Khamis, 31 Julai 2014

BUKA SIMPULAN DARI PUNCANYA....

Aku sudah melihat ke mana arah tuju isu pertukaran MB Selangor... Ia punca segala kekalutan dan kekeruhan yang berlaku kini. Ia bermula dengan kerakusan ingin menukar Tan Sri Khalid Ibrahim . Jika anda masih ingat, ia menggunakan alasan Tan Sri Khalid seorang yang kedekut... di situlah punca ia bermula... "kedekut" .... kepada siapa??/ Rakya Selangor dapat rasai kemurahan itu... di saat negeri lain dan pusat hanya mampu bagi rm500 kepada kakitangan mereka, Selangor menghadiahkan sebulan gaji... itupun kerana kedekutnya.... bermula isu kedekut, ia berkembang dengan isu yang di reka dan di cipta.

Mengharapkan agar PRU 13 sebagai  jalan ke Putrajaya musnah... Jawatan PM hanya igauan tak pernah berakhir sejak plan 16 september.. semuanya mimpi yang hilang bila terjaga dari tidur... lebih malang di Selangor PKR tidak lagi majoriti dalam DUN berbanding DAP dan PAS terutamanya...

Namun PKR masih lagi bermimpi apabila merasakan Selangor adalah milik mutlak mereka... Mereka ingin menukar TSKI dengan Azmin... Zuraida yang tidur tak basuh kaki membuat kenyataan biadab seumpama bosnya yang tak pernah menghormati rakan majoriti.... "MB Selagor hal dalaman PKR"... Tak cukup dengan itu, dikhabarkan rombongan PKR "menyerang" Rusila bagi memastikan TGHH yang mewakili PAS (bukan pandangan peribadi) atas kapasiti Presiden menyokong mereka.. Malangnya TGHH menolak...

Walaupun PAS lebih dari PKR di DUN Selangor, jiwa besar TG Presiden masih menyeraahkan jawatan itu kepada PKR melalui TSKI.... kerana kecemerlangannya... ( berbeza dengan sikap Anwar masa di Perak... berkali kali berusaha agar wakil PKR jadi MB walaupun hanya seorang yang bermasalah...- Jangan lupa.. Anwar bawa balik Dr Muhd Nur manuty dengan harapan nak di jadikan MB jika PR menang di Perak... - seperti di Selaangor... rakan PR DAP yang majoriti sebelum ini telah bersetuju kekalkan Nizar jadi MB jika menang- macam situasi di Selaangor sekarang..)

Isu inilah yang dikatakan menjadi keretakan PR sekarang.. bukan kerana kenyataan sokongan TG Presiden... Puncanyan kerana nak tukar MB... ADUN Kajang letak jawatan yang memberi buah kepada umNO bahawa PR tak hargai rakyat...semata mata kerana niat menguasai kerusi MB... Anwar menafikan itu untuk tukar MB...walaupun umum mengetahui itulah tujuannya... sebagaaimana Anwar nafikan dialah calon Kajang... tanda beliau tak boleh di percayai... ( namun takde pun bloger upahan yang marahkan anwar kerana penipuan ini sebaliknya di julang sebagai bijak untuk langkah ke Putrajaya...)

Keruhnya di sini... selesaikan isu ini... semua isu akan selesai... Sebaik sahaja TGHH menyatakan sokongan kepoada TSKI... riuh rendah orang menyerang TGHH termasuk pimpinan dan penulis PAS... ada yang kata peribadi... ada yang menyesali.... ada yang kata hilang kepercayaan... hanya respect TGNA.... tetiba TGNA pun sokong Presiden... terkezut gorila puak munafik haraki ini...

Ubah strategi... alihkan isu dan tumpuan... bermula dari pimpinan yang khianat mendedahkan perbincangan dalam waps PAS Pusat... ia di olah dengan baik... di sambut oleh pemaain dari DAP dan PKR- Pengarah Strategi yang di katakan bijak-  di sambut oleh seorang pimpinan PAS kononnya ia bukan suara PAS Pusat...- memang la... nama pun analisis- takkan orang yg pernah duk Universiti tak tau kaedah analisis.... Dr Zuhdi di jadikan kambing hitam... di belasah kiri dan kanan..peliknya yang bermulut celupar  dalam pimpinan PAS sebelum ni diam menikus... macam tak tau isu... awat no???

Saya juga membaca beberapa blog yang kuat menghentam TG Presiden sebelum ini,, segera mengalih isu... tanda peluru dah makan tuan... secara ringkasnya- sebab dah malas menulis- mari kita balik ke punca segala kekalutan- punca segala kekeruhan...

01. Pertukaran Jawatan MB tidak patut berlaku sebagaimana ikrar Anwar bahawa Kajang bukan untuk tukar MB Selangor...  Kekaalkan ia agar tiada yang tak setuju..

02. Punca kekalutan Waps PAS Pusat adalah kerana ia di dedahkan dengan menyedut sisi yang boleh mengundang prasangka... tanpa penjelasan perbincangan keseluruhan... Ia di tulis oleh Pengarah Penyelidikan yang sudah pastinya di mulakan dengan dapatan penyelidikan sebagai asas membuat penyelidikan... Masalah atau punca sebenar isu ini bukan kandungannya... tetaapi pengkhianatan orang yang mendedahkannya... Jika ia sebuah negara.. pendedahnya boleh di hukum bunuh jika di dedahkan kepada musuh negara kerana khianat. Orang sebegini mesti di cari agar rahsia parti tidak terlepas ke tangan musuh... CARI PENGKHIANAT  yang dedahkan isu ini di alam maya... itulah punca keruhnya...

9 ulasan:

Gerakan Anti Najib/Rosmah berkata...

Bro.... lu betu-betul buat macai PKR sakit hati dan mungkin akan kena hentam oleh blogger PAS yang berkiblatkan Anwar. Tulis dan bantai jer bro, takyah nak takut pasal lu tulis ikut fakta bukan pakai bantai macam macai-macai yang duk ratib Nuar-MB-PM. Kalu bos dok gila nak jadi PM maka macai-macai akan pastikan sebab boleh jadi jutawan segera.

tarantula berkata...

Aku pun jadi heran macamna baru hr ni Pas mengaku dan sedar Nuar Al Juburi tu tak guna

Sebelum ni pakat2 dok sanjung, pakat2 dok ampu dok jilat

Shamsuri M.Salleh berkata...

Aku sokong PAS keluar PR dan join UMNOBN . Keluar lah PAS ...... tolonglah aku rayu ! Aku nyampah kat PAS menghianati rakan kongsi .... membawa jenama islam / warak konon !!! habis reputasi dari pandangan non-muslim . Memalukan sungguh ..... tolonglah keluar dan join UMNOBN.

tarantula berkata...

Dear Sham
Aku tak taula ko ni Islam ka ....

Ko risau sangat non Muslim tu napa. Selama ni ada Dap hormat Islam?? ada Dap puji Islam. Siang malam dok hina Islam.
Peduli apa kafir babi tu tak suka, lantakla

Sekurang2nya Pas ada harga diri, ada maruah. Selama ni aku tengok Pas dh jadi lembu dicucuk hudung ja...jadi pencacai

Cukup2la wahai pencacai Nuar Al Jubs, lpas ni idola ko dah masuk DALAM

ras abu berkata...

Lebih bagus PAS keluar PR dan bekerjasama dengan UMNO memerintah Selangor.

bat8 berkata...

Jangan lupa dengan kaum kerabat dari MCA & MIC. Depa siap warning UMNO kalau tolong PAS laksanakan hudud kat Kelantan.

Agaknya sikap MCA & MIC ni m3muji Islam ghupernya dari kacamata macai UMNO!.....Astargfirullahalazim

Nak main kelentong politik pun pada-pada. DAP memang hina Islam sebab itu depa beri peruntukan RM 68 kepada MAIPP tetapi kerajaan NS yang berMBkan seorang Islam beri RM 12 juta je kat MAINS. Agak-agak berapa peruntukan tqhunan kerajaan Gerakan Penang dulu bagi kat MAIPP? RM 1Billion?

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Orang berbalah bukan nak bercerai bro... nak kukuhkan rumahtangga... Kita orang susun kerusi meja... lu ingat kita orang nak becerai... poyo la lu... umNO gua lagi tak caya oooo... penasihat pun ambik Yahudi... phuiii...

bat8 berkata...

Tuan,

Habis macamana dengan segelintir pemimpin PAS yang begitu taksub hendak bekerjasama dengan UMNO. Macam-macam cara dibuat. Tengok kat Kelantan , UMNO sekarang dah dok relaks je, dah tak mahu provoke apa-apa lagi kerana mereka tahu Kelantan akan jatuh ketangan UMNO dalam PRU 14 nanti. Lagipun UMNO cukup selesa sekarang kerana mahkota perjuangan PAS iaitu perlaksanaan hudud di Kelantan pun sudah diserahkan dengan kotak-kotak dan pembungkus sekali kepada UMNO oleh Kerajaan PAS Kelantan.

Bulan Sept 2014 BN akan memulakan pembinaan salah satu pakej dari Lebuhraya Kuala Krai - Kota Bharu. Tahun depan mereka akan laksanakan satu lagi pakej di sekitar Machang. Nampak tak strategi UMNO - mereka sudah mematikan terus cerita lebuhraya rakyat yang dimulakan oleh kerajaan PAS Kelantan. Ini modal politik yang berbisa yang akan digunakn oleh UMNO Kelantan ibarat menusuk pisau PAS Kelantan ke jantung PAS Kelantan. Ini kerana terlampau cerdik kerajaan PAS Kelantan yang pergi jumpa Najib dan serah projek lebuhraya rakyat ini kepada UMNO ibarat pergi serah tengok PAS K elantan untuk disembelih oleh UMNO dalam PRU 14 nanti.

Pokok cerita ikon perjuangan PAS selama ini, lambang kejayaan kepimpinan ulamak era pasca Dato Ari ini telah diserah awai-awai lagi oleh kumpulsn yang yang menganggap diri mereka ulamak - kumpulan supethuman yang hebat serba serbi hanya kerana mereka faqeh ugama. Sebab mereka rasa mereka begitu hebat mereka lupa realiti sekeliling fan didepan mata.

Ysng rugi nanti ialah Islam itu sendiri. Yang diradakan langkah kedepan sebenarnya langkah kebelakang isitu kembsli kepada reakiti lampau sedangkan Islam itu sesuai disetiap zaman walau dunia maju bagaimanaoun . Itulah kehebatan ugama Allah yang sepatutnya bergerak maju memimpin zaman,bukab mengajak kebelakang.

bat8 berkata...

Tuan

Keperdanaan PAS dipentas politi negara sehingga dapat menyaingi dan berkemampuan untuk mengambil tempat UMNO sebagai wadah orang melayu Islam adalah hasil dari dokongan pengundi bukan melayu, anak-anak muda yang tidak mahu UMNO dan golongan berp3ndidikan yang melihat UMNO sebagai pengkhianat bangsa. Sokongan inilah yang melonjakkan populariti PAS di pentas politik negara diatas sokongan tradisional yang sediaada. Ini kerana PAS bersama Pakatan Rakyat setelah bersetuju dengan beberapa asas perjuangan yang disepakati.

Tuan blog dan setengah penyokong tegar PAS yang sama tahap p3mikiran dengan p3nyokong t3gar UMNO sering m3ndabik dada bahawa jika tidak kerana ahli PAS, Pakatan tidak kemana. Ini sikap bongkak sebenarnya.

Kejayaan yang dicapai ol3h Pakatan dan setiap parti dalam Pakatan rakyat adalah kerana kepaduan kerjasama diantara satu sama lain. Kekuatan satu parti diguna untuk menaampung kelemahan parti lain. PAS,PKR & DAP masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan. Cuba lihat sejauh mana pencapaian setiap parti ini bila bersendirian dan apabila bergabung didalam Pakatan Rakyat.Jangan nak bohong PAS takde kel3mahan. Kalau takde kelemahan, dah lama PAS perintah Malaysia!

Tetapi segala keperdanaan yang dinikmati oleh PAS sejak bersama Pakatan kini sudah musnah setelah TGHH membuat kenyataan m3nyokong MB Selangor tempohari yang bertentangan dengan keputusan majlis presiden Pakatan. Ini diburukkan lagi dengan posting whatsapp Dr Zuhdi dan kenyataan2 b3liau m3mpertahankqn diri ala stail Ku Nan menteri wilayah menegak benang basah dalam isu gelengdangan.

Slogan "PAS FOR ALL" sekarang sudah tidak membawa apa-apa makna lagi. Kosong sama seperti slogan " 1MALAYSIA" Najib.

Nasi dah jadi bubur. Samada PAS kekal dalam Pakatan atau keluar Pakatan untuk bekerjasama dengan UMNO atau bersendirian, PAS sudah tidak memileki apa-apa kelebihan lagi seperti s3b3lum insid3n kenyataan TGHH. Semuanya kena be4mula dari titik sifar untuk meraih kembali sokongan rakyat diluar kelompok p3nyokong tradisinya.

Begitu juga jika kekal dalam Pakatan. Kepercayaan yang ada s3b3lum ini sudah musnah. PAS yang perlu membuktikan banyak perkara yang dia bukan PAS dulu yang membiarkan segelintir pemimpinnya bermaharajalela memporakperandakan Pakatan kerana ada cita-cita h3ndak bekerjasama dengan UMNO.

WALLAHUALAM