Rabu, 7 Oktober 2009

PAS BELA PENGUNDI POS???

Dewan Pemuda PAS pusat bersetuju untuk menyediakan khidmat guaman percuma kepada mana-mana anggota tentera yang diambil tindakan kerana mengundi PAS dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang kelak .

"Selamat mengundi dengan penuh tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang bersih , berwibawa dan jauh dari krisis integriti," kata ketuanya, Nasrudidn Hassan.

"Sayugianya demokrasi negara telah matang dan demikian juga para pengundi . Undilah dengan wajar dan waras berasas ilmu dan kepentingan masa depan negara.

"Bukan mengundi kerana diugut atau dibayar tetapi dengan kesedaran dan kefahaman," katanya dalam satu kenyataan hari ini .

Nasruddin berkata, bagi memastikan perjalanan undian pos berjalan dengan baik dan selamat , Dewan Pemuda PAS akan senantiasa mengekori perkembangannya supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan .

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dikesan melakukan penyelewengan atau penipuan ke atas undi pos.

"Sekalipun melibatkan pegawai-pegawai tertentu dari kalangan pemerintah anggota tentera . Harapan kita , tiada sebarang penyelewengan, Insyaallah," katanya.

Pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang akan berlangsung Ahad ini.

Ia bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar.

Di Bagan Pinang, jumlah pemilih pos sangat besar - 4,620 daripada 13,664 orang yang layak membuang undi Ahad ini.

1 ulasan:

shonzu berkata...

PAS 4 all = Israel 4 all