Selasa, 9 Februari 2010

SIDANG MEDIA PR- KERAJAAN PERAK DITENTUKAN 3 KATAK

Sehina dan semundur manapun sebuah kerajaan itu, ia tidak ditegakkan oleh sebuah mahkamah. Dalam negara demokrasi, kerajaan adalah dari rakyat dan untuk rakyat. Itulah yang saya faham dari erti demokrasi. Kalau sebuah kerajaan itu dari mahkamah untuk rakyat... apa istilah yang sesuai??? saya serahkan kepada anda menamakannya..

Lewat jam 10 tadi Pakatan Rakyat mengadakan sidang medianya. Semua pimpinan Pakatan Rakyat kelihatan di samping DS Nizar Jamaludin. Pakatan Rakyat menyedari sedari awal bahawa mengharapkan mahkamah memberi keadilan adalah sesuatu yang sukar. Namun apa yang dilakukan adalah perjuangan di medan yang terbuka gelanggangnya walaupun padang dan pengadilnya seringkali membuat kita kecewa. Dengan keputusan sepakat lima hakim tadi, demokrasi telah mati..... yang tinggal ialah negeri yang ditegakkan oleh pilihan lima hakim dengan kuasa penentuan di tangan tiga ekor katak..

Dalam sidang media tadi beberapa ketetapan dan tindakan telah dijelaskan oleh DS Nizar.

01. PR akan menunggu alasan penghakiman untuk membuat tindakan susulan.
02. Keputusan mahkamah dilihat tidak mengambil kira beberapa kes terdahulu yang pernah terjadi dalam sistem kehakiman di Malaysia. Ini menunjukkan mahkamah tidak konsisten dalam membuat keputusan.(merujuk kes di Sarawak mungkin- pen).
03. Keputusan ini adalah sejarah hitam negara kerana amalan pengasingan kuasa di abaikan .
04. PR bimbang keputusan ini menatijahkan risiko penentuan kerajaan tidak lagi berlaku di dewan Parlimen atau DUN sebaliknya di mana mana sahaja dan hanya mungkin merujuk kepada beberapa dokumen.
05. Jika Zamry mengutamakan rakyat, maka mandat perlu diserahkan kepada rakyat.
06. PR sedia bekerjasama membantu melaksanakan dasar yang membantu rakyat. PR juga berharap agar kerajaan Zamry memberikan keadilan dalam penggunaan premis kerajaan untuk ADUN PR. Mesti diingat, rakyat Perak yang menyokong PR adalah melebihi 53 %.
07. Menuntut JK tindakan kerajaan untuk kepentingan rakyat disertai oleh wakil PR.
08. Menuntut peruntukan kepada wakil PR kerana ia adalah milik rakyat. Jika benar Zamry ingin bekerjasama , ia mesti membuktikannya .
09. Keputusan mahkamah telah mengizinkan kerajaan Perak ditubuhkan dengan sokongan 3 katak yang tak bermoral.
10. Perak dalam bahaya kerana 3 katak terus mengugut kerajaan memenuhi kehendak mereka. Ini menyebabkian kerajaan Perak terdedah kepada risiko dan menjadi lemah kerana kuasa sebenar di tangan 3 ekor katak.
11. Keputusan mahkamah memberi isyarat kes DSAI yang sedang dibicarakan juga terdedah kepada campurtangan kuasa ghaib
12. Speaker Perak Sivakumar menuntut agar mahkamah mempercepatkan perbicaraan cabaran beliau terhadapkeputusan SPR yang mengistiharkan tiada kekosongan di 3 DUN Perak.
13. Mencabar Zamry sekurang kurangnya mengadakan 3 pilihanraya di DUN katak kerana umNO pernah menuntut 2 ADUN PKR yang terlibat dengan dakwaan rasuah meletak jawatan.
14.Tiada lagi rayuan kerana hilang keyakinan terhadap mahkamah.

Bagi PR perjuangan akan diteruskan dan ADUN PR akan bertindak sebagai pembangkan yang kuat dan berkesan. Selamat berjuang

Tiada ulasan: