Selasa, 20 Ogos 2013

JENG...JENG...UG DSAI OK... JOM KITA CARI HUJAH BELA... UG ULAMA...BLA..BLA...

Mengimbas kembali 'kerajaan perpaduan'

Isu kerajaan perpaduan kembali mendapat perhatian ekoran satu laporan Asia Sentinel, diikuti dengan tulisan memberi gambaran positif usaha itu di Malaysian Insider - dengan tajuk hampir sama dengan artikel di bawah. Perkembangan ini ialah yang terkini selepas episod rundingan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum Pilihan Raya Umum ke-12. Di bawah ini ialah tulisan pada Jun 2010 menjelaskan isu kerajaan perpaduan yang disuarakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Tulisan ini pernah disiarkan akhbar Siasah.

Oleh HARIS ZALKAPLI

Ketika bermula muktamar tahunan PAS ke-56 di Kota Bharu, Kelantan minggu ini, pelbagai isu yang berkaitan dengan permainan politik dalaman parti ini sudah pun tersebar di pelbagai media termasuk blog.
Satu isu perenial yang ditimbulkan untuk mencapai tujuan politik kelompok ialah kerajaan perpaduan yang pernah dicadangkan oleh presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun lalu.
Dalam wacana popular kelompok tertentu, isu ini ditimbulkan secara mudah, tanpa penjelasan yang definitif yang boleh menyanggah kebolehlaksanaan ide tersebut.
Kerajaan perpaduan, yang disebut sebagai “UG” (singkatan kepada unity government) dijadikan simbol dalam kempen negatif terhadap Abdul hadi dan sesiapa sahaja yang dilabel “pro-UG.”
Hampir semua isu, daripada pertemuan di rumah terbuka hingga kepada pemberian credential media kepada penulis blog di muktamar diletakkan secara mudah di bawah tajuk besar “UG.”
Berdasarkan pemerhatian pada sejarah singkat wacana kerajaan perpaduan dalam PAS, kempen negatif yang dimainkan secara berterusan itu dapat dibuktikan sebagai satu tindakan politik kelompok yang tidak berdasarkan sebarang bukti.
Ide kerajaan perpaduan yang paling jelas oleh Abdul Hadi dicetuskan dalam satu wawancara yang disiarkan Siasah keluaran ke-138 (1 hingga 7 Mac, 2009). Muka depan Siasah keluaran itu memuatkan berita utama bertajuk Negara Tanpa Pembangkang, yang menyusuli siri tumpuan kepada “politik damai” yang dicadangkan oleh Siasah.
Dalam wawancara itu, Abdul Hadi menerangkan cadangan kerajaan perpaduan dengan mengambil contoh Indonesia di bawah bekas Presiden BJ Habibie. Jelas Abdul Hadi, kerajaan perpaduan ini akan melibatkan semua parti politik menjadi sebahagian kerajaan, dan bukan hanya melibatkan PAS dengan Umno.
Ketika itu, cadangan ini menerima reaksi positif daripada banyak pihak dalam PAS sekurang-kurangnya, dengan isu kerjasama PAS dengan Umno tidak ditimbulkan langsung.
Malah, dakwaan bahawa cadangan kerajaan perpaduan dibawa hanya oleh Abdul Hadi dan “PAS Terengganu” tidak didapati asasnya kerana ide ini turut dibawa oleh Dr Mujahid Yusuf, Ahli Parlimen Parit Buntar.
Dalam Siasah keluaran yang sama, Mujahid yang juga pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS dalam satu tulisan panjangnya menjelaskan perlunya satu pendekatan baharu dalam politik negara, dengan menimbulkan persoalan, “Mungkinkah ini era kerajaan perpaduan nasional ataukah ia kerajaan persekutuan nasional yang akan terbentuk..,” memberikan harapan kepada penubuhan sebuah kerajaan perpaduan nasional baharu.
Kemudian, ekoran pelbagai isu yang timbul dalam perdebatan isu kerajaan perpaduan dan kehadiran Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri baharu, gagasan kerajaan perpaduan yang hampir menjadi konsensus itu mula ditolak.
Pada penghujung April, Abdul Hadi menjelaskan bahawa cadangan kerajaan perpaduan tidak berbangkit lagi.
Beliau dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily dalam satu laporan bertarikh 21 April bahawa ide kerajaan perpaduan ditarik balik kerana wujud ketidakfahaman dalam kalangan ahli PAS sendiri dan menimbulkan pelbagai kekeliruan, walaupun isu itu sudah dibincangkan di peringkat pemimpin tertinggi.
“Ramai yang tidak faham dengan konsep ini. Rakyat ada kebebasan. Ini ‘unity’ biar kita kena faham. Apa yang saya rasa lucu, ada orang Umno yang membangkang dan ada orang Umno yang bersetuju.
“Tetapi, orang PAS juga bangkang dia (PAS) tidak tahu. Ini menandakan, dia (orang PAS) tidak tahu apa ‘unity government.’ Barangkali kalau dia tahu bentuknya saya rasa orang boleh terima. Oleh kerana, ramai orang tidak faham, maka, saya tarik balik cadangan saya itu.”
Selepas itu, Harakahdaily melaporkan pada 18 Jun kenyataan Datuk Harun Taib, ketua Dewan Ulama yang menyebut kerajaan perpaduan tidak boleh berlaku jika hanya dengan Umno.
“Kerajaan perpaduan itu bukan hanya PAS dengan Umno sahaja, tidak timbul soal PAS-Umno. Semua parti-parti politik terlibat sama dengan Parti Keadilan Rakyat, DAP, MCA, MIC, Umno dan parti-parti di Sabah dan Sarawak baru jadi 'perpaduan.’”
Penutupan pintu kerajaan perpaduan dijelaskan lagi beberapa bulan selepas kenyataan Abdul Hadi itu. Pada Jun 2009 melalui satu kenyataan bersama pemimpin Pakatan Rakyat mengulangi pendirian kerajaan rakyat tidak lagi menjadi isu bagi gabungan itu.
Laporan Harakahdaily bertajuk Tidak Ada Lagi Bincang Kerajaan Perpaduan – Presiden PAS turut dimuatkan juga dalam blog Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang,” kata Anwar seperti dilapor Harakahdaily.
Dalam debat panjang yang tidak berkesudahan ini, dua perkara besar kelihatan sengaja diabaikan oleh pengkritik gagasan tersebut, iaitu definisi dan bentuk serta proses ke arah kerajaan perpaduan dan tindakan PAS menggugurkan agenda itu.
Kerajaan perpaduan terus didefinisikan sebagai “perpaduan PAS-Umno” yang hanya mempunyai satu bentuk, dengan kedua-dua parti bergabung dalam satu pakatan politik – mengabaikan realiti kedudukan Umno yang bekerjasama dengan parti-parti komponen bukan Melayu dalam Barisan Nasional – dan terus dikatakan menjadi agenda PAS walaupun kenyataan demi kenyataan menafikannya dibuat oleh pemimpin parti tersebut.
Pada masa sama, pertemuan pemimpin PAS tertentu dengan pemimpin Umno atau pegawai kerajaan tertentu juga ditafsirkan sebagai pertemuan untuk dalam tajuk “kerajaan perpaduan PAS-Umno.”
Selepas semua kenyataan menjelaskan tentang kerajaan perpaduan, isu ini terus dikemukakan sebagai gabungan PAS dengan Umno yang menjadi agenda rahsia kumpulan yang digelar “faksi Umno” dalam PAS.
Selain kenyataan, tidak ada juga sebarang perbincangan dan tindakan yang boleh dibaca sebagai meneruskan gagasan kerajaan perpaduan daripada mana-mana pihak dalam PAS, tetapi momokan “UG” yang berdasarkan tafsiran menyeleweng – yang seragam bentuknya dalam setiap komentar pengkritiknya – masih menjadi senjata kumpulan tertentu dalam PAS sendiri untuk menyimpulkan pelbagai isu, termasuk yang tidak berkaitan sama sekali dengan matlamat menjejaskan kredibiliti.
Kerajaan perpaduan yang dicadangkan Abdul Hadi itu telah tidak ditangani dengan sewajarnya oleh banyak pihak – terutama oleh mereka yang memberi sokongan penuh kepada projek 16 September yang boleh dipertikaikan dari segi moral itu – dan menjadikannya senjata dalam kempen negatif terhadap satu kelompok dalam PAS. – 9 Jun, 2010    
 
 

4 ulasan:

bat8 berkata...

Tuan,

Sedikit pembetulan - tidak ada rundingan antara DSAI dan NTR mengenai kerajaan perpaduan tersebut. Kedua, NTR menghantar wakil untuk sampaikan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dengan PKR. Ketiga, DSAI menolak mentah-mentah hasrat tersebut kerana dalam hasrat UMNO nak perpaduan dengan PKR, UMNO masih menaja perpecahan antara pelbagai kaum di negara ini. Selesai dahulu isu-isu pokok, baru boleh bincang, tetapi bukan dengan PKR tetapi dengan PAKATAN Rakyat.

2. Jika hasrat sdra nak menegakkan agenda kerajaang perpaduang yng timbul mula-mula di Selangor selepas PRU 2008 - rasanya sdra tergopoh gapah.

3. Apa aasan sdra bahawa idea kerajaang perpaduang yang dicanangkan samada oleh Hassan Ali atau oleh Tuan Presideng PAS boleh membuahkan hasil yang dijaja kemerata tempat sejak lepas PRU 2008 dulu jika perangai UMNO menindas, memporakperanda negara masih berleluasa dan tak nampak akan berhenti?

Kalau sekadar nak hidup senang macam orang UMNO yang serba mewah, tak payah nak dibuat melalui UG, ada cara yang lebih baik untuk mencapainya. Eloklah penganjur-penganjur kerajaan perpaduang di dalam PAS ini yang beberapa kerat tu masuk terus menjadi ahli-ahli UMNO. Semua pihak untung, tak ada yang rugi.

Bagi yang menyertai UMNO tu bolehlah minta pelbagai jawatang dengan gaji-gaji lumayan. Dengan kedudukan yang baik dalam UMNO, merekq-mereka ini bolehlah mencapai agenda kerajaang perpaduang dengan mengubah UMNO dari dalam.UMNO pula mendapat manafaat dari kebijaksanaan dan kewibawaan pemimpin-pemimpin PAS yang menyertai UMNO untuk membawa dan melaksanakan Islam sebagai satu cara hidup yang di redhai Allah.

Aku rasa inilah situasi win-win bagi semua pihak. PAS bukan milek hampa sepuak je.PAS adalah milek umah. Usahlah PAS dijadikan sebagai pemanis atau bargaining chip untuk menguatkan kedudukan bila menyertai UMNO.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

TK la Bat8... tolong ulas yang ni pulak ya.... seronok la baca komen sdr... tunggu lepas ni apa pulak..

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/disebalik-cadangan-anwar-runding-dengan-bn

bat8 berkata...

Tuan,

Sorry kerana hari baru singgah kat blog sdra.

Nak saya ulas juga ke kerana cadangan Anwar adalah untuk national roundtable talk bagi mencari jalan menyelesai masaalah-masaalah yang dihadapi oleh negara yang tidak mampu ditangani oleh kerajaan najib.

Cadangan Anwar bukan untuk menubuhkan kerajaang perpaduang sebagaimana cadangan segelintir pemimping PAS( termasuk yang dalang Dewang Ulamak dan PAS Ganu) atau oleh Presideng PAS.

Jadi cadangan anwar ini sudah terang lgi bersuluh dan nampaknya tidak menyokong idea kerajaang perpaduang yang sdra dang geng dok idamkang. Dok menjadi bro kerana sifat UMNO baru hari ini terlalu terok. UMNO baru hari ini bukang UMNO yang mahathir doh matikang.

UMNO Baru hari ni adalah satu "SPV" oleh segelintir pemimping2 melayu untuk menipu orang melayu menyokong mereka mengekalkan kuasa agar boleh memfaraidkan kekayaan negara untuk mengkayakang segelintir melayu dan bukan melayu terpilih yang dipanggil UMNOputras.UMNOputras ni bukan je melayu, cina, india dll semua ada dan mereka semua menggunakan massa melayu untuk menipu kekayaan negara.

UMNO baru adalah sebuah entiti bermotifkan untuk menipu massa melayu agar memberi lesen kepada mereka untuk memfaraid apa sahaja peluang ekonomi yang ada yang menjadi hak massa melayu dibawah perlembagaan.

UMNO Baru tidak pernah mengenai perjuangan melayu dan kedaulatan Islam. Tahukah sdra apa jadi dengan UMNO baru setelah memasuki sabah dan mengapa melebarkan sayap ke sabah? Apa kaitan dan motif pemberian IC kepada pendatang filipina di sabah di zaman Mahathir? Tahukah sdra bahawa tindakan mahathir itu satu pengkhianatan kepada orang melayu?

Apabila UMNO Baru memasuki sabah UMNO baru telah menukar dirinya sebgai sebuah parti melayu untuk orang melayu yang berugama Islam. Ia telah menukar status kepada sebuah parti bumiputra dengan membuka keahliannya kepada sebuah PARTI BUMIPUTRA! UMNO Baru dah jadi seperti parti PBB ( Persaka Bumiputra Bersatu) yang dipimpin oleh Taib Mahmud. Timbalan Presiden kanan PBB ialah Alfred Jabu sorang Iban Kristian!

Mana boleh PAS bekerjasama dean UMNO Baru atas dasar perpaduang melayu dang Islam! UMNO baru parti bumiputra, bagaimana dengan hak-hak kaum bumiputra kristian di sabah yang menjadi ahli UMNO Baru? Pemimpin PAS nak letak mana kat depa-depa ni? Kalau asas melayu dan Islam, hangpa menindas hak-hak ahli-ahli UMNO Baru ini- Islam bai ke?

Satu lagi - Sabah adalah deposit UMNO Baru. Mahu ke UMNO baru menghadapi risiko ahli-ahli bumiputra kristian ini meninggalkan UMNO Baru kerana UMNO Baru bergabung menubuhkang kerajaang perpaduang dengang PAS? Aku pasti UMNO Baru tak sanggup kehilangan kerusi-kerusi di Sabah!

bat8

bat8 berkata...

...bersaambung

Aku cukup pasti sdra dan kengkawang yang beria2 mahu menubuhkang kerajaang perpaduang dengan UMNO baru ini, termasuk orang-orang kuat dalang Dewang Ulamak Pusat, tak terlintas atau sengaja terlupa memahami realiti yang ada didepan mata tentang UMNO baru.

Secara realitinya, tiada alasang yang logik langsung mengapa segelintir kecil pemimpin PAS mahu berkerajaang perpaduang dengan UMNO Baru. Setakat ini alasang yang diberi hanyalah demi perpaduang melayu dan kedaulatang Islam! Aku dah bagi alasang mengapa hujahan ini tak boleh pakai berdasarkang realiti tentang UMNO Baru itu sendiri diatas. Aku berminat benor nak dengar hujah-hujah yang bersandarkan Al-Quraan dan hadis untuk backup idea ini dari puak-puak sdra. Setakat ni aku tak jumpa. Dengar kata dato haron Din ada buat kertas kerja mengenai ini. Boleh bagi kat aku ke. Aku berminat nak baca terutama asas-asas realiti yang dikemukakan.

Aku kesian kat sdra kerana begitu naif dalam soal sejarah UMNO/UMNO baru ni juga permainan politik kotor UMNO baru. Aku bukan muda kerana aku sudah dewasa dizaman pemerintahn mahathir dan melalui zaman tersebut. Aku ada 1st hand experience. Aku harap nko juga begitu.

bat8