KUALA LUMPUR, 7 Nov: Selepas seminar berakhir, PAS yakin parti itu akan semakin kuat dan bertekad akan lebih proaktif dalam memperkukuhkan parti dan juga Pakatan Rakyat
PAS memandang serius dan akan mengambil tindakan segera di peringkat dalaman parti terhadap lima resolusi yang dicapai dalam seminar pemerkasaan parti yang diadakan siang tadi.
Seminar politik memperkasakan PAS yang dihadiri oleh peserta daripada seluruh negara siang tadi meluluskan lima rosolusi hasil perbahasan daripada perwakilan dari setiap negeri, sayap-sayap parti serta kelab penyokong PAS.
Resolusi pertama adalah, PAS secara lebih proaktif akan memperkukuh Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13.
PAS melalui Dewan Pemuda dan Nisa' juga akan berusaha menarik kembali sokongan pengundi muda yang dilihat sedikit terjejas disebabkan beberapa faktor agar memberi undi mereka kepada PAS.
Selain itu, PAS juga mahu bertindak lebih agresif untuk mengaktifkan kelab penyokong PAS di setiap kawasan terutama di kawasan yang mempunyai pengundi bukan Islam yang ramai.
Rosolusi keempat pula, PAS bersetuju untuk memantapkan pendirian parti berdasarkan maklumat, informasi selain menguatkan parti di peringkat akar umbi.
Manakala resolusi kelima adalah menyediakan satu pelan tindakan untuk menguatkan parti antaranya memperkasakan kempen nasional iaitu PAS For All.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan seminar sehari itu sebagai berjaya apabila seluruh perwakilan menggunakan kesempatan yang ada untuk melontarkan pandangan dan kritikan untuk meningkatkan prestasi parti.
Bercakap dalam sidang media selepas selesai seminar berkenaan, Abdul Hadi turut berkata, seminar yang diadakan itu membuktikan PAS sebagai sebuah parti yang terbuka dan demokratik apabila membenarkan segala kritikan dilontarkan.
"Alhamdulillah kita telah berjaya mengadakan satu seminar menghimpunkan jentera parti yang datang dari seluruh negara kerana keterbukaan PAS secara demokratik.
"Bukan sahaja membenarkan dalaman parti untuk mengkritik secara membina bahkan kita menerima teguran dari tokoh luar yang bukan dari kalangan kita.
"Hari ini kita telah menunjukkan jiwa yang sangat besar apabila perwakilan dari seluruh negara telah berjaya melakukan perbincangan secara terkawal,"katanya kepada lebih 50 wakil media yang hadir.
Hadi turut mengulangi pendiriannya untuk memperkukuh kedudukan parti bersama Pakatan Rakyat bagi menghadapi segala cabaran yang akan datang.
"Kita (PAS) konsisten dan teguh dengan pakatan rakyat dan kita anggap ini adalah bahtera baru yang kita bina dan perlu diperkukuhkan lagi bagi membuat perubahan dalam sistem demokrasi negara kita," tegasnya.
Abdul Hadi juga menekankan, tiada sebab untuk PAS meninggalkan Pakatan Rakyat seperti yang digembar-gembur pihak tertentu.
"Tidak ada sebab untuk kita tinggalkan Pakatan Rakyat," tegasnya.
Menyentuh mengenai kritikan yang dibuat oleh tokoh akademik terhadap kepimpinan beliau, beliau berkata kritikan tersebut merupakan perkara biasa dan diterimanya baik.
"Kita dengar kritikan tu secara biasa. Kita matang dengan kritikan. Kritikan ini ada yang benar, ada yang tak benar.Yang benar kita ambil, yang tak benar kita jawab," ujarnya.
Seminar yang dihadiri lebih 1,000 peserta dari seluruh negara itu mengundang dua tokoh akademik sebagai ahli panel iaitu pensyarah Universiti Islam Antarbangsa (UIA) Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan pensyarah dari Universiti Malaya (UM) Dr. Abu Hassan Hasbullah serta Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga pengerusi jawatankuasa disiplin parti.
4 ulasan:
isu UG dah tutup, jgn lagi ada si munafik cuba nak hidupkan atau ungkit kembali
Pas akan perkukuh PR, so jgn ada lagi yang tuduh munafik kata Pas nak masuk BN atau join Umno
kalau hati masih ada sifat munafik, buat lah fitnah dan adu domba lagi
pas jangan peduli tu semua. terus buat kerja dan pastikan menang lebih banyak kerusi kat selangor supaya mulut belacan puak umno dan pkr tertutup terus
isu kepimpinan dlm PAS ini sebenarnya dimulakan oleh umno... dgn memancing pemimpin PAS dari beberapa negeri yg dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU12 dulu. mereka mengunakan umpan ketuanan Melayu & kedaulatan Islam untuk memerangkap pemimpin2 PAS pada masa itu. tujuan mereka tak lain tak bukan untuk terus kekal berkuasa & terus melakukkan epnyelewengan. dimasa itu juga ada beberapa pemimpin PAS terpedaya dgn perangkap umno ini. keadaan ini dapat dekesan oleh kepimpinan tertinggi PAS & berjaya diptahkan. oleh kerana kegagalan ini maka mereka terus menyerang PAS & Pakatan Rakyat tampa henti2 sehingga kesepakatan utuh ini dapat dilonggarkkan & mudah bagi mereka untuk menang pada PRU13 nanti. mereka tidak akan putus asa & akan terus menerus melancarkan serangan demi serangan untuk merialisasikan agenda mereka. perlu diingat umno & konconya amat licik & mereka berpengalaman lebih dari 50 tahun memerintah negara. mereka punya media yang kuat & agensi2 kerajaan Persekutuan diseluruh negara termasuk dinegeri di perintah pembangkang. mereka juga mempunyai pejabat diistana yang sentiasa digunakan untuk mempengaruhi Kesultanan negeri.
merekan juga sekarang ini menjadi pemegang Dana Utama Negara dimana PM sebagai pemegang amanah utama. soal duit & peruntukkan tiada masaalah langsung. walaupun rakyat rata2nya sedar tentang fakta & oenyelewengan ini namun sebahagian dari mereka mudah dipengaruhi melalui fakta yg diputarbelitkan & sebahaian lagi degan mudah dibeli dngan hanya beberapa ringgit.
kalau kita PAS & pembangkang terus mengujudkan kelompongan maka mudah lah lagi mereka meneruskan agenda mereka. kita akan terus lumpuh & mungkin hasrat untuk merubah pucuk kepimpinan negara pada PRU13 nanti. perlu diingat, kita perlu memegang mejoriti dlm Parlimen utuk mengubal dasar & undang2 negara! baik dari perundangan melibatkan umat Islam & bukan Islam. selagi umno kekal memerintah, ini semua tidak akn dapat dirialisasikan. bersatu dgn umno adalah perkara yang paling malang bagi Pakatan kerena sejarah 52 tahun telah membuktikan.
kesumua kita harus melihat PAKATAN RAKYAT sebagai pilihan yang lebih baik dari BN. didalam Pakatan kita ada;
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
- dasar perjuangannya ialah menjaga kepentingan seluruh rakyat Malaysia dari berbilang kaum & agama dinegara ini, juga sebagai orang tengah.
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
- menjaga kepentingan masyarakat Melayu khususnya & meneruskan usaha mendaulatkan Agama Islam dinegara ini. tetapi didalam kontak Islam, ia tidak eklusif untuk orang Melayu sahaja, malah ia adalah sejagat iaitu tiada batasan bangsa & warna kulit. (Islam = Keadilan Sajagat untuk semua)
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
- bertindak menjaga kebajikkan masyarakat bukan Islam didalam negara ini & tidak eklusif kepada masyarakat Cina sahaja malah merangkumi seluruh kaum di Malaysia ternasuk lah India, Sikh & lain2 kaum yang juga sebahagian nya Melayu.
tidakkah kita melihat ini suatu yang lebih baik jika dibandingkan dgn gabungan perkauman yang ada dalam BN?
"BERMUAFAKAT lah supaya mendapat lebih BERKAT".
Betul Brooo..tetapi saya tak pasti agenda umno masuk melalui pemimpin yang dikatakan pro umNo atau melalui pemimpin yang mewujudkan isu kononnya pro umNO.
Pertemuan dengan umNO sebahagiannya adalah hasil usaha untuk merealisasikan 16 sept supaya MP Islam dominan dalam Pakatan Rakyat. Namun bila gagal timbul cerita pertemuan itu untuk bersama dengan umNO... Sebenarnya kita sendiri keliru antara munuduh pro umNO dengan terperangkap dengan agenda umNO kononnya ada yang ingin bersatu dengan umNO... tidakkkah keduanya ada kemungkinan????
itulah melayu..
kengkadang melatah tak tentu pasal...
umno pengkhianat cucuk sikit,dah menggelupur...
pkr dan dap cukup mantap???
nak 'clear' biar semua kena setel..
konon-konon pas-pas bergaduh alih-alih pkr dan dap cabut lari.
ug lah,pro lah,agen lah...bacul!
Catat Ulasan