sekarang sudah berkuasa? Poinnya jelas, iaitu mereka yang menghentam presiden sekarang supaya menyerahkan kerusi kepada PKR ialah mereka-mereka yang sama yang menjadi ahli mesyuarat yang telah terlibat menjatuhkan Al-Marhum ustaz Hassan Syukri. Saya tidak bermaksud PKR yang rancang, tetapi mereka yang membuat pakatan sulit ini. Siapa mereka? Tidak semestinya PKR, boleh jadi UMNO, boleh jadi macam-macam. Yang penting perkara ini tidak patut berlaku.

KENAPA SAYA ANGGAP IA BONGKAH AIS YANG BESAR?

Isu PAS dan PKR bukan hanya berlaku di 7 kerusi yang dianggap tempat bertindan. Krisis kerusi sememangnya perkara biasa bukan sahaja berlaku antara Pakatan Rakyat, tetapi ia juga di dalam UMNO. Bagi saya, isu demand kerusi PRU adalah perkara biasa dalam parti politik. Saya juga pernah dalam PRU 12 ditawarkan oleh Melayu UMNO untuk memberikan bantuan kepada PAS kerana Melayu UMNO tidak berpuas hati dengan MIC yang bertanding di kerusi majoriti Melayu Muslim.

Begitu juga di dalam PRU13, isu kerusi bukan sahaja berlaku antara PKR dan PAS, tetapi ia juga berlaku antara DAP dan PKR. Apa yang menarik, tiada Jawatankuasa Pusat DAP marahkan kepimpinan tertinggi mereka tentang kerusi yang direbuti dengan PKR seperti kerusi Gelang Patah dan lain-lain.

Apa yang pelik dan ajaib, ada sekitar 6 orang AJK PAS Pusat beriya-iya membiarkan kerusi PAS diambil dengan selesa oleh PKR dengan pengisytiharan di sana sini tanpa mendapat persetujuan lebih awal daripada PAS. Bahkan lebih teruk daripada itu ialah apabila PKR mula mengambil orang-orang PAS masuk PKR (keluar PAS) di beberapa kerusi, terakhir ialah kerusi di Lumut.

Pencerobohan PKR terhadap kerusi PAS dan ‘menculik’ orang PAS bukan satu perkara yang kecil. Tetapi 6 orang AJK PAS Pusat mempertahankan tindakan PKR dan mengkritik Presiden dengan kasar dan biadap akibat Presiden mempertahankan kerusi-kerusi PAS daripada terus diambil dengan cara sedemikian. Antara yang memperjuangkan PKR di dalam PAS ialah termasuk YBKS sendiri.
Sebab itu, bagi mereka yang menyelami dasar lautan, mereka akan tahu adakah bongkah itu kecil atau besar? Sebab itu, bagi saya, episod KS dengan sandiwara ciptaannya berkaitan isu KD yang sebenarnya sudah selesai, adalah ketulan ais yang kecil dipermukaan lautan yang luas.

Apapun, ada yang melihat kemunculan ais yang kecil dipermukaan laut adalah kecil, mereka terus berlayar dengan selesa tiada hati-hati seolah tiada apa-apa bahaya disebaliknya. Ada pula yang menganggapnya besar dan berhati-hati sehingga seolah-olah ingin berhenti daripada berlayar akibat ketakutan. Tetapi orang yang menyelaminya lebih memahami besar dan kecil serta mengetahui selok belok yang selamat dalam melayari bahtera.

Sebenarnya mereka tidak ramai, hanya bebarapa orang sahaja, atau lebih tepat ada 6 orang di dalam AJK PAS Pusat, tetapi mereka sedang memegang portfolio-portfolio penting yang akhirnya parti dilihat lari dari landasan asal akibat penangan 6 individu ini.

Ini baru mukaddimah kecil. Kalau memadai, cukup dengan mukadimah ini, tidak perlu diteruskan dengan pendedahan penyelewengan mereka terhadap arahan pemimpin tertinggi parti, iaitu Majlis Syura Ulama.

Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang saya sebutkan "YBKS terlibat dengan gerakan pencaturan ini".

- Zaharudin MUhammad.

6 ulasan:

Raincity v2 berkata...

“sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu” – (Al-Baqarah: 194).
saya rasa hadi awang yang ceroboh dulu, dah la masa nak PRU13. at least, KS balas masa lepas PRU. hangpa bole try angkat hadi awang, tapi hanya symphatizer PR, kami dah nyampah dgn hadi awang. buat buruk nama ulama je. jadi stop susahkan diri tegakkan benang basah.

to make it easy, hanya 50% org pas je yg setuju dgn hg. org pkr mostly tak kisah apa nk jadi dgn hadi awang. fence sitter lgsung tak berkenan. sebab apa? track record tak nampak. hangpa keluaq la sejuta hujah pun, tapi nak pertahan teganu pun tak boleh (boh la alasan apa pun), baik dok rusila ngajaq agama je. dosa takda, pahala pun dpt.

Saleh Hussain berkata...

Salam, saya mengikuti cerita, ulasan serta analisis berhubung isu KD dan kerusi pertindihan pada PRU 13 lepas.saya tak nak komen apa2 cuma nak nyatakan pandangan saya bila baca hujah ust ZM dengan YB KS.

Terus terang saya katakan
Hujah YB KS lebih nampak kematangan dan mudah di fahami, tidak lari dari isu yang dibahaskan,hujah yang sangat baik bagi kita yang berada di dalam gerakan Islam memahaminya.

W'alam

Saleh Hussain berkata...

Salam, saya mengikuti cerita, ulasan serta analisis berhubung isu KD dan kerusi pertindihan pada PRU 13 lepas.saya tak nak komen apa2 cuma nak nyatakan pandangan saya bila baca hujah ust ZM dengan YB KS.

Terus terang saya katakan
Hujah YB KS lebih nampak kematangan dan mudah di fahami, tidak lari dari isu yang dibahaskan,hujah yang sangat baik bagi kita yang berada di dalam gerakan Islam memahaminya.

W'alam

bat8 berkata...

Ini adalah jawapan/tulisan kedua yang ditulis oleh Ustaz Din bagi mempertahankan dirinya dalam kes PAS Subang melawan arahan pucuk pimpinan PAS Pusat mengenai isu calon PAS bertanding melawan calon PKR.

Tulisan ini adalah jawapan atau defense oleh Ustaz Din tentang apa yang diulas oleh YB Khalid mengenai isu KD selaku pimpinan PAS Selangor dimana kerusi KD terletak.

Saya bersetuju dengan pendapat sdra Salleh Hussain mengenai hujah YB Khalid lebih matang dan tersusun.

Meneliti tulisan Ustaz Din diatas, sorry to saylah, Ustaz Din gagal mempertahankan diri dan memberi hujahan balas untuk menyangkal isu-isu yang dikemukakan oleh YB Khalid point for point.

Sebaliknya Ustaz Din menyerang YB Khalid yang siang-siang lagi membuat ulasan berdasarkan jawatannya sebagai Timbalan Persuruhjaya III PAS Selangor. Ustaz Din memilih untuk menyerang YB Khalid secara peribadi membawa tuduhan baru yang tidak relevan dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh YB Khalid dan mengalih perhatian daripada isu sebenar.

Perbuatan ini orang panggil " shifting the goal post atau anjak tiang gol setiap kali tersepit". Isu yang dibangkitkan pula adalah isu dalam kain PAS yang tidak mempunyai apa-apa nilai kepentingan awam(rakyat).

Isu sebenar ialah perbuatan PAS Subang mengingkari arahan pucuk pimpinan tertingi parti dalam isu calon Pakatan bagi kerusi DUn KD. Ini isu pokok yang ditimbulkan oleh YB Khalid sebagai Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor.

Awal-awal lagi Ustaz Din mengalih isu kepada kritikan terhadap Presiden PAS. Isu keengkaran PAS Subang dan kritikan terhadap Presiden PAS walaupun saling berkait tetapi adalah 2 isu yang perlu dilihat secara berasingan: Pas Subang mengenai keengkaran dan sabotaj keatas Pakatan, manakala kritikan terhadap Presiden PAS adalah mengenai ceramah di Banggol Pradong dan menandatangani watikah calon-calon PAS untuk menentang calon-calon rasmi Pakatan Rakyat.

bat8

zul berkata...

Isu 3 penjuru bukan isu baru .. dah lama, tapi tak pernah diselesaikan secara baik. Tidak pernah ada keinsafan dan pengajaran oleh pemimpin PR ... rakyat jemu. Membaca tulisan sdr Din menimbulkan lagi persoalan. Adakah masalah pembahagian kerusi yg dihadapi oleh PAS dan PKR, sewajarnya diselesaikan melalui pertandingan 3 penjuru ? Inilah pendekatan yg dilakukan PAS bagi menunjukkan kemarahan kepada PKR.. bijakkah strategi ini ? Hujah Khalid lebih bernas dan matang ...

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

bagi saya hujah Zaharudin lebih sangat bernas dan sangat matang..