Khamis, 27 November 2008

TANGAN BERBICARA, KAKI BERSAKSI

"Pada hari dikunci mulut mulut mereka, dan berkatalah tangan mereka dan bersaksilah kakai kaki mereka di atas apayang mereka lakukan" Demikian petikan surah yasiin yang menjadi muqaddimah ucapan YAB Datuk Seri ir Hj Nizar Jamaludin dalam pertemuan pertama dengan sebahagian Blogers negeri Perak. Pertemuan di adakan di bilik mesyuarat Menteri besar di SUK Perak.Pertemuan turut di hadiri Ustaz Misbah- Setiausaha Politik dan Hj Anuar Hashim- setiausaha akhbar.


DS NIZAR JAMALUDIN , USTAZ MISBAH DAN HJ ANUAR HASHIM.

Muqaddimah itu cukup menjadi garis panduan blogers untuk merasai serta menghayati seterusnya bertanggungjawab dengan tulisan mereka.Sememangnya sifat bertanggungjawab dengan apa yang ditulis , dikata dan di lakukan ialah asas gerak geri mukmin. Muqaddimah tersebut cukup untuk menzahirkan gaya kepimpinan YAB MB. Al Quran ternyata menjadi garis dan pimpinan tindakan beliau.Ianya dibuktikan bukan hanya dalam pertemuan sesama muslim malah jua dengan pelbagai masyarakat bukan muslim dan jua mesyuarat exco... macam Tajol Rosli dan UMNO??? jauh mancis api dari Pucuk kayu api...


ANTARA YANG HADIR. MEMPELBAGAIKAN SUDUT DAN SENJATA MENYERANG.

Pertemuan ini bertujuan memperkasakan penerangan kerajaan Perak dengan pelbagai medium. Usaha penerangan mesti digandakan bagi menjelaskan isu semasa dan aktiviti kerajaan PR. Tindakan RTM yang sepatutnya menjadi alat kerajaan sebaliknya menyerang kerajaan negeri amat dikesali. Lantaran itu setiap rakyat yang menjulang kerajaan Perak berkewajipan memberi sumbangan membantu semampu yang boleh. Inilah sikap rakyat bertanggungjawab.

Pertemuan telah menghasilkan penubuhan seketeriat yang dipengerusikan oleh YB Khalil Idham Lim atau Bloger Cina Muslim. Selain melantik AlHuseyn sebagai naib pengerusi, beberapa tugas lain telah diatur sebagai menggerakkan dan merancang gerak kerja seterusnya.

Semua yang hadir terdiri dari alhuseyn,Wartasgrapat,Telukbakong, pastambun, ajijoi, bumiperak,budakipohtimur dan anaksengat selain perakdaily (Setiausaha akhbar MB) dan msibah (SETPOL MB).

Harapan terlalu tinggi bagi mengekalkan malah mengukuhkan kerajaan PR bagi melaksanakan agenda keadilan dan kebajikan kepada rakyat. Kerajaan ini mesti dipertahankan. Biarkan pemimpin terus memimpin tanpa gangguan, dan rakyat menjalankan tanggungjawab mempertahankan dan menjadi benteng kepada pemimpin... Tidakkah anda merasakan tanggungjawab ini atau hanya TUNGGU DAN LIHAT???? lakukan yang termampu

Tiada ulasan: