Tinggal beberapa jam lagi satu lagi sejarah akan tercipta. Sejarah yang bakal menjadi perhatian dunia. Sejarah yang akan menjelaskan apakah benar rakyat didahulukan atau kuasa tanpa memperdulikan apa pilihan rakyat? Sejarah yang akan menyaksikan sekali lagi apakah pihak keselamatan terlalu mengantuk seperti perarakan kepala lembu atau kesawanan seperti dirasuk hantu!
2 September ialah tarikh pilihan Pakatan Rakyat menyelamatkan institusi DUN Perak sekali. Terlalu banyak pencabulan terhadap kuasa rakyat yang disimpan di DUN Perak dan bangunan SUK keseluruhannya. Apakah sidang DUN yang dirancang Pakatan Rakyat esok akan mengeledah dan memunggah segala isi perut DUN Perak dan SUK keseluruhannya ataupun ADUN dan penyokong Pakatan Rakyat akan menjadi mangsa Budak suruhan kudeta- Rahman- dan pasukan keselamatan Bee End?
Jika ADUN Pakatan bersama speaker yang dilucut kudeta- sivakumar- akan merampas kembali kerusi yang kini di "cop" oleh Ganesan atau Pakatan Rakyat terpaksa mencari sebatang pokok lain untuk bersidang. Pokok yang ditanam ketika sidang lalu belum cukup besar untuk menampung persidangan kali ini.
Lita juga menanti apakah akan muncul kembali pendekar semutar - dan samseng kampung dusun bersongkok tinggi seperti dulu? jika mereka muncul...tentunya ada" bahagian" yang menanti mereka lantaran kali ini kita cukup bersedia!
Kita akan melihat sejauh mana kerajaan kudeta bersedia menghadapi sidang kali ini. Pastinya petang ini kawasan SUK akan dikepung lagi. saya akan cuba meninjau jika keadaan mengizinkan. Seelepas ini tentunya bangunan SUK Perak akan terpahat dalam peta minda setiap warga dunia sebagaimana Tanjong Rambutan di Perak yang dikenali sejak zaman P ramlee.
Zamri Kadiaq telah berulang kali dilaporkan memberi ingatan supaya Pakatan rakyat tidak mencabar kuasa mereka.... alahai zamri... apakah beliau tidak ingat apabila Pak Lah mengancam rakyat...rakyat semakin bersemangat... jika tidak ramai yang datang pun mungkin kerana tak dapat cuti sebab dah habis cuti tahun ni... himpunan BERSEH berjaya kerana rakyat menyahut cabaran Pak Lah... inikan pula cabaran Zamri al mangkori....
Secara umumnya rakyat Perak tidak pernah menerima Zamri hingga beliau terpaksa setiap hari memperkenalkan diri sebelum azan maghrib di radio tiga Ipoh...: saya Zamri abd Kadir .. Menteri...... diikuti baca doa berbuka puasa yang telah dihapal anak saya seumur 2 tahun dulu...
Diperingkat awal disiarkan selepas azan namun ditukar sebelum azan mungkin kerana selepas azan orang tutup radio...
Apapun esok bakal terpahat satu lagi sejarah di Ipoh Perak... menguji keadilan pasukan Keselamatan yang khabarnya bertindak mengikut lunas undang undang..., Kalau Zamry betul betul anak Jantan...turun sendiri halang ADUN dan penyokong Pakatan Rakyat esok.Kami Tunggu!!!
2 ulasan:
ALAHAI ZAMBRI NIE MEMANG ANAK JANTAN..TAPI JENIS ANAK JANTAN TAKDAK TELOQ...KALAU DIE ADER TELOQ DAH LAMA DIE BUBAR DUN PERAK...TAPI KALAU DAH JENIS TAKDE MARUAH DAN TAK TAHU MALU MACAM NIE LER JADIKNYE...SIAN HAMBA TGK RAKYAT PERAK..LAIN YANG DIUNDI LAIN PLAK YANG MEMERINTAH..NIE LA KALAU NAK TAHU JENIS DEMOKRASI NAJIB ANTALTUYA
kami akan terus berjuang memerdekakan Perak dari jajahan zamri
Catat Ulasan