Khamis, 4 Julai 2013

ULAMA TERAS KEBANGKITAN... MESIR MENANTI WAKTU KEMBALI..

Berita sedih sedang nelanda dunia. Bumi anbiya Mesir sekali lagi bergolak. Kerajaan pilihan rakyat digulingkan oleh kuasa tentera dengan dokongan sekutu ahzab moden . Di belakangnya pasti Israel, yang bimbang dengan kebangkitan Islam yang menjadi ancaman kepada mereka di tanah arab.

Tentera terpaksa menggunakan Syeikh Azhar untuk mendapatkan sokongan rakyat Mesir. Syeikh Azhar adalah ulama upahan yang sebenarnya tidak layak digelar ulama kerana nilai ulama di jelaskan Al Quran sebagai " orang yang takutkan Allah" hasil ilmu mereka. seperti kata TGNA... sepanjang sejarah akan ada ulama upahan... berjawatan kerajaan... menjadi alat musuh Islam...

Rakkyat Mesir  yang menyokong Ikhwan diberitakan sedang bersedia. Menanti seruan jihad para Ulama amilin mereka . Ada yang sudah meninggalkan wasiat untuk keluarga. Mereka adalah pemuda ikhwan yang telah ditarbiah dengan jihad. Tarbiah menjadikan mereka lebih takutkan Allah.

Di ketika inilah tarbiah sangat berguna. Mereka yang dibina sekian lama dengan tarbiah jihad sudah bersedia. Cuma menanti arahan ulama mereka untuk bangkit. Menanti saat dan menilai maslahah yang paling aula. Ketika ini hanya arahan Ulama mereka yang mampu menggerakkan kebangkitan. Ia bukan di asaskan atas kehendak kuasa semata tetapi ianya di asaskan atas seruan jihad.

Demonstrasi yang menuntut nyawa sebegini tak mampu digerakkan oleh mereka yang hanya ada semangat. Semangat akan luntur. Ia perlu digerakkan oleh ruh Jihad. Yang dibina dengan tarbiah yang mantap! bukan sekadar angan angan untuk berjuang dari atas pentas syarahan atau meja menulis dengan imaginasi kosong.!

Inilah yang di jelaskan oleh Allah dengan istilah.. " sehingga kami ketahui siapakah sebenarnya mujahidin dari kalangan kamu dan orang yang benar sabarnya". masa untuk menilai pejuang sebenar yang layak menerima anugerah syurga Allah!

Jelas.... musuh menyedari bahawa Ulama adalah ancaman besar dari kerja jahat tentera Mesir ini. Sebab itu di beritakan ulama kini menjadi sasaran tangkapan pemerintah junta kudeta Yahudi.. Mungkin sejarah pembunuhan dan penyiksaan seperti Assyahid Syed Qutb akan berulang.

Sebagaimana di Syiria, Mesir juga akan memberi tumpuan kepada menangkan para Ulama yang boleh menggerakkan kebangkitan ummah ini. Kepentingan dan peranan ulama di sedari oleh musuh Islam sejak dulu... sebab itu Ulama akan terus di musuhi... setelah gagalnya tawaran dan pujukan ...

Dalam sejarah Islam... selamanya Ulama adalah teras kebangkitan... Bak Kata TGNA .. Ulama dan kebangkitan Islam serta kepimpinannya adalah ibarat isi dan kuku... Semoga Ulama di Mesir bakal menggerakkan kebangkitan semula menegakkan hak dan keadilan rakyat Mesir..


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak tahu pula Morsi seorang ulama. Tapi kelulusannya spt brikut ~ He earned a bachelor's and master's degree in engineering from Cairo University in 1975 and 1978, respectively. He then earned his Ph.D. in materials science from the University of Southern California in the U.S. in 1982 with his dissertation High-Temperature Electrical Conductivity and Defect Structure of Donor-Doped Al2O3.[20][21] He was an Assistant Professor at California State University, Northridge, from 1982 to 1985. In 1985, he returned to Egypt and began to serve as the head of the engineering department at Zagazig University, where he was a professor until 2010.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Tak tau ke dia tu Hafiz Quran???

Tanpa Nama berkata...

Hafiz al-Quran bukan semestinya dikategorikan sebagai ulama.Biasalah orang arab atau orang Mesir anaknya dididik dgn quran.Umur 12 tahun sudah jadi hafiz/hafizah.Adakah kalau macam itu sudah boleh di ta'rif sebagai ulama? Kesian...

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Sebab itu le jangan memandai di samakan antara Dr atau Ir di sana dengan di sini... Sebab di sana agama sudah biasa dalam kehidupan deme.
Hafiz dan Hafizah adalah sebahagian dari ciri Ulama. Mereka sudah didik untuk jadi Ulama sekecil itu..Tau pun...sebab tu tak boleh sama dengan yang ada kat sini...kesian...

Tanpa Nama berkata...

Itulah silapnya kita, bahawa ada antara kalangan kita yg professional pun dia hafal alquran dan faqeh, tapi sbb tiada taitel ust maka dia tidak diiktiraf sebagau ulama.Tetapi ada juga yg diberikan taitel ustaz semata-mata untuk mempromosikannya sebagai calon walaupun dia bukan berpendidikan aliran agama.Jgn minta bukti dari saya, lihat contoh yg hampir dgn kita.