Khamis, 29 Oktober 2009

TERCABARNYA KEWIBAWAAN TN IBRAHIM TN MAN.

Setelah semua perhatian dihalakan kepada mesyuarat Khas JK Pas Pusat malam tadi, ia kini berpindah kepada Naib Presiden Kanan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti, Tuan Ibrahim Tuan Man. Tuan Ibrahim adalah Naib Presiden paling kanan dalam parti ketika ini.

Semua mata dan telinga sedang meniti setiap butir perkataan yang bakal keluar dari mulut pemimpin masa depan tersebut. Berdasarkan latarbelakang keperibadian, Tuan Ibrahim di lihat pemimpin yang sangat layak menyelesaikan kemelut tanpa penghujung dalaman PAS sejak riak kemenangan sedang berkocak.

Tuan Ibrahim sedang diuji dengan ujian yang hebat yang bakal menentukan masa depan politiknya, jua masa depan parti Islam tertua di Malaysia. Tugas menyelesaikan kemelut parti bukan mudah. Ia membabitkan dua pihak yang sering dilihat bertelingkah...jika tidak antara pemimpinnya..tetap dilihat secara jelas di kalangan penyokongnya yang entah Abdullah bin Ubay mana yang mengecop mereka dengan puak tertentu... puak penyokong UG dan Penyokong pro Pakatan Rakyat. Cop tersebut seakan diterima hingga secara tak sedar di kalangan pemimpin mengakuinya... walaupun masing masing tercari cari bukti mengukuhkan dakwaan yang masih longgar dan penuh dengan prasangka.

Keputusan yang akan diambil oleh Jawatankuasa Disiplin juga belum tentu diterima sepenuhnya. Sebagaimana keputusan mesyuarat malam tadi yang sudah ada bunyi pahatnya yang entah datang dari luar atau di bawa dari dalam. Sesuatu yang sebenarnya sangat bercanggah dengan akhlak seorang yang mendakwa pejuang Islam...lainlah jika mereka menganggap mereka hanya ahli politik islam! Sudah ada pihak yang mempertikaikan keputusan malam tadi walaupun ianya keputusan yang dicapai setelah pemimpin seluruh negara terpaksa memaksa diri mereka untuk turut serta termasuk TGNA yang tentunya kepenatan apatah ditambah dengan masalah kesihatan beliau.

Jika keputusan yang mengambil masa sekitar empat jam yang melibatkan seluruh pemimpin tertinggi PAS masih belum memuaskan hati mereka, apalah diharap sangat dengan keputusan lembaga disiplin yang tentunya ahli jawatankuasanya tidaklah sehebat JK PAS Pusat itu sendiri. Persoalannya ...sejauh mana kita mampu menerima keputusan jamaah? Jika masih ada mesyuarat tingkap atau mesyuarat SMS lagi ,lebih baik tukar je colour baju tu...

Ulasan awal JK Bloger seluruh negara nampaknya sedang cuba menyelongkar keputusan PAS Pusat itu. Terpulanglah kepada ahli samada ingin akur dengan keputusan parti atau memilih untuk berseronok dengan sesetengah Bloger yang sengaja mencari keruh agar mendapat tumpuan demi mengejar hits mereka. Bagi mereka semakin keruh berlaku, semakin banyak ikan mabuk yang akan masuk ke lukah...Yang pasti...mereka terlupa dosa pahala!

Berbalik kepada JK Disiplin yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, tentunya beliau sedang memohon kekuatan dari Allah untuk melaksanakan amanah parti. Umum mengenali ketokohan beliau sebagai ulama pelapis PAS, apatah lagi hubungan kekeluargaan dengan Ulama terkenal TGNA yang juga Mursyidul Am PAS . Tokoh yang dilihat mencetuskan kemelut ini. Tuan Ibrahim muncul ditengah gelombang kebangkitan PAS Pahang. Lama sebelum beliau memimpin PAS Pahang...saya telah diperkenalkan nama beliau sebagai tokoh masa depan PAS oleh Almarhum Tn HJ Idris Osman...Pesuruhjaya Hisbah pertama Trengganu.' Tuan Ibrahim ni mempunyai potensi cerah sebagai pemimpin utama PAS pada masa akan datang. Saya kenal beliau semasa bertugas di Pahang " demikian luah Almarhum HJ Idris ketika saya bersama beliau dalam satu sembang santai.

Jawatan Pengerusi disiplin adalah jawatan yang pernah disandang oleh TG Hj Hadi Awang semasa kemelut Syiah di dalam PAS. kemelut yang juga menggugat kestabilan parti. Ketegasan TGHH menyelesaikan kemelut tersebut dengan memecat beberapa tokoh syiah di dalam PAS. TGHH masa itu menjadi sasaran kelompok ini. Di suatu tempat, kehadiran beliau dinanti dengan lastik.... namun akhirnya ia selesai jua.. .dan sebahagian dendam dan ketidakpuasan hati tersebut masih menyala hingga kini...Itulah risiko tugas pengerusi Jawatankuasa Disiplin.

Apapun saya mendoakan Allah memberi kekuatan kepada Al Fadhil Tuan Ibrahim memikul amanah berat ini. Jangan dipeduli kekecewaan satu pihak yang pastinya akan menimbulkan polemik lain jika keputusan tidak berpihak kepada mereka. Jika keputusan Rasulullah yang maksum ketika membahagikan rampasan perang pun pernah dipertikai, Siapalah Tuan Ibrahim Tuan Man untuk memuaskan hati semua pihak. Moga keputusan ini nanti akan menyerlahkan kepimpinan ulama muda yang sedang meniti mercu kepimpinan sebuah jamaah Islam yang berteraskan kepimpinan ulama.

Apa yang penting ...kini masanya kita menilai sikap kita sebagai pendokong jamaah Islam. Kita mesti belajar untuk mematuhi keputusan pimpinan. Jika kita merasa kita lebih bijak dari pimpinan sewajarnya kita menilai sejarah Iblis yang tak pernah akur kepada kelebihan Adam walaupun Allah yang memerintahkan demikian! Saya tahu siapa saya... SAYA HANYA SEORANG AHLI KEPADA JAMAAH ISLAM dan cuba menyumbang dengan gelaran SEORANG BLOGGER... yang entah dari mana asal usul ilmu dan kefahaman saya...saya berharap sahabat Blogger lain jua merasai apa yang saya rasa tentang kekerdilan diri lantas menginsafi apa yang kita miliki.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apakah tindakan kepada mereka yang terlibat dengan kemelut UG lebih ringan daripada golongan pro syiah dulu? Tindakan yang dikenakan mencerminkan persepsi PAS terhadap taraf syiah dan UMNO di sisi PAS.

Tanpa Nama berkata...

Syiah lebih bahaya dari segalanya,aqidah sesat terus.

Teringat arwah Hj Idris-ex Hakim Sesyen...yg istiqamah dgn perjuangan Islam

Tanpa Nama berkata...

118. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa Yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa Yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

119. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah Yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu Dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): "Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) Yang ada di Dalam dada.

120. kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka Yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya akan apa Yang mereka lakukan.

(Al-Imran:118-120)

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Syiah tu dah disiasat dan nyata salah..hukumle...yang ni kan dah arah siasat...tunggulah...jangan dahului keputusan jamaah...sampai bila ahli jamaah Islam nak ada Akhlak Islam kalau tak tahu adab jamaah?