Sabtu, 7 November 2009

TABUNG PENDERMA HATI- BERSAMALAH MEMBANTU






Saya mengenali Ahmad Khariri Hadi sejak beliau tingkatan dua 1991. Semasa di tingkatan dua saya amat mengenali beliau kerana abangnya adalah rakan sekelas saya. Kebetulan beliau tinggal di blok asrama yang dipertanggungjawabkan ke atas saya. Nama beliau mula mengimbas ingata apabila wajahnya dipaparkan akhbar berkaitan pendermaan hati.... Namun saya kurang peduli semua itu....

Sejak sebulan ini ramai rakan mula melancarkan tabung membantu beliau yang sedang ditimpa sakit kesan pengorbanannya dulu. Beliau amat memerlukan bantuan. Sabagai sahabat...saya amat mengharapkan rakan Blogger dapat bersama mengisi dan memanjangkan di dalam blog masing masing tabung pembedahan beliau sebanyak rm12 ribu.... Sanjungan pengorbanan beliau sebelum ini telah dilupakan... itulah budaya di negara kita..namun saya amat yakin belas kasih dan simpati kita sebagai saudara seagama khususnya dan sebangsa masih tinggi....
Marilah kita sama2 membantu meringankan beban Khariri dengan Bank-in ke Maybank2u 162106646530 atas nama AHMAD KHARIRI AL-HADI.

Tiada ulasan: