Ahad, 3 Ogos 2014

BERGEGAR MADINAH,,, KELUARLAH MUNAAFIQ BERWAJAH...

Salam Idulfitri... Aku terbaca hadits akhir zaman... Ketika Dajjal menghampiri Kota keberkatan Madinatul Munawwarah, setelah di pusing serata alam mencari sokongan... akhirnya berhenti di pinggir kota Madinah... Ia terhalang untuk masuk ke dalamnya... Lantas bergegar bumi Madinah.. keluarlah dari bumi kesucian itu golongan munafiq yang selama ini berlindung dengan kemuliaan sebagai ahli madinah... Kota Islam bumi perjuangan rasul pilihan..

Ketika itu Dajjal cuba memasuki Madinah namun terhalang. Tampil lah seorang pemuda menghalang Dajjal dengan keberanian hujah luar biasanya. Lantas Dajjal bertanya kepada pengikutnya... Andai aku bunuh lelaki ini, dan aku hidupkan kembali... apakah kalian akan meyakini ketuhananku? Maka bersoraklah pengikutnya mengiyakan kehebatan "tuhan" mereka. Lantas pemuda itu di bunuh dan di hidupkan... bergempitalah sokongan keyakinan terhadap "ketuhanan" pemimpin mereka... Namun bagi pemuda beriman itu... ia menjawab... " aku yakini apa yang di janjikan rasulku bahawa kamulah Dajjal...

Lalu dajjal mengancam untuk melakukan pembunuhan kali kedua namun terhalang kerana kelebihan yang di beri Allah untuknya hanyalah sebagai ujian menguji keimanan bukan kekuasaan hakiki yang di miliki... Bagi yang beriman... semakin yakinlah mereka kepada "kedajalannya"................

Demikianlah sunnah dalam kehidupan.... ranjau perjalanan sebuah perjuangan Islam. Mereka akan di uji.. malah kekadang kekaguman dari kehebatan dajjal membutakan sebelah mata mereka dalam melihat kebenaran... 

Dajjal mungkin boleh menunjukkan kehebatannya... Cuba memasuki dan menguasai madinah melalui tenteranya dan mereka yang bergelar " ahli Madinah" yang bersembunyi di dalam bumi Rasulullah... Namun percayalah... mereka takkan mampu bertahan di dalam bumi suci yang mewarisi perjuangan Rasulullah...

Maka "bergegarlah bumi Madinah"... sedang Dajjal berseru di pinggirnya... Maka keluarlah penduduk palsu yang munafiq yang selama ini memakai baju ahli Madinah... Terserlah lah siapa mereka.. Hanya kerana "bergegarnya bumi Madinah"... Mereka muncul satu persatu untu kamu kenali... wahai sekelian yang mempertahankan bumi perjuangan Suci Rasulullah...persaksikanlah siapa mereka...

1 ulasan:

Anda Sendiri Fikir berkata...

Bro... apa yang lu tulis macam isu sekarang nih ler. Bahasa lu masih lagi lembut tetapi mereka tetap menolaknya maka bahasa gua dan FZT adalah yang paling sesuai buat puak-puak nih. Ada orang tanya sudahkah dajal keluar maka gua jawab memang dajal-dajal sentiasa berada disekeliling kita kerana tiada Rasul yang tidak mengingatkan umatnya tentang dajal. Cuma raja dajal sahaja yang belum keluar lagi, kapten-mejar dah lama ada dah.