Isnin, 24 November 2008

KENANG DAKU DALAM DOAMU

Kenang daku dalam doa mu... seakan kalimah lunak percintaan... menyebabkan kita seakan rasa mual atau loya menggunakannya. Bukankah mudah kalau kata..." Doakan saya". Kalimah itu lahir dari bingkisan orang orang tua kita yang penuh adat dan kaya keindahan bahasa.

Doa adalah senjata mukmin. Doakan lahirkan kekuatan jiwa. Agar hidup diberkati diajar kepada kita doa harian dalam kehidupan. Tanpa doa pun hidup tetap diteruskan. kejayaan mungkin dimiliki namun TANPA keberkatan. Pastinya ada beza kejayaan tanpa berkat dan kejayaan diiringai keberkatan.



Doa jua adalah lambang kasih sayang dan kemurahan Allah. Ia mudah, tanpa modal, cuma air liur dan akal serta perasaan yang tulus. Hasilnya terlalu lumayan. Kadang kadang diberi tanpa diminta...hanya hasilnya sahaja yang diterima.Terlalu banyak hadis malah ayat Al Quran menjelaskan kesediaan Allah menerima doa hambanya. Doa boleh dilakukan dimana sahaja kecuali tempat hina dan najis seperti tandas itu pun boleh jika hanya di hati tanpa lahir dengan kata kata.

Dimana mana jua, bila bila masa tanpa had dan batas permintaanya.Gunalah sebarang bahasa asal maksudnya jelas memohon kepada Allah. Satu satunya tempat mengadu. Jangan memohon selain darinya. Tiada kurang kerajaanNya dengan anugerah kepada kita. Semakin kita berdoa, semakin dekat kita dengan Sang Pencipta... Allah pemilik kerajaan langit dan buni. Setiap kali melihat hasil... semakin yakin kita kepadaNya.

Doa tanda pengharapan, doa tanda keyakinan, tanpa doa.. tanda tak ingat kepadanya atau mungkin ragu pada kuasanya atau mungkin jua meragui sifat pengasih dan penyayangNya. Kemuncak doa ialah solat. Solat membawa erti doa. Setinggi tinggi nilai doa ialah di dalam Fatihah " Tunjukilah kami jalan yang lurus.. jalan yang engkau beri nikmat kepada mereka bukan jalan mereka yang engkau murkai, jua bukan mereka yang sesat!"

Berdoalah mestilah meyakini penerimaan Allah, walau tidak dilihat hasilnya di duni, pasti di akhirat. malah pahala doa di akhirat jauh lebih bernilai... bayangkanlah pahala keyakinan, pengharapan, kesabaran bagi seseorang yang tiada hasil doa di dunia.

Sultan Muhammad Qutuz melambatkan peperanga dengan tentera Moghol kerana mengharapkan doa sesama mukmin selepas menunaikan solat Jumaat. Ternyata kerajaan Fatimiah itu berjaya melenyapkan impian dan mitos bahawa Moghol tak mampu dikalahkan. Doa Rasulullah dalam perang Badar menjadi penyebab pertolongan Allah.

Doa adalah semudah mudah ibadah... mendoakan seseorang sahabat tanpa pengetahuannya tentang doa kita lebih mudah dimakbulkan Allah. Ia digelar doa dibelakang ghaib. satu hadis menerangkan persoalan ini ;

Doa seorang saudara kepada saudara lain( saudaranya tak tahu dia mendoakannya) adalah doa yang pasti diperkenankan . di sisinya seorang malaikat ditugaskan setiap kali dia berdoa kebaikan saudaranya malaikat berkata " amin dan bagimu seumpama doa mu.. ( Muslim)

Pernahkan kita bermuhasabah bahawa apa yang kita dapati kini adalah kesan doa kita. Jika tidak... mulakan doa dalam kehidupan harian kita mulai sekarang. Doakan untuk saya jua untuk seluruh muslimin dimana jua berada.

Tiada ulasan: