Sabtu, 6 Disember 2008

SALAM IDULADHA

Membicarakan Iduladha tak mampu melepaskan diri dari berbicara soal Pengorbanan. Pengorbanan satu tuntutan. Ia bukan sambilan. Mengharapkan sesuatu dengan membuang sesuatu. Ianya satu perniagaan. Tiada perniagaan yang lebih untung selain berniaga dengan tuhan. Harga jual belinya lumayan. Nilai cagarannya ialah diri dan harta benda. Gantinya ialah syurga.

Jika ditunjukkan nilainya pasti semua sanggup menjual diri dan harta benda, namun kerana janjinya hanyalah dalam bentuk keyakinan. Bukan sesuatu yang kelihatan. Ceritanya hanya dalam Al Quran dan hadis. Tak ramai yang sanggup menjual sesuatu yang kelihatan dengan sesuatu yang hanya mampu diterima di telinga dan hati.Inilah namanya Iman.

Idul Adha adalah bentuk dan contoh pengorbanan. Nilai dari seorang ayah keturunan nabi dan Rasul. Seorang yang penyayang kepada kanak kanak, dituntut menyembelih anaknya sendiri. Yang sekian lama ditinggalkan dan dirindui. Tatkala bertemu melepas rindu dendam yang sekian lama terpendam, tiba tiba perintah korban yang diturunkan. Pilihlah... antara anak dan Allah. Sebelumnya antara ayah dan Allah.... Sukarnya... wajarlah ianya contoh keyakinan dan kataatan yang tiada sempadan. Lambang menyedari diri hanya hamba yang tiada pilihan...lantaran itu adalah perintah Tuhan sekian Alam.......

Salam buat semua tetamu yang sudi berkomunikasi menjalin ukhuwwah, jua buat yang sudi bertamu berkongsi pandangan....

Tiada ulasan: