Selasa, 9 Februari 2010

HANYA PADAMU.....MAHKAMAH...

Tiada kejutan , tiada juga kehairanan. Segalanya telah diduga. Selama ini yang ada hanya pengharapan atas keberanian hakim jua keajaiban yang di harapkan dari kurniaan yang Esa. Semuanya tidak berlaku. Kita dituntut untuk terus berada di arena perjuangan... kerana sememangnya perjuangan itu panjang!

Keputusan hakim sepakat dalam barisan yang satu memberi kemenangan kepada Zamry memang telah di duga. Petang semalam seorang sahabat memaklumkan beliau dihubungi seorang ADUN umNO mengajak menemaninya ke Putrajaya untuk meraikan kemenangan Zamry. Comfirm! katanya menjawab keraguan sahabat saya.
Beberapa fakta menunjukkan bahawa seakan umNO BN telah mengetahui keputusan tersebut dari awal lagi. Jika ia satu kebenaran, maka jelas tangan umNO BN terlalu kuat mencengkam sistem keadilan kan kehakiman. Bagi yang berserah dengan mahkamah dunia tentunya kecewa. kekecewaan itu boleh mengundang segala bentuk kecelakaan dan huru hara yang tidak kita inginkan. Namun bagi yang beriman... kita meyakini itulah mehnah dalam perjuangan dan itulah peluang yang disediakan tuhan untuk hambanya merebut limpahan ganjaran yang menjadi tiket untuk ke syurga idaman. Kita meyakini hanya mahkamah tuhan mahkamah yang seadilnya dan pengaduan kita kepadanya tidak akan dipersiakan.

Apa yang berlaku sekurang kurangnya menambahkan keyakinan kita bahawa jangan sesekali berharap dengan manusia secara mutlak. Segala yang ada di dunia adalah jambatan untuk usaha sahaja. Ingatlah pesanan Rasulullah " Suatu perkara yang dikagumi dimiliki mukmin adalah segala baginya kebaikan, Jika diberi ni'mat ia bersyukur, bagiinya kebaikan, jika diuji ia sabar, baginya kebaikan ( muslim).

Satu perkara menarik yang mesti diusahakan oleh PR ialah memujuk MP BN . Jika berjaya , kita boleh sahaja memerintah negara tanpa perlu menunggu pilihanraya ke 13. Itu adalah kefahaman dari keputusan mahkamah hari ini. Pastikan Najib tidak tidur lena selepas ini kerana mungkin sahaja MP BN bertemu YDP Agong ditengah malam ketika Najib beradu bersama Rosmah dan sebelum nikmat malam Najib rasai.... YDP Agong mengisytiharkan Najib disingkirkan kerana PR telah membawa 40 MP BN yang menyokong PR..... itulah kemungkina dan peluang yang tersedia dari keputusan 5 hakim hari ini.... namun jangan diharapkan dari kerja tidak bermaruah seperti itu..... kita akan tetap TERUS BERJUANG!!!

Gambar dari Wak banjari di mahkamah.

3 ulasan:

hijabul crewz berkata...

salam perjuangan...

memang ada hikmah disebalik peristiwa nie...hikmahnya letakkan ramai calon2 drpd PAS sebab hanya calon2 PAS yg compem tak akan jd katak si katak lompat...

#AGAMA TIDAK BOLEH DIJUALBELI DENGAN WANG RINGGIT!

Unknown berkata...

KALAU AKU KATA ORANG PAS BANGANG KORANG MARAH..

TAPI APA NAK BUAT KORANG MEMANG BANGANG...

YANG BWK PG MAHKAMAH NIZAR..MAKSUDNYA DIA PERCAYA KAT PERUNDANGAN..

DAH KALAH DAH TAK PUAS HATI..

MAKIN LAMA MAKIN BANGANG KORANG NI

Kazuka00 berkata...

En. Malim lagi bangang!

Sblum buat satu keputusan, ape kate ko jd pihak bebas dan nilai sesuatu fakta tanpa ade berat sebelah. baru ko nmpak ape yg xkene dengan Negeri Perak.
Jawapannya senang..
kerusi BN- PR selepas adun lompat parti adalah sama banyak sebab mereka bebas yg menyokong BN.
Nizar masih menteri sah sebab dia tidak mendapat undi hilang percaya.
Sultan tiada kuasa mmbatalkan status menteri besar sebab zaman mahathir UMNO dulu dah menyekat pengaruh sultan kepada sistem pentadbiran negeri. Dan yg paling pentingnya, ko cube cari perlembagaan mane dlm undang2 tubuh negeri perak yg mengatakan Zambry menteri yg sah?? (kalo bodoh, duduk diam.. jgn bgtau orang yg diri tu bodoh.. nti malu sndiri)