Rabu, 12 November 2008

DUN PERAK

Persidangan DUN perak sedang berlangsung. Menarik kerana ada peningkatan khususnya sessi perbahasan. Walaupun banyak ruang boleh ditingkatkan terutama pihak kerajaan namun ianya banyak penambahbaikan telah dilakukan termasuk pengendalian Speaker.

Saya sempat mengikuti perbahasan dari Kota Tampan. Ulasan pertama saya mudah. Lagak samseng!!! Dalam lagak seolah bijaksana seorang pembahas dengan contoh tak pasti, beliau diakhir pembahasan mengakui sebagai bekas exco kebajikan. Paling menarik dan menampakkan kebodohan ialah apabila beliau mendedahkan tentang ramainya orang di kawasan beliau yang masih perlukan rumah......perlukan bantuan air bersih.... Saya yang pernah ke Kg Luat dan Kg Beng dapat melihat sendiri prasarana di sana. Kg Beng yang pernah muncul dalam iklan Petronas.... ternyata hanya boleh dihubungi dengan kenderaan air.. SETELAH 50 TAHUN MERDEKA!!!

Ketua Kampung yang saya temui memaklumkan bahawa jalanraya dalam proses terpaksa dihentikan kerana ada kepentingan lain. Demikian mudah mempermainkan orang kampung. Apa peranan beliau sebagai exco membiarkan kawasannya sendiri. Bila dah takde kuasa berlagak jaguh membela kawassannya. Orang yang melihat lagak beliau akan terpesona, namun orang yang memikirkan ucapan beliau akan membodohkannya....

Demikianlah wakil BN. Raja Ahmad Zainudin yang sedang bermasalah dengan Hamzah Zainudin merebut ketua bahagian Larut pula menampakkan sikap DESPRADO menyerang kerajaan. Penilaian hanya boleh dilakukan oleh orang yang bijak. bukan hanya mendengar ucapan mereka tanpa melihat apa yang dilakukan mereka. Mempertikaikan usaha kerajaan negeri menaikkan bantuan kononnya sedikit...sedangkan sewaktu mereka berkuasa mereka tidak melakukannya

Saya teringat semasa kecil.....saya dipuji oleh seorang guru kerana berjaya mengawal kelas setelah ditugaskan menjaga kelas.... beliau bekas ketua kelas mengejek saya..... ", bukan semua diam.... sedangkan yang bising itu ialah beliau sendiri... macam tu la gamaknya pembangkang Perak hari ini.......Entahlah... sendiri mau pikiaq la.......

Tiada ulasan: