Selasa, 5 Ogos 2008

PERLUKAH UST NASHA BERSUMPAH???

Wallahi, wabillahi,watallahi saya tidak pernah berunding dan berjumpa Najib di luar negara. Demikianlah sumpah Timbalan Presiden PAS Ust Nasharudin Mat Isa menjawab tohmahan mengatakan beliau bertemu Najib di UK. Fitnah ini turut di siarkan secara bersungguh oleh bloger yang mendakwa pendokong PAS atau orang dalam PAS.Ianya turut berlegar di kalangan bawahan yang menjadikan satu keyakinan alasan melepaskan kemarahan kepada tokoh PAS ini.

Bukanlah tujuan artikel ini membangkitkan kembali api yang ingin di padamkan. Apa yang diharapkan ialah agar kita kembali kepada perintah Al Quran dalam surah Hujurat; Sekiranya datang kepada kamu orang fasiq membawa berita, maka hendaklah di kaji, bimbang kamu menghukum sesuatu kaum dalam keadaan kamu jahil lantas kamu menyesali ( Hujurat )

Tidak tergambar bagaimana adanya di kalangan pendokong PAS sanggup membiarkan pemimpin mereka terpaksa membuat penfian sehingga terpaksa bersumpah sedemikian rupa.Jika ini berlaku, tentunya ia lambang kegagalan sistem tarbiah kita kini.Bukan pada silibusnya tetapi kesediaan ahlinya dan sebahagian pimpinan menerimanya.

Persoalan tsiqah bukan lagi keperluan. Mungkin kita terlalu sibuk suatu ketika dulu bagi meraikan kerja pilihanraya. Kemenangan dan kemasukan beramai ramai ke dalam PAS juga merupakan rahmat yang gagal di syukuri. Mensyukuri bukan hanya dengan ucapan Alhamdulillah tetapi juga memastikan nikmat Allah di hargai dan dimanafaatkan dengan sebenarnya. Antaranya memastikan golongan ini ditarbiah dengan sistem yang sekian lama menunjangi Keutuhan PAS selama ini. Ada pulak yang hadir Usrah terlalu bimbang membincangkan Al Quran dan hadits malah akidah. Mereka beralasan kita perlu bincang tentang strategi dan pengurusan sahaja kerana hampir pilihanraya. Ya !!! ianya antara yang penting namun meninggalkan teras usrah adalah satu kesalahan yang akan mengundang kegagalan!!!

Beralasan bahawa pemimpin bukan maksum dan mesti ditegur seolah olah menjadi lesen menghalalkan kerja kotor seumpama ini. Tidak dinafikan kritikan membina adalah suatu keperluan kerana tiada manusia sempurna selain junjungan Nabi kita MUhammad SAW. Namun menggunakan hujah fitnah yang tidak teruji kebenarannya bukanlah sifat seorang yang terlibat dalam kerja Islam. Beralasan perkara seumpama ini tidak pernah berlaku semasa zaman Allahyarham Ust Fadhil Nor mungkin cukup di jawab dengan jawapan Saidina Ali ketika ditanya suasana pemerintahan di zamannya yang kacau :"Khalifah sebelumku memerintah orang seperti aku sedangkan aku memerintah orang seperti kamu."

Marilah kita berlapang dada dengan apa yang berlaku. segalanya merupakan ruang untuk kita bermuhasabah terhadap tunjang yang selama ini kita abaikan. Kini masanya untuk bermuhasabah terhadap perjalanan tarbiah. Apakah peringkat cawangan hingga pusat masih menjadikan Usrah sebagai rutin menambat ukhuwwah dan membina peribadi pendakwah. inilah teras yang membezakan PAS dengan PKR, DAP malah UMNO dan pertubuhan siasah yang lain.Kita ialah jamaah Siasah dan dan dakwah. Pastikan ia bermula dari peringkat tertinggi iaitu JK PAS Pusat. Jika ada yang selalu "ghaib "setiap kali usrah pastikan mereka tidak lagi dalam JK Pusat atau juga cawangan. Inilah punca segala penyakit dalam jamaah sekalipun mereka "Ghaib" atas alasan buat kerja politik atau penerangan parti!!!!!!

1 ulasan:

abdrahim kassim berkata...

Dato'

Bercakap mengenai proses pembentukan "keperibadian manusia" ini rasanya tidak ada orang yang lebih hebat dari Rasulullah.

Dialah "bapa" kepada segala naqib usrah yang ada sekarang.Ahli-ahli usrahnya masa itu hebat-hebat seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Othman, Saidina Ali Muawiyah, Abu Musa dan banyak lagilah sahabat-sahabat yang lain.

Bila wafat sahaja Rasulullah,bapa kepada segala naqib ini, anak-anak usrahnya itu bertelingkah sesama sendiri kerana berebutkan jawatan kepimpinan.

Apapun alasan yang diberikan, sejarah membuktikan pertikaian antara Saidina Ali dan Muawiyah adalah disebabkan jawatan khalifah.

Pertikaian ini bukan setakat tuduh menuduh, fitnah memfitnah tetapi bunuh membunuh antara satu sama lain.

Apakah tidak cukup tarbiyah atau usrah yang diberikan oleh Rasulullah kepada mereka.

Kalau nak dibandingkan dengan apa yang berlaku kepada Ust. Nasruddin dengan peristiwa Ali dan Muawiyah, sebesar hama pun tak ada.