Isnin, 9 Februari 2009

MUFTI PERAK YANG SAYA KENALI.

Beberapa sahabat menghantar sms bertanya tentang mufti. Saya kurang berminat menjawab kerana beliau bukan lawan sebenar. Beliau hanya terompah kayu BN. Namun persoalan bertalu yang datang menjadikan saya serba salah. Sedikit yang mampu saya kongsi, barangkali banyak lagi yang tak mampu nak di tulis di sini lantaran tak mahu bertempur dan bermusuh dengan golongan yang hanya sekadar menjadi balaci. sama seperti Dato SS dan beberapa rangkaian Konspirator terutamanya Anuar Zaini... insan di sisi istana....

Datuk Harusani dan haru sana ( dua kali harus) mula muncul sekitar 90an. Masa tu saya masih menuntut. Menurut guru yang mengajar saya ketika itu, Harusani tak layak namun dia ada kabel... Saya tak mahu mengukur atau menjengkal sijilnya kerana ilmu bukan pada sijil... tetapi barangkali penghormatan masyarakat kini tetap pada sijil ( gelaran doktor yang diperolehi ialah hasil anugerah bukan tesis).




Beliau adalah antara mufti kontroversi sejak dulu.. bukan seperti Dr Asri, beliau terkenal kerana sering dilihat berbeza terutama dengan mufti senior ketika itu.. ....Allahyarham Datuk Ishak Baharum ( rahimahullah alaih). Antara yang masih melekat di ingatan saya ialah satu keratan akhbar yang dilekat di masjid lama Bruas ( Kg ayah dan ibu saya) tentang hukum insuran nyawa. Beliau menghukumkan harus manakala Datuk Ishak menyatakan haram. Banyak lagi yang harus padanya,,,,

Beliau hanya terkenal kerana isu Sure Heboh. Perlu diingat isu tersebut bukan lambang keberanian beliau menegur pemerintah. Beliau hanya bertembung dengan TV 3. Isu Murtad juga bukan isu dengan kerajaan secara langsung. Namun tidak di nafikan beliau agak terkehadapan dalam isu tersebut. Perlu diingat apabila kerajaan mengambil berat dengan isu murtadnya Azhar Mansur hasil pendedahan seorang wanita yang bertaubat... beliau berlepas tangan. Lebih buruk beliau mendedahkan identiti wanita tersebut walaupun telah berjanji merahsiakannya. Di fahamkan ,,,, beliau bertolak ke Syiria dengan alasan tugas.... Siapa yang belajar di Syiria ketika itu tahu apa di buatnya di Syiria,,,,

Apabila kerajaan PR mengambil alih Perak, beliau adalah dalang yang berusaha menghalang pembentukan kerajaan. Beliau di jadikan alat BN menghubungi pemimpin PAS Pusat. Beberapa keistimewaan yang selama ini dinikmati termasuk bertugas membawa isteri dengan peruntukan kerajaan di kawal. Ada beberapa cerita yang bukan lagi rahsia di Perak...

Penonjolan dan kefahaman DS Nizar dengan imej agama menenggelamkan beliau. Apatah lagi di dalam PAS ramai tokoh yang jauh lebih berilmu dari beliau yang tak memerlukan merujuk beliau dalam isu agama. Populariti beliau semakin tenggelam. Beliau juga di fahamkan seorang yang kuat kemelayuannya.... entahlah... kalau benar.. malanglah Perak mendapat mufti asobiyyah. Beliau pernah menyarankan agar politik di sangkut di pagar masjid.... Mungkin tak tegamak nak kata mufti sekular
tapi tolong bagi saya satu istilah yang lebih sesuai.

Beliau adalah antara orang pertama selepas isu rampasan kuasa di Perak yang menyelewengkan ayat wajib taat kepada pemimpin - raja- yang ditafsirkan oleh otaknya... beliau menjawab soalan ketika dihubungi dalam rancangan soal jawab agama radio tiga Ipoh jumaat lalu....

Mungkin selepas ini baliau akan dilayan sepenuhnya. Apa di kehendaki akan ditunaikan demi menjaga agar beliau tidak menegur kerajaan HARAM yang ada... itulah yang mungkin dicari... saya mencadangkan beliau memohon peruntukan untuknya sekeluarga ke Cina bagi menghantar bantuan naskhah Al Qurannnn mungkin boleh selama sebulan... bolehlah Datu berehat.... wahai tokoh maal Hijrahhhhh.
maafkan saya....

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tidak mengaku umno tapi sukar dipercayai.

Tanpa Nama berkata...

salam,

membaca tajuk entry nih hamba terfikir, wah tuan ini mestinya rapat dengan mufti perak. mesti banyak isu dan fakta yang dpt hamba ketahui menganai perkara ini.dengan tekun hamba membaca sehingga ke akhir.

tp tak nampak pula di mana tuan ini mengenali mufti perak ini. hampa.

spt biasa kutuk mengutuk dan cerca mencerca akan ada dlm mana2 karangan/artikel, berdasarkan apa yang DIDENGAR.

Tanpa Nama berkata...

Al-hamdulillah satu penjelasan yang baik bagi menjawab soalan orang. Mufti kita ni orang yang terkenal dan tak perlu diperkenalkan lagi.Justru apa yg dipaparkan itu pastinya bukan bertujuan mengutuk. Ianya lebih kepada penjelasan supaya orang ramai tidak silau dengan glamornya kerana dikhuatiri membawa kepada pendewaan bahawa semua yang dinyatakan mufti benar semata. Perlu diterangkan siapa dia, perjalanan keilmuannya, dsb hingga dia boleh dinobatkan sbg Sohibus-samahah, satu gelaran yg tinggi dan digeruni bagi ahli ilmu agama.

Tanpa Nama berkata...

Zambry gi sambut Thaipusam, mintak la Mufti komen... kalau berani laaa

Tanpa Nama berkata...

Nizar pun pergi thaipusam, meh aku bagi fatwa, nik najis kata pergi thaipusam utk nizar itu jihad kepada penyembah berhala, kepada Mb baru, pergi thaipusam itu berdosa sebab dia bukan orang PAS, orang PAS aje ok..itu kalau nik najiz bagi fatwa la.

tapi rentikan le budak sengat, ko bukan orang ugama, nak cerita pasal orang ugama yang lebih maklum hukum hakam, ko tah tadi ambik air semayang pun tak betul, nak mengata orang tak betul

Orang liPAS ni memang camtu, bila tak setuju dengan pendapat diaorang, semua tak betul.

mengfitnah ni kerja utama diaorang le, sampai harussani pergi syria pun nak di fitnah..

aku ingat lagi, apabila harusani mengharamkan sure heboh, PAS kata harussani mufti paling bagus dari mufti negeri lain yang membenarkan sure heboh..ini keluar dari mulut penceramah diaorang di kg2 la..

hari ni bila harussani suruh umat islam berfikir secara rasional, udah dia kata terompah BN..

anak sengat, ko cermin la diri ko sebagai orang liPAS..liPAS memang habitatnya duduk tempat gelap dan kotor, begitu la juga ko..duduk tempat gelap dan kotor menyebabkan otak tak berkembang...

Tanpa Nama berkata...

Ulasan ni semuanya benar dan hampir lengkap. Boleh sahkan dengan mana-mana pegawai di Jabatan Agama, Jabatan Mufti dan Mahkamah Syariah. Selama ni orang luar ramai yang respect dengan dia padahal dia hanya nampak keras dalam kes tertentu yang boleh dapat publisiti meluas. Kemungkaran lain dia diam kan aje kalau tak mendatangkan publisiti. Bila Ustaz-ustaz lain atau pegawai Jabatan Agama yang berani bercakap di masjid2 dia le dalang dalam meng"gam"nya. Methodnya baling batu sembunyi tangan

Tanpa Nama berkata...

Tak pasti akan cerita saudara ini. Sedikit pembetulan, beliau mula mendapat nama pada akhir 80'an lagi. Bukan 90'an. Cuma menjadi isu 80'an dulu di mana beliau mengharuskan melabur dalam Amanah Saham Nasional (ASN) walaupun ada keraguan jenis pelaburan syarikat-syarikat tertentu dalam ASN.