Isnin, 1 Februari 2010

7 FEBRUARI PENENTU HALATUJU POLITIK PERAK

Ketika semua tertumpu pada tarikh 9 februari, tarikh keputusan mahkamah dalam kes DS Nizar yang menuntut dikembalikan kuasa sebagai Menteri Besar Perak yang sah, ada pandangan lain yang menyebut keputusan mahkamah itu akan diketahui pada 7 Februari.

Kenapa pula keputusan akan diketahui pada 7 Februari? Ada risikan bertiup kencang di Perak bahawa Zamry akan memohon agar DUN dibubarkan pada 7 Februari. Kenapa Zamry mohon bubar DUN sebelum mahkamah mengumumkan keputusannya? Tentunya kerana Zamry mengetahui keputusan mahkamah berpihak kepada DS Nizar. Mengapa DUN perlu dibubar jika keputusan mahkamah berpihakkepada DS Nizar... tentunya kerana Zamry bimbang jika DS Nizar yang memeohon bubar DUN beerti kerajaan sementara milik Pakatan yang boleh memberi kelebihan..

Jika 7 Februari DUN tidak dibubarkan..beerti mahkamah berpihak kepada Zamry. Zamry tidak perlu bimbang kerana dia boleh meneruskan segala kerja haramnya dengan keizinan mahkamah. Biar apa pun pandangan rakyat Zamry tak perlu ambil peduli kerana beliau memang tahu beliau bukan pilihan rakyat.

Kesimpulannya... 7 Februari berkemungkinan besar menjadi penentu keputusan mahkamah... namun ini hanya sekadar salah satu teori dari bermacam teori yang bertiup di negeri ku Darul Kartun....

Tiada ulasan: