Isnin, 21 Jun 2010

APA YANG TAK KENE???? NAK BEBAS MACAM MANA???

Aku terbaca cerita dalam Malaysia kini tentang tanggapan negatif Blogger terhadap pandangan dan nasihat Presiden PAS. Cuna aku agak tak marah sangat sebab yang tulis komen tu Mat Saman Kati yang tak makan saman. Aku serba sikit tahu pasal Mat Saman Kati sebab satu negeri dengan aku. Pernah beberapa kali bertembung.

Tak marah tu bukan kerana dia senegeri, tetapi aku tahu latar belakang dia yang dia sendiri tulis dalam blog dia beberapa bulan lalu. Seorang kembara yang mencari kebenaran. Kerap kali tersesat hingga menumpang di Gereja dan sebagainya. Bagi aku, dia seorang yang berfikiran bebas. Biasanya yang bebas ni kerap kali terbabas.

Cuma aku nak bagi tau bagi sesiapa yang TAK serupa dengan jalan hidup mat Saman kati ni je... Kita adalah manusia yang berpandukan disiplin sebagai orang beragama. Tak salah kita di tegur dan menegur. Rasulullah mengajar kita ... agama itu adalah nasihat. tetapi tentunya cara menegur berbeza kalau kita ada adab dan akhlak.

Berbalik kepada teguran dan Nasihat TG Presiden agar berhati hati mengambil sumber maklumat... ia adalah bimbingan Al Quran. Bukan suka suke je TG Presiden nasihat begitu. Dia bukan tak bagi ambik berita. Teguran itu bukan bersifat hipokrit.... ia adab dan pimpinan Syariat berlandaskan Al Quran!

Sekali lagi aku nak bagi tahu... tulisan ini bukan untuk Mat Saman Kati kerana jalan hidupnya penuh berliku dalam mencari kebebbasan. Beliau sangat inginkan kenbebasan... biarlah dia dengan faham kebebasan nya.... Bagi yang beragama dan bersyariat... erti bebas ada batas... kita hamba... ada pantang larang.... kita khalifah ada kemuliaan dan akhlak hidup bagi menjamin kemuliaan tersebut...

Cukuple nasihat TG Presiden itu dirujuk kepada Ayat Al Hasyr yang ke 10. Saya sangat yakin... itulah asas TG Presiden menasihatkan ahli gerakan Islam. Mat Saman bukan ahli gerakan Islam... dia bebas untuk berkata.... bebas untuk berfikir.... Nasihat TG Presiden untuk ahli gerakan Islam... untuk khalifah yang meneruskan tugas kerasulan..kita ada kemuliaan... kemuliaan itu wujud bila kita ada batas dan asas dalam bertindak dan berfikir...

Menerima semua perkara bukan sifat orang bijak... kita perlu menapis berita, nasihat dan teguran yang kita terima... saya yakin Mat Saman juga begitu...menapis dan meneliti semua berita yang sampai kepada kita... jika tidak orang akan kata kita BODOH atau GILE.....

Sebenarnye dalam membaca komentar Mat Saman Kati, kite tahu apa sebenarnya yang nak disampaikan.... di sinilah isi segala perkara....Jelasnya, pemimpin berkenaan bagaimanapun enggan bekerjasama dengan mereka, sebaliknya lebih cenderung untuk bermusuhan.

"Dalam PAS, cukup jelas siapa yang menentang dan menyokong blogger. Yang menentang itu ialah geng-geng yang (usaha membentuk) kerajaan perpaduan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, (timbalannya) Nasharuddin (Mat Isa).

"Mereka inilah yang teruk dihentam oleh penulis blog kerana promosi kerajaan perpaduan (dengan Umno)," katanya lagi. BACA SENDIRI

Usaha Mat Saman Kati dan gerombolannya adalah usaha tertinggal bas yang kian dipinggirkan. Dengan menjadikan alasan pas muktamar sebagai sandaran rapuh dia cuba mendirikan persepsi setinggi puncak KLCC.. tak pe lah... Mat saman ni dah lame berehat dari menulis.. barangkali masih mamai dari bangun tidur atau sekadar mahukan perhatian.... budak menangis sebenarnya mahu dibelai ibu....

Tulisan ini bukan untuk Mat Saman Kati.... hanya untuk ahli gerakan Islam yang tidak berfikiran bebas yang menyebabkan sangat mudah kite terbabas.... Panduan kite tetap Al Quran.... kita tetap tidak bebas... itulah intipati dan asas nasihat TG Presiden.... anda pilih pandangan Mat Saman Kati atau TG Presiden yang mengambil intipati Al Quran????

1 ulasan:

Ali Zaidan berkata...

Soalan lebih mudah, bagaimana isu ini boleh dicover media seperti Malaysiakini?. Siapa sangat Mat saman dan Poji? Sebelum itu kisah Rahman Talib yang dijual. Siap ada video temubual lagi.

Kenapa blogger yang mengkritik diberikan ruang sedangkan blogger yang bersetuju dengan TG tak dapat keistimewaan itu? Jadi nampak macam blogger semua tak setuju dengan Tok Guru!

Kenapa?

Mungkin betul kawan saya sebut. Malaysiakini pro PKR-DAP tetapi anti-PAS.