PETALING JAYA, 25 Julai (Bernama) -- Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz menegur beberapa akhbar berbahasa Tamil kerana tidak menyiarkan berita berfaedah untuk tatapan umum.
Dari segi etika, katanya, akhbar perlu menyediakan maklumat yang membawa manfaat kepada umum dan oleh itu perlu mengelak daripada diperalatkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan peribadi atau politik.
"Adalah tidak betul untuk menggunakan akhbar bagi mencapai motif peribadi kerana ia boleh mencetuskan kekeliruan di kalangan pihak berkepentingan...ini tidak sihat dalam mengurus akhbar.
"Akhbar perlu memastikan kesahihan fakta terlebih dahulu sebelum menyiarkan laporan tertentu supaya ia tidak menimbulkan keresahan kepada pembaca," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan ulang tahun kelima acara 'Bug O Rama 2010' Kelab Volkswagen Beetle Malaysia di Subang Jaya, dekat sini.
Mengenai dakwaan bekas Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Senator Datuk T. Murugiah untuk mendapatkan kira-kira 200,000 penyokongnya menyertai parti MIC yang baru disertainya, D'Cruz berkata beliau tidak melihat sebarang masalah dengan langkah itu.
"Pada hakikatnya, tiada ahli dari PPP melompat ke MIC atau melakukan langkah seperti itu. Lebih-lebih lagi Murugiah bukan lagi ahli PPP," katanya yang juga naib presiden PPP.
Bagaimanapun, katanya, PPP boleh bekerjsama dengan MIC dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.
-- BERNAMA
Saya menanti teguran serupa dibuat kepada akhbar melayu. Walaupun maksud timbalan menteri itu lebih kepada isu politik , tetapi teguran itu wajar dilihat secara meluas. Akhabar melayu bukan hanya menyiarkan berita tak berfaedah malah terlalu banyak berita penyelewengan fakta dan fitnah.
Adalah amat malang jika akhbar melayu yang dipimpin seorang muslim tidak melaksanakan etika yang diajar oleh agamanya. Agak malang juge bagi menteri Islam yang tak memperdulikan isu tersebut berbanding timbalannya seorang bukan muslim. Rasia Yatim lebih terkehadapan dalam memperjuangkan Mak Yong dan Kuda Kepang dari menjaga kebudayaan melayu yang berteraskan islam.
Inilah yang dikatakan oleh ulama silam bahawa Islam terhalang dengan sebab orang islam sendiri. Berita sebegini sedikit memalu kan saya sebagai seorang Islam kerana ia keluar dari mulut orang bukan Islam. Dimana menteri Islam yang menjaga pelbagai kementerian malah menteri agama pun tidak menyentuh isu ini???
Kalau dalam pakatan Rakyat orang bukan islam mendekati untuk memahami Islam melalui PAS dan pemimpin Islam lain, namun dalam Barisan Nasional nampaknya pemimpin bukan Islam terpaksa mengajar secara sindiran pemimpin Islam.. di mana Jamil Khir dalamisu ini??? Apakah medan Forum Perdana yang tiada kuasa lebih berguna dari medan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga agama??? Yang lain tak payah Tanya….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan