Rabu, 10 Februari 2010

ZAMRY DAN PIAWAIAN IKLAS..

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pembangkang seharusnya tidak meletakkan pelbagai syarat dan permintaan sekiranya mereka ikhlas untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri. - komen beliau berikutan syarat yang diletakkan DS Nizar dan Pakatan Rakyat dalam PC semalam.

Syarat yang diberikan oleh PR bukanlah syarat yang sukar jika benar Zamry ikhlas. Soal ikhlas adalah soal hati dan tak boleh diukur... namun bagi menguji nilai keikhlasan perlu ada skalanya dan PR ingin mengukur keikhlasan itu melalui tindakan tidak mendiskriminasi ADUN PR. Kenyataan Zamry bahawa BN tidak melakukan diskrimanasi sepatutnya tidak membimbangkan beliau dengan syarat PR tersebut. Zamry tentunya tak perlu melakukan sesuatu jika benar apa yang dituntut itu telah dilaksanakan. Kebimbangan Zamry tentunya kerana beliau takut rakyat mengukur keikhlasannya dengan skala yang diletakkan PR.

Jelas, zamry tidak memenuhi piawaian ikhlas yang didakwa beliau. Cakapnya pun sudah berdolak dalik. memang mustahil mengharapkan perompak bercakap benar kerana dari awal lagi memang tiada kebenaran dalam tindakannya.

Tiada ulasan: