Isu judi terus menjadi isu perdana negara. Di Kalangan perwakilan yang membahaskan ucapan dasar atau usul, ianya terus di perbahaskan. Begitu juga di pihak kerajaan, isu ini tetap membimbangkan mereka . Khairy jamaludin, "Menteri tercicir" di laporkan turut mendesak penjelasan kerajaan. Namun beliau tutur menyindir pendirian Pakatan Rakyat yang katanya terus membenarkan lesen judi lain seperti 4D dan toto.
Judi tetap haram. Apa nama sekalipun ianya tetap haram. Namun Islam mempunyai kaedah tersendiri dalam menangani isu berkenaan. seumpama isu arak, Islam mengambil masa yang agak lama sebelum turun ayat mengharamkannya secara mutlak. Ini kerana arak telah menjadi kebiasaan masyarakat. Islam meletakkan pendidikan sebagai teras perubahan.
Judi sukan adalah isu baru dalam masyarakat. Ia mesti disekat dan dicegah sebelum ianya merebak dan berkeliaran di dalam masyarakat. Ia menjadi keutamaan kerana kaedah Islam jua kaedah perubatan menyatakan- Mencegah lebih baik dari mengubati.
Berbeza dengan judi lain yang telah berakar umbi dalam masyarakat lantaran dasar umNO yang memerintah selama ini. Khairy yang cuba membela kerajaan umNO dengan mempertikaikan sikap Kerajaan Pakatan Rakyat yang membiarkan judi lain terus beroperasi. Khairy bukan tidak memahami isu tersebut, hanya beliau berada di persimpangan antara bersetuju dengan apa yang dilakukan umNO dan kebencian yang meluap di kalangan rakyat.
Umum mengetahui bahawa kuasa mutlak ialah di tangan kerajaan Pusat. Kerajaan negeri hanya berkuasa terhadap premis. kekuatan kerajaan Negeri sangat terbatas dalam isu tersebut. Apa yang perlu dilakukan ialah menyedarkan masyarakat terhadap bahaya judi. Menghalang masyarakat mendekati dan dijangkiti judi baru. Itulah keutamaan dalam perjuangan
sewajarnya buat masa ini PAS khususnya dan kerajaan Pakatan memberi tumpuan terhadap judi sukan dan bukan judi lain. Ia bukan beerti menghalalkan atau merelakan... Ia adalah tumpuan dan keutamaan... kata orang sekarang.... Fokus...fokus.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan