Selasa, 15 September 2009

CALON MUNGKIN MASALAH umNO DI BAGAN PINANG?

Sehari dua ni TPM- Mahyudin Yasin mencari berbagai alasan dalam usaha menolak Isa Samad menjadi calon Bagan Pinang. Terkini ialah cadangan supaya perhubungan umNO negeri Sembilan menghantar lebih dari satu nama untuk penilaian akhir Pusat.

Umum mengetahui satu satunya nama yang dicadangkan oleh negeri Sembilan hasil cadangan Bahagian ialah nama Isa Samad yang menjadi ketua bahagiannya... Mengapa Mahyudin mendesak agar MB negeri Sembilan yang juga ketua perhubungan negerinya menghantar beberapa nama lain.?

Rais Yatim pula memberi respon agar pemilihan calon kali ini dibuat berhati hati agar kekalahan dan kesukaran di Permatang Pasir tidak berulang. Menurut Rais Yatim.. Kesilapan memilih calon di Permatang pasir menjadikan umNO menghabiskan masa mempertahankan calon. Kenyataan itu semacam satu ingatan buat pemilihan calon Bagan Pinang atau mungkin juga secara tak langsung cuba menyebut kegagalan atau kebodohan orang yang bertanggungjawab memilih calon di Permatang Pasir.

Usaha Mahyudin Yasin menolak Isa Samad mungkin kerana takut kesukaran di Permatang Pasir berulang semula atau mungkin bimbang kemampuan Isa bangkit dari kejatuhan gara gara politik wang setelah dipilih sebagai Naib Presiden umNO paling kanan dari segi undi..

Bagi PAS , tiga calon pilihan sudah hampir muktamad. Cuma siapa yang terpilih dan paling berpotensi akan ditentukan pimpinan tertinggi. Tentunya pusingan pemilihan calon telah memihak kepada PAS dan PR. Persoalannya pusingan kedua dalam memmenangi hati pengundi dan pusingan ketiga menangani undi Pos belum dapat menentukan pemenangnya. Di atas kertas, PAS dan PR mendahului dari segi undi rakyat namun umNO menguasai undi pos yang menjangkau 40% undi keseluruhan...10 oktober akan menentukan nya...

Apakah PAS dan PR atau umNO dan BN yang akan beraya sakan di Bagan Pinang????

2 ulasan:

bikir perak berkata...

PAKATAN RAKYAT NAK JEMPUT ZIANA ZIAN KAT PD NANTI... KITA LIBUR2 TELINGA DENGAN SUARA ZIANA ZAIN PENYANYI HEBAT SEWAKTU MASA DULU...!!!!!

TERINGAT ZIANA TERINGAT HOTEL PD!. TERINGAT NASIB MALANG BAPA2 JABATAN AGAMA ISLAM SEREMBAN ADAPUN SEMUANYA....... TENTANG KEHEBATAN MAT MONGGOLIAR INI !! WAHKAHKAHKA....BROVO..WEH Oiiii

Tanpa Nama berkata...

aku pun ingat juge kisah di PD...sadis..... dalam taku bini pun sempat juge makan luar... he..he..hee