Selasa, 23 September 2008

KENAPA KHALID SAMAD NI???




" Isu teguran TGNA terhadap Mustafa Ali sewajarnya telah selesai. Sifat Datuk Mustafa Ali walaupun bukan dari kalangan ulama menampakkan kefahaman terhadap adab berjamaah.

Menghormati TGNA sebagai Mursyid Am walaupun beliau sendiri seorang senior politik di dalam PAS. Apapun yang dianggap kesilapan kalau ianya benar kesilapan, jasanya membawa Dewan Pemuda menjulang kepimpinan ulama sewajarnya tetap dikenang. Kesilapan tidak mungkin memadamkan jasanya.inilah Indahnya apabila hidup berjamaah.

Saya terpanggil untuk menimbulkan isu ini apabila terbaca artikel tentang pandangan Khalid Samad di Malaysia kini. Keadaan nampak agak tenang apabila Mustafa menemui TGNA. Apa pula tujuan khalid Samad menimbulkan kembali isu tersebut,? antara yang menampakkan pandangan khalid yang mengelirukan ialah petikan tersebut;

"Kita cuba perhatikan, dengan majoriti Melayu muslim yang ramai, PAS Terengganu masih tidak dapat menang dalam pilihanraya umum ke-12, Mac lalu.




Semua tahu bahawa pilihanraya ke 11 adalah pilihanraya pertama Abdullah Badawi yang berimejkan cucu tuk guru dan Mr. Clean. Kekalahan BN dalam pilihanraya ke 10 adalah menifestasi kebencian kepada Mahathir. Peningkatan mendadak peratus pengundi di Trengganu juga adalah factor yang diakui. Di kebanyakan Parlimen dan DUN peratus keluar mengundi melebihi 80% malah banyak juga mengatasi 90%. Sesuatu yang luar biasa bagi Malaysia yang memiliki sekitar 70% keluar mengundi. Gangguan SPR juga diketahui umum. Itu belum dikira factor dana Ehsan petroleum yang digunakan BN lagi. Tidak dinafikan beberapa factor lain termasuk kelemahan PAS sendiri. Saya lebih cenderung meyakini post mortem PAS pusat dari analisa Khalid Samad!!!

Perhatikan pula kenyataan ini berkaitan pandangan Mustafa Ali tentang 16 September;

“Sama ada bermoral ataupun diktator (tindakan Mustafa), saya tidak mahu cakaplah. Tapi, memang tidak patutlah dia buat begitu.

“Dia sepatutnya menyedari bahawa Harakah sepatutnya digunakan untuk pandangan rasmi, ataupun untuk mana-mana pandangan-pandangan yang selari dengan pandangan yang rasmi."

Beliau turut mengakui, “sedikit sebanyak ada kebenaran” bahawa presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipengaruhi Mustafa dalam merumuskan keputusan parti.

Lebih leterlaluan menyeret TGHH. Apakah maksudnya jika bukan TGHH seorang pemimpin yang mudah dipengaruhi. Dengan bahasa yang lembut tetapi tersirat kenyataan yang tajam dan berniat tidak baik bagi menjatuhkan kepimpinan TGHH.

Kenyatan ini pula seolah tidak memahami reality.;

Kami di Selangor yang jauh lebih lemah daripada mereka, tetapi kami berjaya. Lalu apa yang perlu difikirkan ialah mungkin ada strategi dan kaedah mereka yang perlu diperbaiki.

“Kerana tidak ada sebab mereka harus kalah, sedangkan negeri-negeri lain yang yang lebih sukar, kita boleh menang,” katanya dalam satu temubual.

Semua mengetahui kemenangan PR dalam PRU 13 adalah di kawasan majority bukan melayu kecuali Kelantan. Di Perak sendiri yang tak dijangka akan menang, PAS kalah di kawasan majoroti melayu seperti Parlimen Parit yang pernah dimenangi 1999. Perubahan sokongan hanya berlaku di kawasan Cina dan India. Postmortem yang diketuai Mohamad Sabu mendedahkannya. Apakah Khalid Samad tak baca lagi ???

Saya tidak berhasrat menimbulkan perpecahan dengan pandangan ini kerana pandangan ini datangnya dari orang yang tidak dekenali. Berbeza pandangan Khalid Samad dalam Ummah online yang merupakan orang nombor dua Selangor. Pastinya akan mempengaruhi ahli PAS khususnya. Sebagai ahli yang terlalu mencintai PAS saya amat mengharapkan segala kekusutan dan kekeliruan diselesaikan di meja dalaman. Bukan kenyataan akhbar yang menampakkan percanggahan. Menyerang pemimpin lain adalah sifat barcanggah dengan adab Syuro dalam jamaah. Itupun kalau Khalid Samad ikhlas setia selamanya kepada kepimpinan PAS. Namun apalah yang mampu dilakukan Andai kasih telah berubah…..BERSATULAH WAHAI PEMIMPIN PAS! CARILAH TITIK PERSAMAAN DALAH UKHUWWAH JAMAAH."

Tiada ulasan: