Selasa, 3 Mac 2009

99 POLIS CEDERA DI DEPAN SUK???

99 polis cedera.

Mengikut tanggapan dan imaginasi saya seramai 99 orang polis cedera dalam perhimpunan depan suk tadi. Semua mereka cedera terkena maki hamun penyokong yang berhimpun.
44 orang cedera telinga kerana makian yang menghiris cuping telinga, 55 cedera teruk di dada kerana sakit hati dengan maki hamun tersebut. Itulah tanggapa saya hasil amaran ketua polis Perak yang akan mencari siapa yang memaki polis dalam perhimpunan tadi. Setahu saya penyokong PR dapat mengawal keadaan dengan baik. Mereka patuh arahan yang meminta mereka berundur. Saya tak pasti telinga ketua polis barangkali mendengar dari dalam bumi atau atas langit. Kalau dari dalam bumi itu mungkin tandanya bersedialah bertemu mungkar nakir. Kalau dari langit ,itu mungkin kutukan Malaikat.

Saya tak pasti sejak bila polis jadi begitu syahdu hatinya sehingga sesak dada mendengar maki hamun. Mungkin telinga mereka telah menjadi nipis atau mereka kecewa kerana provokasi samseng kira kira 5 meter dari mereka gagal . Penyokong PR tetap tenang dan tidak melakukan huru hara. Apapun maki hamun bukanlah akhlak orang beriman. Kita tetap menolaknya. Tetapi kadang kadang orang hanya kenal ayam bila ia berkokok , kucing bila mengiaw, harimau bila ia mengaum dan hanya kenal anjing bila ia menyalak. Cuma saya tetap tak kenal babi bila ia bersuara kerana saya jarang mendengar suara babi, Yang pasti saya kenal babi bila melihatnya dan takkan tersilap antara babi dan tenuk!!!

8 ulasan:

Budak Perak berkata...

saudara,mne gambar2 samseng pekida 3 line2..
x sabar nk tg0k muke samseng yg brani ble gad0h rmai2 n tnjuk samseng kat sme2 melayu jer

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum....

pertama skali saya ingin nyatakan pendirian sy bahawa saya tak sokong mana2 parti..apalagi fanatik!!cumanya,sy rasa cara saudara berkata mengenai babi itu tak patut sama sekali.....saya dah menyaksikan video persidangan DUN melalui youtube@Pas TV...kebanyakkan penyokong BN tu org melayu dan yg paling penting ISLAM..sekalipun saudara marahkan parti UMNO dan melayu2 yg buat provokasi,tak sepatutnya di samakan dengan binatang yg diharamkan untuk di sentuh...

saudara,haiwan itu najis mughollazah...dlm FIQH ada menyebutkannya..dan Umat Islam diharamkan menyentuh najis berat tersebut...saya cukup terkilan dengan pernyataan saudara mengatakan bahawa Saudara2 Islam kita itu BABI...Sedangkan kita dan mereka sama dijadikan Allah dari tanah melalui Nabi Adam..

Saya harap saudara lebih rasional dan waras......takut nanti perjuangan saudara menyimpang jauh...ketika marah,syaitan mudah menyesatkan kita...Andai kata perjuangan saudara suci,tapi bila ada bisikan syaitan apa akan jadi?????cuba kenang kembali bagaimana saat Khalid Al walid dan Saidana Umar berperang???ada di biarkan emosi mengganggu fikiranya????fikirkan saudara.....

maaf jua yg saya pinta kerna saya tidak pandai berbicara...Biarkan,kerana Allah lebih Maha Mengetahui !!

Tanpa Nama berkata...

Piiiiirah double H, orang UmNO cakap sebiji macam lu cakap (ini mesti kaki pengampu najib). Lu jangan cakap macam lu pandai sangat bab-bab agama dan orang lain tak reti apa. Pooorah lu..Pi mampusss le lu dengan lu punya sekutu....

Tanpa Nama berkata...

Saidina Umar ra pernah mengeluarkan perkataan yang kasar tapi beliau adalah antara sahabat yang dijamin syurga.
Akhlak Islamiah bukan bererti menunjukkan kita lemah, tidak melawan, biarkan musuh pijak kepala, orang tampar pipi kanan, kita sua pipi kiri dsbgnya. Garang dan marah kerana Allah juga adalah akhlak Islamiah!

Tanpa Nama berkata...

maaf sedara dauble H. saya tidak menyamakan sesiapa. sila buktikan. saya membuat kiasan tentang kita mengenali sesuatu dari sikap dan tandanya. saya tulis MAKI HAMUN BUKAN AKHLAK ISLAM
menyebut babi tidak salah kerana itulah namanya. saya tak tahu kalau ada nama lain bagi babi dalam bahasa melayu. maaf.saya tak samakan sesiapapun...sila teliti.

Unknown berkata...

Jangan kecoh-kecoh..

dah memang orang PR ni keturunan bengong belaka..buat 1000 usul pun tak sah, mahkamah dah putuskan, ckp banyak pun tak guna..

lain kali nak cari publisiti biarlah berpada, buat kat rumah sewa Nizar pun molek lagi..

Parlimen Kanak-kanak, yang speakernya pak cik jamal pendek pun ada moral nya...tapi PR punya speaker dan adun nya yang tongong lagi bahalul bercampur bangang tidak dapat di saingi oleh pelawak satu dunia..

Bagitau pada Nizar, lain kali buat kat tepi kubur cina kat padang polo tu..buat usul pas tu hantor pergi tokong di sam poh tong..bior hantu cina kat sana review tgk, boleh kot?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Saya sebagai Orang Melayu merasa malu dengan sikap sebahagian orang Melayu Umno dan Melayu Pekida yang buat onar baru-baru ini ...Saya nak bicarakan tentang budaya samseng dalam Umno ni ..Saya tujukan tulisan ini kepada samseng upahan UMNO marilah kita kembali pada firman Allah :

وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان .

Ertinya :
Dan hendaklah kamu tolong menolong di dalam perkara kebaikan dan ketakwaan dan janganlah kamu tolong menolong di dalam perkara dosa dan permusuhan.

sesungguhnya setiap kumpulan yang dibina atas dasar menyemaikan benih Gangsterism dan pergaduhan merupakan kumpulan yang rosak akhlak dan dipenuhi dengan sifat jahiliyah..Ini adalah kerana di dalam Islam Nabi saw cukup benci dengan perangai samseng Jahiliyah sebagaimana suatu riwayat di mana Abu Zar Al-Ghifari telah mencela seorang hambanya lalu nabi saw menegurnya dengan sabdanya:

إن فيك أمر من الجاهلية

Ertinya: Sesungguhnya pada dirimu masih ada sifat-sifat Jahiliyah..Bila ditegur begitu Abu Zar Al-Ghufari merasa terlalu bersalah sehingga dia meletakkan kepalanya ke tanah lalu meminta hambanya itu memijak pipinya..tetapi hambanya itu memaafkannya..

Jelas wahai saudar-saudaraku..bahawa perbuatan samseng..bermegah-megah dengan kekuatan adalah perbuatan orang jahat di zaman Jahiliyah...sebagai suatu syair di zaman Jahiliyah yang berbunyi:

إن لم تثأروا لأخيكم فالقوا السلاح والأباريق والبسواالحلل النساء والمكاحل والمجاسد وذلك بئس المرهق

Ertinya :
Sekiranya kamu tidak membalas dendam untuk saudaramu maka buangkanlah pedangmu bersama kilauannya..dan pakailah olehmu perhiasan -perhiasan wanita..kerana sesungguhnya kamu sudah menjadi manusia yang kecundang...(syair Arabi)

Menurut Ulamak Adab Wan Nusus(Sastera Arab)syair ini merupakan suatu provokasi yang boleh dijumpai dalam banyak syair Arab dizaman jahiliyah menunjukkan kehidupan sosial mereka yang huru hara akibat suka bergaduh atau dengan kata lain suka menaikkan sentimen yang membawa kepada pergaduhan...dan yang lebih dahsyat lagi mereka ini suka bergaduh walaupun di dalam mempertahankan kejahatan dan ketidakadilan..bagi mereka tiada siapa yang benar atau salah asalkan kamu dari geng kami ..golongan kami..puak kami..kami akan mempertahankan kamu tidak kira kamu berada di puak yang benar atau salah.Inilah yang Islam larang dan Allah telah mengutuskan Nabi saw untuk mengajar manusia meninggalkan fahaman Jahiliyah itu dengan sabdanya:

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه كما يحب لنفسه

Ertinya :

Tidak beriman seorang pun daripada kamu sehingga kamu mengasihi saudaramu yang lain seumpama kamu mengasihi dirimu sendiri.

Adik-adikku hadis ini jelas melarang kita menyakiti saudara kita yang lain apatah lagi di atas dasar gangsterisme dan asbiyyah berkumpulan..kerana Islam menyatakan bekerjasama mesti di atas dasar kebenaran..bukan membuta tuli membela saudara kita secara tidak betul dan menzalimi orang lain...

Saudaraku...kita manusia tak kuat mana...kalau kita rasa kita kuat ada manusia yANG LEBIIH KUAT DARI KITA..oleh itu sifat merasakan diri kita lebih dari orang lain...adalah sifat Iblis yang merasakan dirinya lebih mulia dari Nabi Allah Adam...atau dengan bahasa yang kita selalu dengar''Takbur''dan dengan sifat inilah Iblis dilaknat selama-lamanya dan dihalau dari syurga.

Pakcik-pakcik ahli Pakida yang sebenarnya..saya tahu bukan semua ahli pakida yang bermasalah..kerana saya berkawan baik dengan seorang veteran pakida di Ipoh dan dia ni memang hebat dari segi ilmu perisai diri sampai dia boleh makan kaca botol di depan saya..dan itu first time saya tengok...tetapi dia taklah berlagak dengan ilmunya,...merendah diri..warak...tak suka menunjuk-nunjuk...dan dia bagitau urusan Pekida ialah membela umat Melayu Islam..mempertahankan mereka agar tidak dizalimi oleh musuh sebagaimana di Palestin dan Bosnia...menjaga kebajikan umat Islam Melayu...tapi katanya..sungguh malang apabila golongan muda sekarang ini yang menyalahgunakan dasar Pekida yang banyak merosakkan imej pekida dengan sikap dan tigkahlaku yang cukup menyedihkan..oleh itu kepada ayahanda-ayahanda...abanglong...otai=otai Pekida tolonglah pastikan anak buah ini mendapat ilmu agama dan tarbiyah Islam yang secukupnya agar Pekida menjadilebih bermakna dan selari penubuhannya dengan tuntutan Islam..dihormati dan boleh diharap sebagai pelindung kepada orang yang lemah...agar Pekida ini tidak disalahgunakan sebagai suatu kumpulan samseng Melayu..yang sah di sisi undang-undang.
(El Azhar ex-student-93-98)El Zagazig

Tanpa Nama berkata...

Saya suka komen "(El Azhar ex-student-93-98)El Zagazig"...ape pn yg kita buat atau apepn pertubuhan kita,semestinya bermatlamat menegakn syiar islam...Dari situlah kekuatan Islam,dan keselamatan manusia islam atau non muslim akan selamat...

Malang lagi kecewa dgn pandangan "double H"...Ya,babi ttp haram,ia menjijikn..Bagaimana pula budaya Pemerintah yg mengabaikn pencegahn ARAK DAN JUDI?Allah taala jelas sebut ia dari amalan setan....

Lagi pn ape masalahnya kata babi?xkan nk ajar anak2 kita dgn sebut lembu pendek?So,babi ttp babi tetap haram..'Katakan yg benar sekalipn pahit'...Zaman nabi dulu,org JAHIL & MENENTANG ISLAM NI PN ADA GELARAN(Abu jahal,abu lahab,Bapa Munafik dll)

Kemudian xsokong mana2 parti?Eh,anda sedar x,yg kepimpinan negara ni di pilih melalui parti politik?Ape anda ingat M'sia ni zaman junjung keris ker?skrg ni pegang pen,tulis undi kt kertas la bro..

Fikir la saudaraku..Klu nabi s.a.w xambil kisah hal pemerintahan dan kuasa kepimpinan,baik baginda terus menerus usrah dirumah arqam bin abi arqam.nak buat ape susah2 sampai patah gigi,kena hina dan mcm2 lg dugaan?Tindakan nabi kn wahyu@arahan Allah.So,laksanakn ISLAM DLM PEMERINTAHAN ITU WAJIB.
Kita wajib bersyukur dan jadikan contoh bagaimana nabi berusaha jadikan Islam itu syumul sehinggakn blh sampai ke malaysia merentasi sempadan bangsa..

Aku bukan ape bro,takut pemerintah yg xamal Islam dlm pemerintahan ni kang buat disco dpn rmh aku..payah bro,nk bgtau anak2 kta supaya jgn masuk.Mencegahkn lebih baik dr mengubati..So,nak cegah..jgn kasi kuasa pd org yg bagi lesen disco,judi n arak..bukan susah pn nk pegi undi..klu org BN dtg,siap bawa kete mewah lg nk bawa kita utk buang undi.naik ajelah..sampai time pangkah pemimpin yg BINI DIA AMALKAN AJARAN ISLAM...

Islam ni syumul bro,semua perkara mesti islam..anda cuba la mendekati gerakan islam,Joinlah PAS.masuk usrah,bljr sikit2,perjuangkan Islam.Moga-moga anak kita nanti paling tidak pn BOLEH JADI IMAM SOLAT JENAZAH KITA DAN ANAK PEREMPUAN KITA TIDAK MEMAKAI TUDUNG BUAT PERTAMA KALINYA KETIKA KITA MATI.
Wallahu a3lam...
(sory klu silap)
"majulah sukan utk negara"
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"