Jumaat, 20 Mac 2009
SIAPA SESAKKAN JALANRAYA???
gambar di atas adalah dari blog Cina Islam.
Ceramah DSAI dan MB Nizar telah berlangsung dengan jayanya di Bukit Cempedak setelah dipindahkan dari Simpang Taiping. Jalanraya telah terhenti alirannya kerana kereta yang ditempatkan sepanjang jalan. Nasib baik bukan jalan utama.
Ceramah dijadualkan di Simpang Taiping dipindahkan ke Bkt Cemepdak atas alasan permit dihalang oleh Polis Taiping. Alasannya menganggu lalu lintas. Tempat yang sama telah diadakan ceramah lebih besar melibatkan TG Hj Hadi Dan TG Nik Aziz. Aliran trafik berjaya dikawal dengan baik oleh anggota amal yang bertugas. Walaupun kenderaan bergerak perlahan namun ianya berjalan dengan baik.
Walaupun permit tidak diberikan dengan harapan kononnya agar trafik tidak sesak namun keadaan sebaliknya berlaku. Trak FRU yang berkawal lebih menyesakkan jalan. Saya yang terperangkap dalam perjalanan ke Sebuah Surau di Taiping terpaksa berpusing dan mengambil jalan alternatif kerana jam telah hampir pukul lapan sedangkan program saya ialah selepas maghrib. Saya keluar dari lebuhraya Changkat Jering kira kira jam 7.10mlm. Kenderaan seakan tak boleh bergerak langsung!
Berbeza ketika ceramah perlancaran jentera Pilihanraya oleh 2 tok Guru PAS. Saya hanya sampai di Plaza Tol Changkat Jering sekitar jam 8.15 malam namun kenderaan bergerak perlahan dan saya sempat sampai ke tempat program jam 8.28 mlm. Ia dikawal dengan begitu baik oleh petugas amal yang tak digaji berbanding FRU dan polis yang bergaji. Atau mungkin sengaja ingin mencetuskan suasana kurang senang???
Apa yang nyata alasan kesesakan lalulintas oleh ketua Polis Taiping adalah bercanggah! mungkin beliau duduk dalam pejabat dan hanya membaca skrip sahaja. Tahniah atas pertsekongkolan anda semua. Allah MESTI MEMBALASNYA!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Salam, aku pun turut sangkut lebih sejam selepas keluar tol changkat jering semalam.Bayangkan dalam jarak 3 km memerlukan sejam perjalanan kura-kura demam kura.betul menyusahkan rakyat...
sila lihat posting http://biaqpila.blogspot.com/2009/03/polis-bikin-jem.html
Udah koje deme gemor nyusahkan rakyat!PRU 13 kita bagi PR merentah Malaysia,tukor Polis jadi badan bebas politik.
Catat Ulasan