Jumaat, 19 Mac 2010

JANGAN SALAHKAN KATAK...SALAHKAN...

Zahrain bakal menjadi kuda tunggangan baru BN setelah suara Ibrahim alkataki semakin serak. Katak jelmaan itu kini mengatasi Zul yang kian malap dan hilang walaupun berjanji untuk menggegarkan parlimen. Nampaknya Zahrain lebih laku dari Zul dalam membawa panji katak ke dalam BN.

Serangan membabibutatuli Zahrain kepada DSAI dilihat serangan paling berbisa kerana berjaya menghalau penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang ke luar dewan. Bukan mudah untuk menyingkirkan MP Pakatan Rakyat seperti DSAI namun Zahrain berjaya melakukannya. Beliau telah menunjukkan kesetian yang membolehkan ruang lebih luas untuk beliau dalam BN.

Nampaknya Zul terpaksa berhempas pulas menjual produk baru menyerang pemimpin Pakatan Rakyat bagi melariskan diri mereka untuk di bida oleh pemimpin umNO. Katak lain nampaknya telah lama tertinggalke belakang. Spesis katak jadian baru juga nampaknya akan menenggelamkan peranan jagoan katak Ibrahim al kataki.

Dalam senyum sebenarnya Brahim alkataki sedang memikirkan nasibnya setelah sekian lama menjadi penjilat segala kotorannya namun masih gagal menempatkan dirinya kembali ke tong taik yang melemparnya keluar seketika dulu. Ternyata ulat taik tak mampu bertahan lama di luar. Pemungut ulat taik itu tentunya rasa menyesal kerana strategi pincang beliau berjaya memberi talian hayat kepada katak tua berkurap ini.

Saya tak pasti apakah orang yang mengutip katak Kurap ini telah memohon maaf kepada pengundi Pasir Mas khususnya Ustaz Ismail Noh yang menyerahkan kerusinya demi menempatkan katak kurap ini. Setakat yang saya ingat, tiada maaf dipohon dari pengundi Pasir Mas seperti juga tiada rasa bersalah hingga memohon maaf terhadap pengundi Bagan Serai dari Ahmad Awang.

Apapun, kehadiran katak jadian selepas hujan pastinya menarik ramai peminat politik untuk mencadangkan agar satu gabungan parti baru berlambangkan katak didaftarkan. Siapa pengerusinya tentu boleh dipilih berdasarkan berapa kali lompatan dan berapa tinggi lompatan itu dibuat. Siapa yang paling berjaya memeprdaya kepercayaan pimpinan atau pengundi dengan aksi lompat mereka.....Jangan disalahkan katak...salahkan ular yang nak makan katak atau hujan yang menyiram bumi kerana percayakan katak....