Idulfitri dah masuk minggu ke dua…. Rumah
terbuka masih di adakan di sana sini.
Sekadaar budaya dan tanda kesyukuran, menyatakan kegembiraan di samping
mengambil kesempatan menghubungkan silaturahim sesame rakan dan jiran… namun
perbincangan panas yang di minati masih bertopikkan pertukaran Menteri Besar
Selangor… Walau cuba mengelak… namun
tak mungkin membiarkan yang bertanya
dalam persoalan… sekurang kurangnya sebuah pencerahan… aku memilih untuk
menulis kesekian kalinya bertopik tersebut sementara menanti 10 Ogos… Kerana
aku bukan pimpinan… ia bukan kenyataan… sekadar pencerahan agar kita masih di
atas landasan perbincangan… bukan khayalan yang di ciptakan untuk melarikan
kita dari asas permasalahan.
Mengharapkan agar biarlah ini tulisan
terakhir seblum 10 Ogos, saya cuba menyimpulkan beberapa asas agar pendirian
perbincangan dan punca permasalah tidak lari dari kenyataan.
PKR mahu menggantikan TSKI sebagai
Menteri Besar Selangor. Pertanyaan paling utama ialah apa kesalahannya sehingga
melayakkan ia di turunkan?? Persoalan ini adalah persoalan asas yang paling
lojika untuk di perbahaskan…
-
Di awal lontaran kemarahan PKR kepada Khalid ialah beliau “Kedekut”… Jangan
lupa punca awal ini kerana dari sinilah kita akan memahami apa yang di lindungi
sebenarnya. Perkara ini bukan rahsia kerana ia di sebutkan dalam Konvensyen PKR
yang lalu. Cuba selidiki maksud kedekut yang di maksudkan. Apakah kepada rakyat
atau kepada golongan tertentu di kalangan pimpinan? Jika kepada rakyat, saya
tak Nampak… dan mereka juga gagal menunjukkannya… sehingga kini.. skim insuran,
simpanan untuk anak baru yang lahir di Selangor, air percuma dan bonus untuk
kakitangan yang selalunya melebihi kerajaan pusat antara sederetan kemurahan
yang TSKI lakukan untuk rakyat… Untuk pemimpin… persetankan… bukan itu yang
menjadi tujuan… anda ada bukti??? Mari kita kongsikan.. saya menanti..
-
TSKI menyeleweng…. Tuduhan ini datang kemudian…. Apa yang di selewengkan…? maka
di sebutlah beberapa syarikat… yang masih belum di buktikan… Pastinya PAS
adalah parti yang menanti bukti yang di tuduh kepada TSKI… sehingga kini… masih
sebagai tuduhan tanpa pembuktian… wajarkah di terima??? Anda ada bukti ??? Mari
kita kongsikan… saya menanti..
-
“TSKI tidak wala kepada jamaah… Kalau PAS pun marah…” ooohhhh mentertawakan
aku… bukankah wala itu candu bagi yang tidak berjuang untuk Islam…. Malah kamus
wala hanya wujud untuk pejuang Islam… kerana wala bermula kepada Allah dan
rasul serta pemimpin yang mewaris amanahnya.. Jangan sebut kepada aku sebagaimana
ulasan beberapa pemimpin PAS Pusat yan g aku baca..” Selangor dah bagi kepada
PKR… mengapa kita nak sibuk… adushhhh takkan sebagai pemimpin PAS Pusat tak
tahu sampai tahap itu… atau ada yang mengidam sesuatu janji andai dapat
duduk di kerusi Putrajaya?
Bagi PAS, sebagaimana yang di sebut
Presiden serta pendokong aspirasinya… Tiada bukti TSKI pecah amanah yang
melayakkan dia di turunkan… jika di turunkan, ianya khianat… PAS adalah parti
Islam yang menolak khianat walau dari rakan sendiri. Sehingga kini tiada bukti
pengkhianatan… Anda ada bukti?? Mari kita kongsikan… saya menanti..
Saya ingin simpulkan dengan beberapa
pemerhatian…
a)
Kemarahan bermula kerana TSKI kedekut.
b)
Langkah Kajang yang kononnya untuk ke Putrajaya… Seorang ADUN meletakkan
jawatan tanpa sebab yang wajar… ia mempermainkan mandat rakyat… menyusahkan
orang lain untuk bekerja bagi pihak PKR semata mata untuk meletakkan seorang
yang bernama Anwar Ibrahim. Bermula dengan penipuan terbuka… menafikan untuk
menggantikan MB Selangor.. Menafikan dirinya sebagai Calon… semuanya BOHONG!!!
Anda boleh terima seorang PEMBOHONG??? Jangan bagi tau saya itu helah politik…
jika itu jawapannya… mengapa berhelah dengan rakan… ia pengkhianatan..
c)
Langkah Kajang tersadung di pintu mahkamah… Anwar tak boleh bertanding… di
ganti oleh isteri… aduss…. Yang pernah letak jawatan MP kerana nak bagi pada
suami… Kini nak bertanding DUN di Selangor pulak… sebagai Presiden yang
partinya tak terurus dalam pemilihan baru baru ini… inikah pemimpin hebat yang
di cadangkan menggantikan TSKI… ???
kebodohan apakah ini???
d)
Ketegasan TGHH dan di sokong TGNA membunuh harapan melaksanakan kegilaan dan
kerakusan ini… Terperangkap dengan jerat sendiri… tersebarlah “Printscreen”
yang mengkambing hitamkan Dr Zuhdi….( yang ni aku akan ulas dalam posting akan datangInsyaAllah).
Bangunlah pencacai senada… dari PKR dan DAP… di sambut oleh pimpinan PAS…
paling akhir.. “ Dr Zuhdi kena bertanggungjawab…” . ha…ha…ha….. Bukankah itu
perbincangan dalaman. Satu analisis dari penyelidik dalaman PAS sendiri. Beliau
sendiri menyatakan bukan pendirian beliau dan tidak menyokong PAS keluar PR…
namun di khabarkan ada beberapa orang yang mahu PAS keluar PR… Jom terjah…
siapa mereka??? SIAPA PIMPINAN YANG MAHU PAS KELUAR PR…??? Mungkin Mahfuz boleh mendedahkan siapa
mereka…. Anda tak minat bertanya… nanti saya buktikan jika ia satu keperluan…
mengapa itu pilihan mereka?? Nanti saya ceritakan… jika di beri kekuatan..
Persoalan besar isu ini ialah… tiada
asas kukuh melakukan pertukaran melainkan dapat di lihat dari strategi yang
sentiasa berubah menunjukkan ianya bukan sesuatu yang konsisten untuk melakukan
perubahan kebaikan… tetapi ada yang tersembunyi… fikirkan.. atau perlu pula
saya nyatakan…??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan