Khamis, 6 Jun 2013

SIAPA SASARAN TGNA??? JANGAN CEPAT SANGAT TUDUH...

Sudah lama saya ingin mengangkat artikel sahabat ini dalam blog saya. Cuma kesempatan isu menjadikan saya menangguhkan hasrat itu. kadangkala ..jika ia tengah panas...orang tak dapat berfikir dengan waras... juga menanti jika ada penjelasan TGNA sendiri.... Ada benarnya malah jika dilihat waktu kenyataan Tok Guru Nik Aziz memang benar ianya ada kaitan. Ia berpunca dari kenyataan TGNA berkaitan Isu bersama umNO ; Ia bermula dengan kenyataan ini; KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.

Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.
TGNA tak sebut pun pasal dalam PAS... cuma puak yang nak ambil kesempatan saja segera menuduh golongan Ulama. seperti sahabat saya ini.....  mereka mendahului dengan menujum kenyataan TGNA takut tembelang sebenar bocor...  apapun bacalah pandangan sahabat saya dari blog dia ni.... sebagai ingatan...kenyataan ini dikeluarkan TGNA selepas terdedah pertemuan DSAI dengan Najib melalui Jusuf Kalla... apapun alasan pertemuan itu hanay mereka yg tahu... bukan mudah nak percaya sekarang...kalau ulama yang menghabiskan masa dengan mengajar agama dan ibadat serta disanjung tokoh gerakan Islam dunia... apa jaminan untuk mesti percaya kenyataan selain ulama...  

Blog sahabat saya Gerakan Anti Najib Rosmah menulis...
Saya ingin sangat nak mengetahui tentang kenyataan terbaru Tok Ayah tentang tiada hubungan politik antara PAS dengan Umno selagi beliau hidup. Adakah kenyataan untuk perjanjian Anwar dengan Najib yang mana PKR adalah rakan PAS dan DAP dalam PR. Dan yang pasti sudah ada suara-suara sumbang dengan mengatakan tak kan pokok bergoyang sendirinya atau ada yang menggoncang pokok itu sehinggakan Tok Ayah berkata begitu.
Apa yang boleh saya simpulkan ialah ia seperti satu tuduhan daripada blogger jahat untuk mengaitkan Haji Hadi dan Geng Terengganu untuk menghidupkan kembali UG. Bagi saya ia lebih kepada pertemuan tanpa berjumpa antara Anwar dan Najib dengan Yusof Kalla sebagai orang tengah. Jika nak menuduh ada pemimpin PAS yang masih teringin tidur sebantal dengan Umno, mereka sudah lama dibuang dari PAS.
Jika hendak buat tuduhan terhadap kepimpinan PAS Terengganu yang diketuai presiden PAS, maka simpan sahaja tuduhan itu kerana walau hebat mana pun blog kamu yang hitnya tinggi melangit baik datang sendiri ke Terengganu. Tanya ahli/pendokong PAS Terengganu pandangan mereka tentang menyatu kembali PAS dengan Umno Kalau tak dihumban, mungkin kamu akan lari lintang pukang menyelamatkan diri. Betapa ahli/pendokong PAS bencinya mereka terhadap Umno dan bagaimana kamu masih lagi menjaja Kerajaan Perpaduang demi menghentam Haji Hadi.
Duduk Selangor, Penang atau Johor tetapi angin nak melaga-lagakan PAS Terengganu dengan Umno, datanglah dan banyak bertanya jangan duk harap berita-berita blogger jahat jer. Nak kaji pokok masuk hutanlah jangan duk kat bandar jer lepas tu dok tunjuk pandai merekalah pengkaji yang ulung. Memang saya tidak nafikan ada tangan-tangan gatal yang gilakan jawatan tetapi jauh api dari panggang jika Haji Hadi ingin bersama dengan Umno.
Kenapa sya menyatakan begitu kerana saya mengenali siapa manusia yang bernama TGHH dan pegangan beliau terhadap Islam. Jika beliau nak jawatan dah lama beliau dapat jawatan, mungkin dah bergelar Tan Sri tetapi itu bukan agenda beliau, agenda beliau untuk melihat tertegaknya Islam di bumi bertuah ini. Dulu saya ada kala bila balik ke kampung, kami ada bercerita dilambu rumah kayu beliau di belum dibaik pulih. Saya lebih mesra memanggil beliau Ayah Chik.
Ayah Chik ada bercerita tentang kepulangan beliau selepas melanjutkan pelajaran diluar negara dan ketika itu Wan Mokhtar adalah MB Terengganu. Selepas pulang beliau memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Abim Terengganu di mana Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor adalah timbalan kepada Anwar Ibrahim ketika Anwar adalah pemimpin No.1 Abim Malaysia. saya tidak menafikan yang Anwar adalah idola saya.
Selepas pulang dari belajar, Ayah Chik ada menceritakan bagaimana Wan Mokhtar telah memberi beliau satu jawatan (jika tidak silap saya di Yayasan Terengganu) di mana Ayah Chik diberi satu meja dan satu kerusi tanpa melakukan apa-apa kerja. Pagi masuk petang balik, cukup bulan terima gaji dan itulah rutin harian beliau. Sebenarnya Wan Mokhtar ingin menyekat Ayah Chik daripada berpolitik kerana semua penduduk Marang tahu pengaruh yang dimiliki Haji Awang sehinggalah sampai satu masa Ayah Chik meletak jawatan dan bergiat aktif dalam PAS.
Adakah Ayah Chik ingin menjadi Perdana Menteri seperti apa yang berlaku dalam PR sekarang nih, Ayah Chik lebih suka menjadi nelayan dari menjadi PM yang mana bagi orang alim ia adalah satu amanah yang kuat berat untuk dipikul. Oleh itu jika ada pemimpin PAS yang mempunyai cita-cita untuk jawatan presiden PAS, anda dipersilakan kerana PAS tidak memerlukan kuota seperti Umno. Saya rasa Ayah Chik lebih suka jika ada pemimpin yang layak untuk mengantikan beliau supaya beliau meneruskan usaha dakwahnya.
Tentang UG pula, berapa lamakah pemimpin yang nak tidur sebantal dengan Umno menjadi ahli PAS kerana daripada pengamatan saya, semua yang tergila-gilakan Umno adalah pemimpin yang baru dibawa masuk ke dalam PAS. Tiada seorang pun veteran PAS yang betul-betul terlibat. Kepada blogger yang mereka diri mereka hebat sangat, cermin diri anda dulu sebelum mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh. Kebanyakan pengkritik PAS, bukannya ahli PAS kerana mereka sebenarnya adalah pencacai PKR yang mengaku serba-serbi tahu tentang PAS sehingga dalam kelambu. Tolonglah jangan perbodohkan diri anda yang sememangnya dah bodoh./GANR sumber

8 ulasan:

bat8 berkata...

Tuan,

Saya terpanggil untuk memberi pandangan mengenai isu UG ini setelah membaca artikel tuan diatas. Saya bukan ahli PAS. saya adalah penyokong kuat PAS sejak dari bangku sekolah lagi. Saya adalah sebahagian dari penyokong PAS yang terdiri dari pelbagai kaum yang menerima perjuangan PAS setelah melihat PAS yang diterjemah oleh keperibadian TGNA.

PAS telah telah mendapat tempat dikalangan orang melayu diluar kelompok PAS/UMNO dan bukan melayu sejak pasca PRU 12 adalah sesuatu yang menakjubkan. Saya percaya kaum bukan melayu tidak takut lagi denan PAS setelah melihat dan didedahkan kepada keperibadian ikon PAS, TGNA. Sumbangan dan peranan TGNA dalam meroboh phobia kaum buan melayu terhadap PAS yang sekaligus menerima PAS dengan meluas patut diiktiraf melebihi dari pemimpin-pemimpin utama PAS yang lain termasuk Presiden PAS sendiri.

Cerita UG, cerita sgelintir kecil pemimpin PAS yang mahu berkerjasama dengan UMNO adalah real. Tuduhan-tuduhan kepada beberapa pemimpin PAS terutama dari Terengganu bukan tuduhan serkap jarang, sekurang-kurangnya bagi kami penyokong yang berada diluar organasasi PAS. Ia adalah dari pemerhatian dari rentetan-rentetan dan permainan politik tokoh-tokoh yang dikaitkan puak kerajaaang perpaduang sejak isu ini timbul selepas PRU 12 dulu lagi.

Tulisan sdra, maaflah kalau saya katakan sama seperti tulisan blogger-blogger UMNO untuk menutup suatu isu yang semua orang tahu i.e cuba tutup bangkai gajah dengan nyiru....

Sdra tidak salah kerana sdra berada di dalam PAS. Tetapi dari sudut yang lain, tulisan sdra sama seperti tullisan pencacai-pencacai UMNo yang beranggapan bahawa kami diluar PAS ini bodoh dan tidak tahu menilai tentang sesuatu isu. Dengan kata lain, sdra cuba memperbodoh-bodohkan kami sama seperti pencacai-pencacai UMNO dengan hujah-hujah dan sangkalan-sangkalan yang amat lemah.

Sdra lupa untuk membuat perbandingan sokongan yang diterima oleh PAS sehingga PRU 11 denan sokongan yang diterima PAS menjelang PRU 12 dan PRU 13. yang melonjakkan sokongan kepada PAS adalah kerana sokongan padu golongan kami samada melayu bukan PAS/UMNO dan kaum bukan melayu.

Sokongan kami adalah atas dasar PAS sediada dan untuk menghapuskan kemungkaran yang sedang berlaku sejak merdeka oleh BN yan didominasi oleh UMNO Baru....bukan atas idea kerajaang perpaduang yang digilai oleh sesetengah pemimpin PAS terutama yang dari terengganu( sdra tahu siapa yang saya maksudkan).

jadi, janganlah nak insult kami dan sebahagian besar akar umbi PAS yang ikhlas memperjuangkan dasar PAS sedia ada.

Saya tidak bercadang untuk mengajak sdra berlawan hujah tentang wujud atau tidak puak kerajaang perpaduang dalam PAS. Alasannya mudah. Adalah silap jika sdra mentafsirkan kemenangan yang agak cemerlang itu hasil kerja PAS sorang diri. Kemenangan PAS disumbang oleh sebahagian besar rakyat malaysia dari berbilang bangsa atas dasar membri sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk menumbangkan BN dan membuka lembaran baru kepada sejara dan masa depan negara yang lebih adil.

Jika sdra rasa kemenangan dan sokongan yang PAS perolehi adalah semata-mata usaha PAS - saya cabar PAS keluar PAkatan Rakyat dan bergerak sendiri atau bersama-sama BN, kita tengok dimana duduk PAS dalam PRU 14.

Sadly tu say, satu kelemahan ketara sebahagian pemimpin PAS ialah terlalu mudah overconfident apabila fortune baik dan mula bersikap bodoh sombong yang tidak berpijak kepada realiti. mereka merasa mereka ini " holy then thou", orang lain semuanya salah dan tak betul.

Sad but true!

bat8

azmie berkata...

"...beberapa pemimpin PAS terutama dari Terengganu..." sapa dia org tranung tu?? asan??, nasa?? dua2 bkn org tranung tu?? bg la nama bat8 oii

Abdul Rashid M Aki berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Abdul Rashid M Aki berkata...

Bagi pendapat saya.. komentar bat8 tidak betepatan dgn artikel ini .. bukan permasaalahan pas parti kuat atau tidak.. yg menjadi isu ye ialah... adakah benar ramai pemimpin pas yg kemaruk untuk sekatil dgn umno.. perlu rasa ye bat8 kaji apa dia perjuangan pas.... kebanyakan pendokong pas merupakan mrk yg melihat dari kesedaran agama... berbeza pula bagi mereka yg semata ingin menolak umno semata... keadilan itu sebahagian dari islam.. tapi tidak semesti ye keadilan dari perpektif umum besesuaian dgn islam.... dari amatan saya yg dhoif ini... hanya segelinter sahaja golongan pas yg ingin sekain dgn umno... namun paling malang ye... orang yg banyak berjuang dlm pas di tuduh ug.....
.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Bat 8.
Pertama... adalah sangat pelik org mendakwa org luar lebih tau dari org dalam....
Kedua.... UG bukan dengan umNO...tetapi dengan semua parti tanpa pembangkang... buktikan kata kata pemimpin PAS yg tuan kata UG ialah dengan umNO...tolong jangan spin...
buktikan real tu...
tuduh saya mcm umNO bukan Hujah... ini cara hujah bodoh!!
Kerajaan Perpaduan... saya tak tau siapa yg saudara tuduh... bukti tak pernah wujud selain tuduhan... Pertemuan ialah untuk kerajaan tanpa PBKG...
Bila saya tafsir mcm tuan dakwa...
KESIMPULAN... hang tak paham apa ditulis...pertama bukan aku yg tulis...kedua hang langsung tak bwk bukti selain dakwaan... patutnya aku boooo layan...tapi sian gak sebab dah mendatang...aku layan cara bodoh gak la... he..he..

Abdul Rashid M Aki berkata...

Mungkin konsep analisis terbaru... lihat dari luar lebih yakin dari lihat sudut dalaman.... hehehe...

mat tenggek berkata...

bat8 kena paham asas utama :
1-UG adalah kerjaan tnpa pembangkang.
2-UG bukan bergabung dgn umno atau berpeluk dgn umno.
3-Kptsn pntng sperti prgabugan perlu melalui muktamar.
4- Syarat UG jgn dilupakan. Ianya disebut secara jelas oleh TGHA, sistem kehakiman bebas, pemimpin rasuah didakwa dan SPR yg bebas dan macam2 lg syarat yg diletakkan bg mencapai maksud UG (tnpa Pmbgkng dan melibatkan SEMUA parti)
5-Ulang lagi sekali SEMUA PARTI..
benda asas ini taktau payah la nak berhujjah.
Org yg cerdik dan sedar tntag kebenaran, akan berada dalam jamaah islam.Berdiri ketika bangun, dan rela bersusah tika ditimpa musibah.bukan tika susah dok mengata, "kan aku dah cakap" kena buat macam ini, itu ini itu ini"
time menang : "memang dalam jgkaan dan ini hasil kerja keras aku"
moga Bat8 lebih rajin keluar dari kepompong kejahilan dan kelesuan minda.

bat8 berkata...

Sdra mat tenggek,

Isu kerajaang perpaduang yang sdra begitu arif dan bentang diatas telah di bahas di dalam Muktamar PAS yang berlangsung di Ipoh beberapa tahun lalu.

Muktamar tersebut menolak sebarang kerjasama dalam apa bentukpun dengan UMNO/BN. Keputusan tersebut masih kekal sehingga hari ini kerana muktamar-muktamar selepas itu tidak membuat keputusan membatalkan keputusan muktamar di Ipoh tersebut.

Jadi apa yang sdra merepek ni? Keputusan mana yang sdra pakai untuk menyokong agenda UG ni?

bat8