Memaparkan catatan dengan label ANALISIS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ANALISIS. Papar semua catatan

Isnin, 7 Jun 2010

BEBAS UNTUK HARGA BORONG


Bebas ! Bebas ! Bebas !... bebas ertinya tidak memihak. Mungkin juga boleh ditafsir tidak berpendirian. Namun jika berkumpulan mana mungkin boleh sepakat kerana masing masing berlainan latarbelakang. Jika bersendirian mungkin boleh dikatakan bebas. Tapi kalau dah berkumpulan, tentunya ada tujuan dikumpulkan golongan bebas yang tak berpendirian.

Apa yang peliknya, kumpulan ini tidak pula disertai oleh Ibrahim Ali sedangkan beliaulah MP pertama yang mengistiharkan bebas. Sepatutnya Ibrahim Ali adalah ketua kumpulam bebas ini tetapi jawapan ketua kumpulan bebas ini agak janggal "Ditanya sama ada seorang lagi wakil rakyat Bebas iaitu ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali akan turut dijemput untuk menyertai Konsensus Bebas, Zahrain berkata, pihaknya masih belum lagi membincangkan perkara itu."

Ibrahim Ali yang terlebih dahulu mengistiharkan bebas sangat berlainan dengan kelompok babas ini. Mereka semua adalah dari satu parti yang semuanya di kaitkan dengan tuduhan di beli. Seolah nya kumpulan babas ini diwujudkan untuk berlindung dari label umNO. Ibrahim Ali nampaknya lebih bijak dengan menubuhkan PERKASA untuk menyokong umNO dari mewujudkan kumpulan babas.

Rakyat akan menilai selama mana kumpulan babas ini akan berperanan bebas. Mereka adalah kelompok yang tiada penyokong. DSAI telah mengangkat mereka sebagai calon dan menang. Setelah mereka dipergunakan oleh umNO , mungkin umNO sudah tidak perlukan mereka lagi. Sebagai jalan terbaik mereka menubuhkan kelompok yang boleh mendapatkan keuntungan.

Selepas ini harga mereka mungkin lebih tinggi dalam situasi tertentu kerana harga mereka adalah harga borong! kalau jual satu satu dah tak laku.....


Jumaat, 26 Februari 2010

MENGAPA MAHYUDIN DEDAHKAN????


Kekalutan hubungan Najib - Muhyidin kian menampakkan jurangnya. Terbaru kenyataan Muhyidin yang mendedahkan pertemuan antara Najib dengan Tengku Razaleig. Walaupun belia mendedahkan pertemuan itu dalam keadaaan kononnya untuk mengkritik Tengku, namun seakan ada agenda lain dari pendedahan tersebut.

Pagi semalam Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau hairan dengan tindakan dan kenyataan Tengku Razaleigh yang masih tidak sehaluan dengan keputusan kerajaan persekutuan mengenai isu royalti minyak Kelantan sedangkan pelbagai langkah penjelasan sudah diberikan.

Malah, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu juga telah pun berjumpa dengan Najib berhubung perkara tersebut.

“Saya dimaklumkan beliau (Tengku Razaleigh) telah berjumpa dengan Perdana Menteri, tetapi saya tidak tahu apakah sebab dia hendak teruskan langkah itu.

“(Tindakannya itu) seolah-olah macam beliau seorang saja yang memperjuangkan hak rakyat Kelantan... (seolah-olah) kita ini tiada langsung pertimbangan,” katanya.


Kenyataan balas Najib yang terpaksa mengakui pertemuan tersebut, namun tidak mahu mendedahkan butir pertemuan itu sangat meragukan . Ia dilihat sesuatu yang bersifat sulit. Persoalannya mengapa Mahyudin mendedahkan pertemuan yang tak mahu didedahkan oleh Najib.Ia seakan menjelaskan lagi krisis yang di dakwa berlaku antara Najib dan timbalannya itu.

Pemerhati politik sedang menghitung langkah politik Mahyudin. Beliau dilihat sedang melakukan satu langkah yang mengguagat kedudukan Najib. Umum telah mendengar bagaimana mahyudin yang tidak berapa selesa dengan Najib melalui konsep satu Malaysia. Mahyudin yang berasal dari negeri kelahiran umNO - Johor dilihat masih merah darah melayunya.

Konsep satu Malaysia Najib jelas membelakangkan perjuangan mleayu yang kononnya menjadi darah daging umNO. Najib pula menyedari, tanpa konsep satu Malaysia BN akan ditolak bangsa selain melayu kerana kegagalan MCA, MIC dan Gerakan. Penerimaan pelbagai bangsa terhadap konsep Pakatan Rakyat yang persamaan hak untuk keadilan dan pembelaan bagi setiap yang dizalimi tanpa mebgira kaum sangat dibimbangi Najib.

Keghairahan Najib hingga membelakangkan perjuangan dan semangat Melayu sangat tidak disenangi Mahyudin dan mentornya Mahathir Muhammad. Longokan peruntukan kepada bangsa lain seperti gereja dan kuil serta pemansuhan beberapa badan khusus dan kementerian yang membela melayu dilihat merugikan melayu dan menghilangkan sifat umNo sebagai pembela melayu.

Kini Mahyudin sedang mengumpul kekuatan dan penyokongnya sendiri sebelum melanggar Najib. Najib pula sedang ghairah melanggar negeri Pakatan Rakyat. Penyokong tegar Mahyudin seperti Zahid Hamidi sedang mencatur strategi.... kita nantikan, apakah ulangan tuduhan seks kepada DSAI yang dicatur Mahathir akn menimpa Najib yang memang terpalit dengan pelbagai tuduhan seks termasuk Al Tantuya. Jika DSAI boleh diheret dengan tuduhan hina seperti itu, tidak mustahil mudah bagi Mahathir membongkar rahsia Najib yang pastinya dalam gengaman beliau semasa dibawah kabinetnya....

Kita nantikan... selepas segala usaha menyesakkan Pakatan Rakyat , samaada atau gagal.... maka pasti Najib akan menghadapi saat sakaratnya....

Rabu, 6 Januari 2010

pERAK PILIHANRAYA ATAU TIDAK - 7 JANUARI PENENTU.

Keputusan mahkamah tentang siapa Menteri Besar yang sah di Perak kian mendebarkan. Khabar angin yang masuk mengeluarkan asap panas di serata pelusuk negeri Perak,. Perkembangan politik Perak yang seakan muram kembali hangat menjelang keputusan mahkamah yang ditangguhkan. Keputusan yang menentukan halatuju negeri Perak. Apakah isu nama Allah yang lahir dari keputusan mahkamah juga sesuatu yang dirancang untuk politik Perak?? Segalanya tidak mustahil dalam politik Malaysia. malah banyak yang pelik dari tak peliknya.

Tinjauan di sekitar Ipoh sehari dua ini khususnya di bangunan umNO yang terletak bersebelahan dengan hotel Casuarina dan sebaris dengan istana Kinta sedikit menjemput persoalan. Kebanjiran kereta setiap malam mengundang pertanyaan. Mesyuarat umNO di beberapa cawangan umNO khususnya sekitar Ipoh yang dijalankan seakan serentak satu arahan itu juga boleh menimbulkan tandatanya.

Keputusan mahkamah boleh diramal berdasarkan undang undang, kecenderungan politik dan sokongan kaum bukan melayu yang sedikit mempercayai Najib hasil satu Malaysia memberi sedikit kelegaan kepada umNO. Usaha Najib melalui satu Malaysia yang sebenarnya menjelmakan konsep Malaysia malaysia yang diperjuangkan DAP dulu memberi harapan kepada bukan melayu. Konsep Satu Malysia ini tidak di fahami oleh kaum melayu. Mereka masih dibutakan dengan perjuangan kebangsaan umNO melalui slogannya.

Bajet Zamry yang mencetuskan sejarah bajet tercepat dan terengkas diluluskan di dunia membuktikan perhatian umNO beralih kepada kaum bukan melayu. Peruntukan khas kepada sekolah bukan melayu seperti SUWA melegakan Cina. Walaupun peruntukan seperti itu ditentang sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat, namun apa yang dibuat oleh Bn itu digambarkan sebaliknya. Peruntukan sama di zaman DS Nizar menjadi MB dianggap khianat kepada melayu walaupun meluluskan peruntukan sama kepada sekolah agama, namun peruntukan sama kerajaan Kudeta Zamry dianggap keadilan kaum. inilah hipokritnya umNO. Ia juga melambangkan kebodohan penyokong yang menyokong dan mengiakan secara "mengkhinzir buta".

Ternyata detik 7 Januari akan menentukan halatuju politik Perak. Zamry seakan akur bahawa kuasa yang ada padanya sekarang adalah umpama kuasa kerajaan pasir berdengung. Ada tahta tanpa rakyat dan kuasa. Walaupun beliau mengaum mengatakan ramai pelabur datang ke Perak...akal yang sihat akan melihat betapa bodohnya pelabur yang ingin melabur di dalam sebuah kerajaan yang terumbvang ambing melalui Menteri Besar yang masih dipertikaikan kuasanya di mahkamah. Pelabur bukan bodoh sebagaimana bodohnya penyokong kudeta ini. Mereka tidak akan mjencagarkan pelaburan mereka dalam negeri yang tidak menentu politiknya.

Keyakinan beberapa perkara di atas menjadikan keyakinan semakin kuat bahawa pilihanraya adalah jalan terbaik buat penylesaian kemelut politik Perak. Itupun jika mereka meyakini mereka ada peluang untuk menang.