Khamis, 7 Januari 2010

MC DARI TUHAN

Berbagai spekulasi dari kemalangan kereta yang membabitkan DS Nizar Jamaluddin. Baik ada..buruk pun ada.Masing masing punya pandangan tersendiri. Apayang jelas ada ma'unah dalam kemalangan tersebut. Kereta yang rosak teruk sedangkan tuannya masih segar bugar.. mungkin orang jatuh kuda lebih teruk dari itu.

Bukan rahsia lagi bagaimana DS Nizar menghabiskan masa sejak bergelar YAB Menteri Besar.Kesibukannya amat ketara. Selepas dijatuhkan secara paksa dengan konspirasi ganas membabitkan beberapa institusi... kesibukan yang sepatutnya berkurang menjadi semakin bertambah. Dari kesibukan memenuhi tugasan bertukar menjadi kesibukan mengembalikan keadilan dan hak yang dirampas. Tentunya lebih sukar lagi.

Boleh dikatakan nama DS Nizar sentiasa berada di serata pelusuk alam malaysia khususnya di negeri Perak. Setiap malam jadual kuliah dan ceramah sentiasa memenuhi diary. Sejak subuh kuliah dan berbagai jemputan sentiasa diisi. Hanya keluarga dan mereka yang sentiasa di sisi dapat mearasai.

Kemalangan yang berlaku walaupun tiada kecederaan serius memaksa DS Nizar direhatkan kerana tekanan darah yang tiba tiba " mencanak" . Ia satu paksaan yang tiada alasan. Ia sijil sakit yang mesti dipatuhi. Mungkin ianya satu ruang waktu di beri Allah buat beliau berehat melepas penat lelah di samping bermuhasabah agar perjalanan hari muka mampu ditempuhi dengan tabah.

Apapun... semoga Allah menjadikan apa terjadi satu hikmah besar buat insan yang berjiwa besar.. moga Allah memberi kesembuhan....

Tiada ulasan: