Rabu, 9 September 2009

TIADA BONUS!!!! HANYA UMPAN PRK N9

Kelegaan buat sebahagian kakitangan sokongan kerajaan apabila Najib mengumumkan saguhati khas RM 500 yang dibayar dua kali. Ia adalah susulan desakan pelbagai pihak termasuk Ceupacs yang menuntut bonus sebulan gaji.

Pengumuman ini mungkin kelegaan kepada sebahagian kakitangan sokongan yang baru dihimpit kenaikan minyak 1 september 2009. Kenaikan minyak yang menyeret sama kenaikan barangan keperluan dan pelbagai khidmat lain termasuk pengangkutan awam. Kalau dihitung kenaikan minyak berbanding saguhati tersebut , ianya tida nilai langsung. Belum dikira orang kampung yang tidak terlibat dengan saguhati termasuk kakitangan profesional kerajaan.

Apa ertinya saguhati yang dijanjikan Najib. Setahu kita tiada siapa yang meminta saguhati ini melainkan mengharapkan bonus. Ia diumumkan menjelang SPR mengumumkan PRK Bagan Pinang. Perlu diingat, pengumuman saguhati yang diberi dua kali iaitu sebelum raya dan bulan disember itu membawa erti tiada bonus untuk kakitangan kerajaan yang tak pernah terlepas mendapatnya sejak DSAI menjadi Menteri kewangan!

Bagi yang bersedia memuji langkah Najib dengan saguhati ini sewajarnya memahami ianya ibarat umpan yang menguntungkan untuk PRK Bagan Pinang sekaligus memberi isyarat TIADA BONUS tahun ini.....!!!

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan RM500 untuk penjawat awam kumpulan sokongan, separuh dibayar sebelum Aidilfitri dan bakinya pada Disember. - Bernama

5 ulasan:

~PakKaramu~ berkata...

Jika tiada bounus tak apa, bagilah bounus kepada Bagan Pinang

TBO berkata...

salam

Bagan Pinang bukan je dapat bonus malah akan bertukar menjadi emas wahai pak karamu

Tanpa Nama berkata...

huhuhuuh malaysia kata tiada duit tp leh wat F1 1 MALAYSIA..HUHUHU..duit rakyat x beri keutamaan..maner slogan satu malaysia? rakyat di dahulukan? depa leh la dok snang lenang..dah kayo..rakyat?

Tanpa Nama berkata...

duit abis beli kapal selam la oi

Tanpa Nama berkata...

duit komisen beli kapal selam mana?