Isnin, 26 Julai 2010

SAYA TIDAK BERBOHONG!!! ANDA HAKIM MENILAINYA...

Berita ini saya copy dari Bernama - sumber bukan pro PAS atau PR. Anda boleh menilai siapa benar dalam isu ini...Harusani pernah menyebut dalam siaran berita yang disaksikan seluruh negara " Saya mufti, saya tak berbohong!" nilailahlah kenyataan ini dengan jujur tanpa prasangka dan kepentingan kelompok sendiri.. benarkah Harusani tidak berbohong??


17 julai-Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.

Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti Umno dan PAS.

"Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini.

"Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh hari ini.

Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Bagaimanapun katanya, beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.

Bagi mencapai perpaduan, beliau berkata pemimpin yang beragama akan memahami erti perpaduan yang akan membawa ke arah kebaikan.

"Adakah agama menganjurkan kita mengamalkan sikap degil. Sifat degil merupakan satu perbuatan keji dalam agama kerana ia tidak menguntungkan rakyat. Mereka perlu sedar perkara ini," katanya.

Semasa merasmikan majlis tersebut, Harussani berkata sekiranya umat Islam hanya setakat berbeza pendapat, ia merupakan rahmat kerana perbezaan itu boleh membawa kepada kemajuan.

"Namun kini umat Islam bukan sahaja berbeza pendapat malah berpecah belah yang akhirnya boleh membawa kepada kehancuran mereka," katanya.

Beliau berkata umat Islam kini, termasuk golongan akar umbi, pertengahan, pemimpin malah kumpulan agama telah tersalah menilai dan tidak tahu meletakkan keutamaan dan kepentingan mereka.

"Contohnya, bangsa lain mengutamakan pendidikan tetapi kita (umat Islam) mengutamakan hiburan. Dalam pendidikan pula, kita lebih mengutamakan akademik daripada agama Islam.

"Agama diutamakan sebagai pelajaran dan bukan sebagai didikan. Kalau dari segi pelajaran agama, orang Yahudi dan Barat sebenarnya lebih pandai mengenai agama Islam daripada kita sendiri," tegas beliau.

--Bernama

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga mengesahkan ada menemui Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali, tetapi menegaskan mereka tidak membincangkan soal kerjasama politik Umno dan PAS.

Harussani berkata setakat ini beliau hanya mengadakan pertemuan dengan seorang pemimpin dari PAS iaitu Hasan.

Ini kali pertama Harussani berkongsi identiti tentang Hasan yang sebelum ini didakwa mengadakan pertemuan memintanya menjadi orang tengah dalam isu kerjasama politik dan perpaduan PAS dan Umno.

Kata Harussani, kedua-dua mereka tidak membincangkan kerjasama politik Umno dan PAS tetapi mengenai perpaduan orang Melayu di negara ini.

Kami memang tidak membincangkan langsung pasal kerjasama Umno dan PAS tetapi perpaduan orang Melayu di negara ini kerana kami melihat orang Melayu semakin berpecah.

“Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan perpaduan di kalangan orang Melayu, itu sahaja.

“Langsung tidak menyentuh soal kerjasama politik Umno dan PAS,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas kenyaataan Hasan semalam yang mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan Harussani dua bulan lalu tetapi menegaskan mereka tidak membincangkan soal kerjasama politik Umno dan PAS.

Ia kenyataan pertama Hasan sejak Harussani mendedahkan ada pemimpin PAS dan Umno menemuinya dan meminta beliau mengaturkan kerjasama perpaduan membabitkan kedua-dua parti itu.

Malah kata Hasan, beliau tidak diberi mandat untuk mengaturkan perbincangan dengan mufti berkenaan berhubung kerjasama politik Umno dan PAS.

“Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu.

“Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu,” kata Hasan.

Pertemuan itu didakwa berlangsung di ibu negara hujung Mei lalu.

Hasan menambah pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

“Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut,” katanya.

Dalam ulasan lanjut, Harussani bagaimanapun berkata tiada parti yang layak untuk membincangkan soal perpaduan orang Melayu kecuali Umno dan PAS.

“Ingin saya tegaskan perpaduan orang Melayu boleh berjaya sekiranya kerjasama Umno dan PAS dapat diwujudkan.

“Ini kerana saya melihat Umno memperjuangkan orang Melayu manakala PAS pula memperjuangkan agama Islam, jadi siapa yang lebih layak untuk mewujudkan perpaduan orang Melayu melainkan kedua-dua parti ini.

“Saya ingatkan melalui perbincangan untuk menyatukan orang Melayu boleh mencari jalan penyelesaian tetapi jadi makin teruk pula,” katanya.

Sebelum ini Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Setakat ini kenyataan Harussani telah ditolak pemimpin tertinggi PAS dengan menyifatkannya sebagai “satu fitnah dan pembohongan.”

Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

3 ulasan:

hussin berkata...

berbelit2. dua2 tak leh pakai, baik harussani atau hassan. isu 'kerjasama pas-umno' hidup kembali gara2 'kebijaksanaan' pj pas selangor. alasan yang diberi hassan kenapa berjumpa harussani dapat diterjemahkan bahawa selangor, di mana hassan di dalam kerajaannya, tidak mempunyai mufti untuk dirujuk sehingga memerlukan beliau berjumpa harussani. hassan patut meletakkan jawatan politiknya kerana ternyata beliau bukan sahaja kurang arif dalam selok belok ilmu politik tetapi sanggup mengkhianati perjuangan partinya sendiri. hassan boleh bagi seribu satu alasan tetapi yang jelas beliau telah mendekati harussani yang sudah banyak menyusahkan pas. hassan bukan tidak tahu implikasi dari pertemuannya itu tetapi beliau lakukan juga, kenapa agaknya? hujah beliau tidak mendapat mandat dari sesiapa hanyalah alasan untuk tidak memalitkan peribadi2 lain kecualilah beliau seorang sahaja yang terlibat. tidak ada siapa pun yang bertanyakannya.

azman kamarul berkata...

Sukarnya PAS untuk meneruskan perjuangan ini selagi ada di kalangan mereka yang masih tidak faham sepak terajang politik!

Mufti inilah yang telah diceritakan oleh ustaz Ahmad Awang dulu.Takkan lah cerita itu merupakan fiksyen yang direka oleh ustaz Ahmad Awang!

Mengapa ada lagi pemimpin PAS yang begitu gila nak menikah dengan umno ni?....jika betul tergilakan umno...eloklah kamu sendiri keluar PAS dan masuk jadi ahli umno!

ANAKSENGAT' ( Barua umNO kata nama aku Faizol) berkata...

Islam mementingkan hujjah bukan emosi. Fakta bukan prasangka. Sejak bila islam mengharamkan sebarang pertemuan?
Firaun pun nabi Musa kena jumpa???